Khamis, 2 Disember 2010

28 November 2010 HBKL - Mendung memang bererti hujan

AYAH SUDAH PERGI....

;(

Setelah aku menulis blog, menutup muka bukuku - aku tidak tenang. Rasanya sudah terlalu lama aku duduk di luar wad....
Arrrghhh rasa gelisah itu membawa petanda..... Ayah benar-benar pergi.... Aku terkilan!

2.00 petang aku terkebil-kebil melihat cara ayah tidur.
2.10 petang posisi ayah masih sama, tiada berombak dada dan perutnya. ku panggil jururawat Nor.
                   doktor dan jururawat berhempas-pulas membantu ayah
3.00 petang Doktor membuat pengesahan.....

Ayah, maafkan Lor...

24.08.1944 - 28.11.2010

Ahad, 28 November 2010

28 November 2010 HBKL

Lokasi : Hospital Kuala Lumpur - dahulu kala dikenali sebagai Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL)
aku dilahirkan di sini...

Kenapa aku di sini?
Di tingkat 4, wad 18, katil no. 30.
Itu sebenarnya lokasi ayah berada...
Semalaman di sini. Adik dan mak su telah menghantar ayah ke sini petang semalam tatkala aku dan bonda dalam perjalanan pulang daripada kenduri kahwin anak Dr. Z di Behrang. hampir jam 1 semalam, maksu telefon - kecemasan katanya.. Aku panik. Waktu itu aku dan Bonda sudah menghampiri Behrang. Ayah tidak sihat, aku harus pulang segera.
Di kenduri kahwin aku tidak tenang, kasihan Bonda. Selalunya tika kenduri kahwin aku akan sibuk mengambil gambar -tetapi semalam hatiku bercampur-baur. Adik pula bekerja di Sunway. Agak jauh berbanding di tempat kerja lamanya.

Setelah Maghrib barulah aku ke HKL menemui ayah... adik dan maksu masih di sana. maksu juga sedang menunggu ayahcu -ingin pulang.

Mmmmm.... ayah ngah, aiman dan lia ada di ruang legar di bawah. mereka dan aku tidak dibenarkan masuk. 8.30 malam baru dibenarkan masuk itupun bergilir-gilir.

Mmmmm.... akhirnya malam tadi sehingga kini aku masih menghuni tingkat 4 ini. Berkenalan pula dengan atuk dan pakcik jiran katil ayah. Kedua-duanya dari gombak-Minang juga. Seorang duduk di Greenwood menjual steamboat yang adik teringin makan tu... hohohoho sekarang aku dah berkenalan dengan  Tuk Ripin tu... :P dan seorang lagi penjual jagung tinggal di Batu 8 Gombak....

Ayah beberapa kali dicucuk jarum malam tadi... asyik tidak berjaya. teringat arwah wan -yang akhirnya terpaksa menggunakan jarum 'harum'....

Doktor muda-muda malam tadi dan seorang doktor senior datang sekitar jam 2 pagi. :P aku terdengar bebelannya, doktor ramai lagi tak boleh buat kerja... hohoohoho... geram bunyi ayat doktor senior tu....

Pagi ini sekitar 9.30pagi perkumpulan doktor-doktor. Doktor muda menerangkan kepada doktor-doktor senior tentang kondisi pesakit. Mmmmm yalah seperti seorang eksekutif sedang menerangkan kepada pengurusnya....
Paru-paru ayah masih berkuman, pnuemonia (mmmmm tak pasti ejaannya betul atau tidak - belum diperiksa ejaannya).... Kahaknya pekat. Masih lagi sukar bernafas.....

Mmmmm semoga ayah cepat sembuh!

Khamis, 11 November 2010

Secret - One Republic

I need another story
Something to get off my chest
My life gets kinda boring
Need something that I can confess

'Til all my sleeves are stained red
From all the truth that I've said
Come by it honestly I swear
Thought you saw me wink, no
I've been on the brink, so

Tell me what you want to hear
Something that would light those years
Sick of all the insincere
I'm gonna give all my secrets away

This time, don't need another perfect lie
Don't care if critics ever jump in line
I'm gonna give all my secrets away

My God, amazing that we got this far
It's like we're chasing all those stars
Driving shiny big black cars
And everyday I see the news
All the problems that we could solve

And when a situation rises
Just write it into an album
Sending it straight to gold
I don't really like my flow, no, so

Tell me what you want to hear
Something that would light those years
Sick of all the insincere
I'm gonna give all my secrets away

This time, don't need another perfect lie
Don't care if critics ever jump in line
I'm gonna give all my secrets away

Oh, got no reason, got not shame
Got no family I can blame
Just don't let me disappear
I'm 'a tell you everything

So tell me what you want to hear
Something that were like those years
Sick of all the insincere
So I'm gonna give all my secrets away

This time, don't need another perfect lie
Don't care if critics ever jump in line
I'm gonna give all my secrets away

So tell me what you want to hear
Something that will light those ears
Sick of all the insincere
So I'm gonna give all my secrets away

This time, don't need another perfect lie
Don't care if critics ever jump in line
I'm gonna give all my secrets away
All my secrets away, all my secrets away





Sabtu, 6 November 2010

06 November Nothing Else Matters oleh Apocalyptica

Dari zaman kolej aku tak pernah jemu dengar lagu-lagu yang dimainkan oleh mereka...

">

Jumaat, 5 November 2010

05 November 2010 Menonton.... sambungan lagi dan lagi.... Harry Potter

7. Harry Potter

Siri buku lengkap Harry Potter (hmmmm tak baca lagi, walaupun ku punya buku 1 dan 2)
  1. Harry Potter and the Philosopher's Stone (26 June 1997)
  2. Harry Potter and the Chamber of Secrets (2 July 1998)
  3. Harry Potter and the Prisoner of Azkaban (8 July 1999)
  4. Harry Potter and the Goblet of Fire (8 July 2000)
  5. Harry Potter and the Order of the Phoenix (21 June 2003)
  6. Harry Potter and the Half-Blood Prince (16 July 2005)
  7. Harry Potter and the Deathly Hallows (21 July 2007)


Dah beberapa bulan aku tergerak nak nonton semula filem-filem HP ni.... akhirnya minggu lalu aku membeli DVD dan apa lagi maraton filem lah.... tapi baru HP 1- 4 je... tak sabar nak tunggu filem ke 7 ni... wah ada 2 siri lak tu.... wohooo! november 2010 bahagian 1, julai 2011 bahagian 2 pulak ;)

1. Harry Porter and the Sorcerer's Stone - oh rupanya ini judul untuk di Amerika. Tetapi di Britain, judul asalnya ialah Harry Porter and the Philosopher's Stone.


Filem ini kutonton pada 2001.. 9 tahun lalu.
Harry pun masih kecil lagi..12 tahun waktu itu.



2. Harry Potter and the Chamber of Secrets

Kereta keluarga Weasley



3. Harry Potter and Prisoner of Azkaban






Foto kredit : wikipedia dan lain-lain website

05 November 2010 Menonton.... sambungan lagi

6. The Last Song
- Karya Nicholas Sparks. ;) Aku gemar karya-karya dia yang dah dijadikan filem. Buku ceritanya ada beberapa buah yang telah dibeli tapi masih belum jua dibaca... ;p  Kisah seorang ayah yang cuba membaiki perhubungan dengan anak-anaknya setelah 3 tahun bercerai dengan ibu mereka. Ronnie yang keras kepala masih tidak dapat menerima perpisahan kedua ibu bapanya. Adiknya Josh yang selalu positif dan menjadi orang tengah diantara Ronnie dan Ayah.  Sedih dipenghujung ceritanya. Rupanya ayahnya menghidapi sakit kanser. Dipersalahkan kerana membakar gereja yang sebenarnya bukan dia yang lakukannya. Mencipta sebuah lagu terakhir untuk Ronnie.... The Last Song.





">



    05 November 2010 Menonton.... sambungan

    3. Monalisa Smile 
    -Aku beli VCD filem ni lama dah, keluaran 2003. Teringin pula nak tengok semula. Kali ini aku tonton - aku lebih mengerti. Apatah lagi ia sedikit sebanyak menyentuh tentang pekerjaan ku. Betapa memang aku harus banyak membaca untuk menambah lagi pengetahun tentang bidang kerjaku. Ia juga mengajarku bagaimana hendak mengendali para pelajar yang bijak!


    Nyanyian Seal

    Mona Lisa, Mona Lisa
    Men have named you
    You're so like the lady with the mystic smile
    Is it only cause you're lonely
    They have blamed you
    For that Mona Lisa strangeness in your smile

    Do you smile to tempt a lover, Mona Lisa
    Or is this your way to hide a broken heart
    Many dreams have been brought to your doorstep
    They just lie there, and they die there
    Are you warm, are you real, Mona Lisa?
    Or just a cold and lonely, lovely work of art?

    (Repeat)

    Mona Lisa, Mona Lisa

    Nyanyian Nat King Cole



    4. 30 Hari Mencari Cinta
    -Di mana ya aku beli VCD ni ? Oh di Jogja mungkin, sekitar tahun 2004. Lucu sekali bagaimana 3 sahabat baik bertaruh dalam masa sebulan mereka harus mempunyai pacar. Siapa yang kalah perlu menguruskan rumah sewa mereka. Bono yang polos. Mmmm Luna Maya pun ada dalam filem ini.
    -Setiap kali aku pegang kotak VCD ini, aku teringatkan VCD Eiffel I'm In Love- hilang entah ke mana VCD ni. Huhuhuhu antara VCD kegemaran ku.... Bonda pun terkekek menonton cerita ini.

    ">

    • Maria Agnes sebagai Olin, Vino G. Bastian sebagai Erik, Luna Maya sebagai Barbara, Dinna Olivia sebagai Keke, Revaldo sebagai Bono, Rionaldo Stockhorst sebagai Axel dan Nirina Zubir sebagai Gwen
    tenanglah-tenang, dia kan datang....


    5. Notting Hill
    -Aku suka babak Anna Scott dalam kedai buku William Thacker


    "The fame thing isn't really real, you know. And don't forget, I'm also just a girl, standing in front of a boy, asking him to love her."



    5. Breakfast at Tiffany's

    -Filem adaptasi daripada novel karya Truman Capote. Kisah persahabatan di antara Holiday Golightly dan Paul Varjak @ Fred sang penulis.

    ">




      05 November 2010 Menonton

      Dua minggu ini pelbagai filem yang aku tonton.... Bukan di panggung, tetapi di rumah. Melihat filem di kaca televisyen. Kadang-kala bersama Bonda, kadang-kala bersama Adik, ataupun sendirian. Buat stok gelak-gelak menggembirakan hati dan sedikit 'adventure'...

      Oh beberapa minggu sebelum tu.. Nonton cerita Eat Pray Love bersama teman-teman sepejabat selepas waktu kerja...

      1. The Devil's Wear Prada
      2. Monalisa Smile
      3. 30 hari mencari cinta 
      4. Notting Hill
      5. Breakfast at Tiffany's
      6. The Last Song
      7. Harry Porter 1
      8. Harry Porter 2
      9. Harry Porter 3
      10. Harry Porter 4

      Dan semalam 4 November 2010, aku, Zetty dan Mira menonton 'Life as we know it' di Pavilion KL.


      Ulasan, kenanganku :
      1. Eat, Pray, Love
      - buku cerita ini beberapa kali aku pegang, letak balik, pegang, letak balik setiap kali aku ke kedai-kedai buku. tangguh-tangguh beli. tapi 2 minggu sebelum filem ni ditayangkan, akhirnya aku beli juga buku ni.
      memang aku gemar membaca kisah yang benar - non-fiksyen. yang membuat aku terfikir-terfikir tentang kehidupan seseorang dan adakala membuat perbandingan dengan hidup dan persekitaran aku.

      - tapi sampai sekarang, tak habis lagi baca buku tu. ceh! padahal aku suka baca buku tu ---> pokoknya tengah asyik baca buku lain pula....


      i. Itali   - Semoga suatu hari nanti akan tiba juga ke sana. 
      ii. India - Teringin juga ke sana, mmmmm terutamanya ingin melihat Taj Mahal di hadapan mata
      iii. Bali

      -nonton cerita tu, buat aku makin kangen sama Bali! huhuhuuh.... Tahun 1986, pertama kali aku ke Bali bersama Bonda, Adik, arwah Wan dan Mak Lang Nim. Bonda jarang ada bersama tika tu -ada kerja. Jadi kami yang lain-lain berjalan bersama keluarga ibu Imin yang sama-sama bertolak dari KL. Aku, Adik, Azmi dan Nizam menjadi kawan baik, gaduh, merajuk sewaktu di Bali.

      2008 tiba-tiba cadangan ke Bali diusul oleh Kak Inda. Wohoo! Setelah hampir 22 tahun, akhirnya aku ke Bali lagi! Kawan-kawan sepetualangan ke Bali - Kak Inda, Kak Iza dan Kak Zal....kemudian perjalanan ke Bali pada tahun berikutnya ditambah lagi : Kak Imah, Kak Ezz dan Yana. Tambah meriah! Apa lagi dengan adanya Pak Yasa, 'guide' kami... Hheheehehe... Pandai, dia pilih pemandu van yang pendiam, supaya dia dapat berceloteh dengan kami! hohoho....

      ">




      ">

      arghhh bila aku nonton trailer di atas, aku terasa ingin nonton filem ini semula!
      dan juga sambung baca bukunya. ;)
      Elizabeth Gilbert

      Ohhh rupanya Elizabeth Gilbert telah menulis artikel di atas yang
      akhirnya mencetuskan ilham untuk filem 'Coyote Ugly'.
      Dia pernah bekerja di Coyote Ugly Saloon

      Petikan dari website Elizabeth http://www.elizabethgilbert.com :

      Readers of EAT PRAY LOVE sometimes ask if I am still in touch with the people I met along the way during that journey, and I am delighted to report that I am in close contact with all of them. In fact, I even married one of them (that nice Brazilian fellow, of course, who now lives with me in New Jersey, bless his heart.) I also make it a point to visit LUCA SPAGHETTI in Italy whenever possible - and we spent Christmas together on my parents' farm a few years back. My language-partner twin Giovanni is thriving in Rome in his career as a journalist, and he came to New Jersey not long ago to visit me during a Bruce Springsteen pilgrimage. My dear friend Iva Nasr -- who, in EPL, encouraged me to write a petition to God about my divorce -- is, luckily enough, available to guide others these days in a similar fashion. Check out her website. Sofie from Sweden is happily dividing her time between London and an evolving love story in America, and she and I try to meet up somewhere in the world, whenever we can. Yude is still living in Indonesia, working as a tour guide and making music. Best of all, both Ketut Liyer and my friend Wayan the healer are absolutely thriving. Please do go visit them if you are ever in the town of Ubud, Bali. They would be most happy to receive you, and anyone in town can point you in their direction. If you need a guide in Bali, contact my sweet friend Mario at the Ubud Inn, at mariourip@yahoo.com.

      Bacaan yang dibeli di Gramedia Bali

      Makan-makan di Times Square bersama Kak Inda sepulangnya dari Bali. 



      2. The Devil's Wear Prada
      - Dari novel juga. Belum beli apa lagi baca.
      - Watak Andy, Miranda, Nigel, Emily sangat berkesan, mengingatkan aku pada ...................... ;)
      Lauren Weisberger (lahir 1977) - Penulis TDWP.
      Sumber foto :http://www.laurenweisberger.com/bio.php  


      Kulit Buku

      Emily Blunt sebagai Emily
      -Aku suka fesyen ni, cantik! Mmmm aku boleh pakai 'inner'
      Poster filem
      Meryl Streep sebagai Miranda, Anne Hathaway sebagai Anrea
      - Aku suka susun atur bingkai foto di pejabat Miranda....
      hhhhheheh sekarang ni di pejabat ku punya teman baru bernama Miranda.... ;)
       ">



      Beberapa Sumber foto : Wikipedia