Ahad, 18 November 2012

12 November 2012 Masih hari kedua: Makassar - Tana Toraja

Selepas makan tengahari, kami bertiga ke terminal bas Litha. Kami nak beli tiket bas ke Tanah Toraja.
Naik teksilah kami bertiga, kerana jauh nak ke terminal tu.

Univ. Veteran ? Wah... Khusus untuk warga veteran kah?

Beli tiket ke Toraja : Rp100,000 seorang, bas ekspres Litha yang  biasa, bertolak 9.00 malam nanti.

Lepas beli tiket, kami minta Pak teksi menghantar kami ke kedai tenun, puaslah terangkan, dia macam tak faham. Rupanya sebut kedai(toko) sutera! :P hohhohoohho
Kami tinjau-tinjau dulu di kedai sutera tu... nanti pulang dari Toraja kami datang lagi ye. Tapi tentu sahaja aku dah rambang mata! :P

Kemudian naik beca pulang ke Wisma Jampea. Rp20,000 untuk 2 orang (aku dan bonda). Kak inda bayar berapa ye ?

Bagasi yang ditinggal sementara kami ke Toraja

Senarai beg yang ditinggalkan! :P




Jam 6.30petang kami mula bergerak dari Wisma Jampea menuju ke Terminal Bas Litha. Tapi kami minta dihentikan di Kedai Nasi Minang. Pak Supir seperti tidak mengerti. Lantas ku kata Kedai Nasi Padang, walah, baru dia faham! hoohhoooho....

Dia tunjuk satu kedai, tapi kami seperti tidak mahu... jadi kami katanya lebih baik kedai yang lebih berhampiran dengan terminal.

Puas di cari, akhirnya dah melalui terminal!
Aduh nak makan apa ni, dah lapar! huuhuhuuh.... akhirnya kami makan di warung Jawa. :p aku makan mi bakso lah nampaknya dengan air kosong, kerana kedai tu tak jual air apa melainkan hidang air kosong sahaja. hohoohooh....

Mi bakso dengan limau nipis sebeban! :)


 Kami tiba awal di terminal bas. Mundar-mandir gitu dulu....  Jam 8.20malam, kami dah masuk dalam perut bas. :P

Bas Litha

Yeay, kami akan ke Toraja
Aku dan Bonda duduk di kerusi 25 & 26
kak Inda duduk di kerusi 27
Universitas Hassanudin

12 November 2012 Kota Makassar

Akhirnya tiba jua di Kota Makassar, hampir jam 11 pagi.
uiiiii panas betul! iyalah panas angin lautlah katakan.

Eh terjumpa CIMB Niaga gitu
Laut - Panas
Hotel Yasmin, tandanya Jalan Jampea dah dekat

Gerbang Jalan Jampea dibina pada tahun 2002



Mmmm ni kami 'gamble' saja ke Jalan Jampea. Kami cuba ke Wisma Jampea, kami kata pada Receptionist tu jika ada kosong kami ingin menginap barang semalam. Kerana esoknya mungkin akan berangkat ke Toraja. ohhh mungkin sahaja malam nanti.

OK kami ambil 1 kamar sahaja dulu.

WISMA JAMPEA
1 kamar di lantai 1.
Rp200,000 ---> Rp 180,000 (ada diskaun 10%)
+ Rp110,000 (tilam tambahan)
=Rp290,000

agak sempit juga untuk 3 orang sekamar, tapi alah, untuk 1 malam sahaja, oklah....

Setelah itu kami keluar, jalan kaki sahaja....
Redah-redah, ikut jalan yang kuingat ketika teksi tadi tu lalu.... :p


Gedung Kesenian Sulawesi Selatan lagi diperbaiki

Toko buku di Gedung Kesenian

Bahasa Jiwa Bangsa

Tugu Selamat Datang Ke Makassar

Tugu ini didirikan oleh Bank Mandiri

Selamat datang ke Makassar!


Lalu depan Kubu Rotterdam. Foto-fotoan di depan kubu. Jalan-jalan lagi ke cari kedai es teler. Tak jumpa es teler besar yang Bonda dan Kak Inda nampak, jadi kami ke restoran pertama. Kami pesan nasi.... tapi pekerja restoran tu kata, tuan punya kedai tak sampai lagi, yang ada cuma pisang goreng gitu atau ala2 makanan sarapan pagi. Maka tak jadi makan situ.

Depan Kubu Rotterdam
Intai-intai dulu

Depan pintu masuk Fort Rotterdam@Benteng

kami bertiga

Dinding benteng

Beberapa acara yang diadakan





Pergi ke kedai kedua.
Laaa pekerjanya juga kata, nasi tak ada, belum dimasak!
Eh bukan ke sudah 12.30 tengahari ? Aduh perut sudah keroncong. Apa orang Makassar makan tengahari lewat ke ? Aneh juga ya. Sampai aku tanya orang di sini makan tengahari pukul berapa. Jawapannya jam 1. Tapi pelik, 12.30 masih belum masak nasi lagi ?

Buras
Yang ada cuma burasa. Macam lepat nasi gitu, makanan penduduk tempatan.

Aku dan kak inda pesan Indomie goreng.
Bonda pesan Batagor.

Air minumku ialah Es Soda Gembira. Teringat adik, dia suka sangat air ni. :)
Bonda pesan es teler. kak inda pula pesan Jus Melon.
Sedang kami tunggu air dan makanan, kak inda teringat. Melon ? alamak melon apa agaknya yang akan dihidangkan ?
Es teler

Hohhohhoho tup tup ye, Honeydew gitu! heheehheheh.... melon banyak melon.... jadi bukan watermelon yang dihidangkan.


Soda gembira

Indomie goreng + Sayur



12 November 2012 Hari kedua di Baji Gau

12.11.12
Tarikh ini...
Aku berada di Makassar...

Bangun pagi-sarapan-kami berbincang-bincang nak mengeluarkan diri dari Hotel BajiGau. Bukan hotel ini tidak enak, cuma ia sangat jauh jika kami nak berulang-alik ke kota.

Sarapan pagi kami dah makan nasi dengan sambil yang aku teringin malam sebelumnya. :) :) :)

Selepas makan, bonda pulang dulu ke bilik, sementara aku dan kak inda cuba menguruskan untuk mengeluarkan diri dari hotel :

1. Ke kaunter resepsi hotel - beritahu nak 'check-out'
2. Cari wartel - nak telefon Agoda --> malangnya pekerja wartel tu tak tahu nak hubungi operator, alasan baru kerja
3. Patah balik, ke kaunter hotel -telefon Agoda Indonesia
4. Balik bilik, emel Agoda - mujur Bonda bawa Galaxy Tab (macam promo lak :P)
5. Telefon kaunter untuk panggilkan teksi
6. Akhirnya kami 'check-out'
7. Naik teksi ke bandar Makassar

Maaf ya pada Mbak yang menjaga kaunter malam tadi (siangnya staff lain yang bekerja), yang layani kami malam tadi, kami terpaksa keluar dari hotel. Bukannya kurang enak, cuma terlalu jauh bagi kami yang kepingin ronda-ronda ke bandar. Susah juga nanti mahu ulang-alik ke bandar.

Sarapan dulu


Ok dah nak check-out


Kami akan menuju ke Kota Makassar


11 November 2012 Makassar, saya ke sana!

Pagi-pagi buta dah bangun, apa lagi, kemas beg lah. Sambil mesej-mesej dengan Puan. Huhuhuhu gundah lagi....

Adik menghantar kami bertiga - Bonda, Kak Linda dan Aku.
Terima kasih Din.

Aku dan Bonda check-in dulu. kak Inda cuma 'drop' kan bagasinya, kerana day check-in secara on-line.
Lepas tu pergi Sarapan dulu di LCCT - makan roti bawang putih bakar cicah kari kentang + old town white coffee, sedap! Dah lapar, sedap je. :p


Wajah gembira nak berangkat :)




12.45petang kami telah pun berangkat ke Bandara Sultan Hassanudin, Ujung Pandang.
Akhirnya aku telah berada di perut angkasaraya.

Di sebelah ku, warga Makasar, penjual kain sutera Makassar dan di kanan ku, warga Malaysia, peniaga juga mungkin, tetapi ku lihat dia asyik membaca, nota tulisan jepun. Dia diam, aku pun tidak bicara dengannya, melainkan dengan warga Makassar itu. tetapi kemudian, dia pun pindah duduk di sebelah isterinya, yang kebetulan rupanya kosong.

Kemudian aku pun zzzzzzzz..... yelah, aku sangat mengantuk, sudah beberapa hari tidak nyenyak tidur!

Bila waktu edar makanan, aku masih tunggu-tunggu. Sehinggalah jam 2 pramugara-gari tidak menyerahkan makanan kepada ku. Eh bukan ke selalunya mereka akan minta 'boarding pass' dan akan serah makanan yang dipesan ?

Bila aku minta kepada salah seorang pramugari, dia ok dan serah kepada kawannya. pramugari yang seorang tu dengan angkuhnya  berkata, tadi dah panggil banyak kali. ohh ? aku dengan 'blur'nya ye ke?

Mmmm tapi masa aku sedar dari tidur, aku tak dengar pun diorang panggil nama aku sewaktu mereka sorong troli makanan tu? yang aku dengar cuma siapa yang nak beli makanan adalah. mmmm entah, aku salah ke ? mungkin sewaktu aku tidur, mereka laung nama aku kot ? apa-apa jelah.

3.40petang, tiba di Bandara ! Wohoooo! ;)

Keluar dari perut kapal terbang, masuk lapangan terbang, dan beratur nak serahkan passport. Mmmmm barisan beraturnya tidaklah panjang sangat, oklah tidak terlalu lama, seperti sewaktu aku di Padang dulu. Tapi pakcik sebelah aku ni macam asyik nak potong barisan aje, apa lagi isterinya. Sewaktu giliran aku, isterinya beri isyarat suruh suaminya potong barisan aku, tetapi anaknya di belakangku, kata, SABAAAR Bu.... Mmm tengok passport mereka Malaysia, tapi cara dan gaya si ibu ayah seperti bukan. Mmmm mujurlah si anak, sudah ber 'attitude' M'sia. Lebih penyabar.

Si petugas Imigresen, alamak kasarnya. Huhh!

Keluar dari ruang dalam nak keluar, umangaiiiii aduhhhh pening, serabut. Laungan taksi-taksi-taksi-taksi-taksi! Aduhhhh.... Aku yang inginkan ketenangan, pening lagi... Camana nak cari teksi, risau Kak Linda dimana, dan mana nak cari dan beli no. telefon hp. Aduhhhh fenin. Pergi ke kaunter informasi, tiada orang. Mmmmm  ;(

Patah balik, lega, dah nampak Kak Inda. Nak tempah teksi ke hotel juga pening. OK kata mereka harga standard, ke kawasan yang kami nak pergi terletak di Zon 3= Rp100,000. Tapi kami kena bayar sendiri duit tolnya = Rp10,000.








Lepas tu zaaasss ke teksi, dan menuju Hotel Baji Gau. Waduhhh jauh banget. :P inilah perjalanan kali ini, memang aku dan Kak Inda, sebelum ni tak dapat nak duduk bincang bersama dan kami hanya berbicara lewat emel dan telefon beberapa hari sebelum berlepas. Memandangkan hotel yang kak Inda tempah sebelum tu, tidak memberi maklum balas, risau beb! Mujurlah masih ada kekosongan di Baji Gau.

Di sana, rehat-rehat dulu di bilik yang besar untuk kami bertiga. Wooooo :)
Kemudian kami pun makan malam di restoran sebelah hotel.
Aku makan nasi goreng pedas, bonda makan mie pangsit, kak inda makan mie goreng jawa.
Dan teh botol untukku! Wallaaaa.....

Lepas makan kami putar-putar keliling.... tak ada apa sangat di sekitar situ.
Pulang hotel, bincang-bincang untuk hari esok....
Tengok tv, dan zzzzz.....