Lokasi : Hospital Kuala Lumpur - dahulu kala dikenali sebagai Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL)
aku dilahirkan di sini...
Kenapa aku di sini?
Di tingkat 4, wad 18, katil no. 30.
Itu sebenarnya lokasi ayah berada...
Semalaman di sini. Adik dan mak su telah menghantar ayah ke sini petang semalam tatkala aku dan bonda dalam perjalanan pulang daripada kenduri kahwin anak Dr. Z di Behrang. hampir jam 1 semalam, maksu telefon - kecemasan katanya.. Aku panik. Waktu itu aku dan Bonda sudah menghampiri Behrang. Ayah tidak sihat, aku harus pulang segera.
Di kenduri kahwin aku tidak tenang, kasihan Bonda. Selalunya tika kenduri kahwin aku akan sibuk mengambil gambar -tetapi semalam hatiku bercampur-baur. Adik pula bekerja di Sunway. Agak jauh berbanding di tempat kerja lamanya.
Setelah Maghrib barulah aku ke HKL menemui ayah... adik dan maksu masih di sana. maksu juga sedang menunggu ayahcu -ingin pulang.
Mmmmm.... ayah ngah, aiman dan lia ada di ruang legar di bawah. mereka dan aku tidak dibenarkan masuk. 8.30 malam baru dibenarkan masuk itupun bergilir-gilir.
Mmmmm.... akhirnya malam tadi sehingga kini aku masih menghuni tingkat 4 ini. Berkenalan pula dengan atuk dan pakcik jiran katil ayah. Kedua-duanya dari gombak-Minang juga. Seorang duduk di Greenwood menjual steamboat yang adik teringin makan tu... hohohoho sekarang aku dah berkenalan dengan Tuk Ripin tu... :P dan seorang lagi penjual jagung tinggal di Batu 8 Gombak....
Ayah beberapa kali dicucuk jarum malam tadi... asyik tidak berjaya. teringat arwah wan -yang akhirnya terpaksa menggunakan jarum 'harum'....
Doktor muda-muda malam tadi dan seorang doktor senior datang sekitar jam 2 pagi. :P aku terdengar bebelannya, doktor ramai lagi tak boleh buat kerja... hohoohoho... geram bunyi ayat doktor senior tu....
Pagi ini sekitar 9.30pagi perkumpulan doktor-doktor. Doktor muda menerangkan kepada doktor-doktor senior tentang kondisi pesakit. Mmmmm yalah seperti seorang eksekutif sedang menerangkan kepada pengurusnya....
Paru-paru ayah masih berkuman, pnuemonia (mmmmm tak pasti ejaannya betul atau tidak - belum diperiksa ejaannya).... Kahaknya pekat. Masih lagi sukar bernafas.....
Mmmmm semoga ayah cepat sembuh!
4 ulasan:
salam ziarah
Al fateha anakanda...tabahlah kita dengan segala kepergiaan Semoga allahyarham diterima penuh rahmat sessuai dengan amalan demi Kebesarannya. Amin
terima kasih saudara mohammad, kerana menjengah tulisan saya...
ya bonda...
Catat Ulasan