Naik teksilah kami bertiga, kerana jauh nak ke terminal tu.
| Univ. Veteran ? Wah... Khusus untuk warga veteran kah? |
Beli tiket ke Toraja : Rp100,000 seorang, bas ekspres Litha yang biasa, bertolak 9.00 malam nanti.
Lepas beli tiket, kami minta Pak teksi menghantar kami ke kedai tenun, puaslah terangkan, dia macam tak faham. Rupanya sebut kedai(toko) sutera! :P hohhohoohho
Kami tinjau-tinjau dulu di kedai sutera tu... nanti pulang dari Toraja kami datang lagi ye. Tapi tentu sahaja aku dah rambang mata! :P
Kemudian naik beca pulang ke Wisma Jampea. Rp20,000 untuk 2 orang (aku dan bonda). Kak inda bayar berapa ye ?
![]() |
| Bagasi yang ditinggal sementara kami ke Toraja |
| Senarai beg yang ditinggalkan! :P |
Jam 6.30petang kami mula bergerak dari Wisma Jampea menuju ke Terminal Bas Litha. Tapi kami minta dihentikan di Kedai Nasi Minang. Pak Supir seperti tidak mengerti. Lantas ku kata Kedai Nasi Padang, walah, baru dia faham! hoohhoooho....
Dia tunjuk satu kedai, tapi kami seperti tidak mahu... jadi kami katanya lebih baik kedai yang lebih berhampiran dengan terminal.
Puas di cari, akhirnya dah melalui terminal!
Aduh nak makan apa ni, dah lapar! huuhuhuuh.... akhirnya kami makan di warung Jawa. :p aku makan mi bakso lah nampaknya dengan air kosong, kerana kedai tu tak jual air apa melainkan hidang air kosong sahaja. hohoohooh....
| Mi bakso dengan limau nipis sebeban! :) |
Kami tiba awal di terminal bas. Mundar-mandir gitu dulu.... Jam 8.20malam, kami dah masuk dalam perut bas. :P
| Bas Litha |
| Yeay, kami akan ke Toraja |
| Aku dan Bonda duduk di kerusi 25 & 26 |
![]() |
| kak Inda duduk di kerusi 27 |
| Universitas Hassanudin |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan