Sepatutnya hari ini aku ke Jabatan Imigresen.... Kerana menunggu Bonda yang masih belum siap kertas kerjanya, hasrat ku tertangguh, esok sahajalah.
Jam 11.30pagi kami ke DBP hantar dokumen, dan terus menuju Ampang Park. Kami duduk di Kafe Ber'Wifi' kerana Bonda dan aku nak berinternet. Tetapi malangnya meja yang dekat dengan plag tu dah ada 'sepasang kekasih -tua dan muda'. Arrrghhh terpaksalah kami menunggu di meja lain, sambil mata asyik melirik ke meja itu. Bilalah mereka ni nak alih punggung ni?
Aku sempat ulang alik ke kedai gambar, cuci foto perkahwinan si Mas dan Maz, pesan makanan sampai habis makan barulah mereka beredar. Mmmm....
Hampir jam 3petang, kami beredar menuju ke RA Fine Arts.
Hari ini perasmian pameran solo yang kedua Meme. POST GOTHIC DREAM.
Setiba di sana, ketemu suami Kak Lina, menantu Usman Awang. Dia tunjukkan buku Pak Usman yang baru. Jiwa Hamba. Muka hadapan buku tu lukisan Bonda. Terbitan ITNM. Nice book Kak Lina!
Masuk ke dalam, kurator sedang memberi ucapan kemudian Dr. Fauzan Omar pula merasmikan pameran.
Yahoooo, boleh tengok karya baru Meme. Mataku jadi bulat-bulat-bulat dan geram tengok karya dia. Nak-nak-nak.... Bonda pula suka karyanya yang ada imej wayang kulit, tetapi hampir kesemuanya telah dicop orang...mmm melepas....
Ada lukisan yang kutertarik, lupa pula tajuknya... di dalam satu bingkai tu ada dua lukisan - satu tu ada tertulis 'belongs to Zareena'. :) macam nak bagi hadiah birthday untuk Ayeen pula - Zareena Ramli, tapi masih diluar kemampuan ku pula harganya... Mmmm nak bagi apa ye untuk birthday Ayeen tahun ini?
Memang sumber inspirasi Meme, banyak tertumpah dari isterinya, Kak Zareena- cantik! :) dan juga cerita-cerita dongeng yang Meme mimpikan. Cerita-cerita si pari-pari, alam bunian dan cerita-cerita wayang..... Ada satu lukisan dinding yang aku sangat suka. Tapi kata Bonda, 'Lor kan boleh lukis sendiri, buatlah!' Adusssss.... Mmmmm..... Nak lukis apa, cat bolehlah! hehehe.... :P
Dari galeri, aku dan Bonda ke restoran salah seorang saudara kami pula di Ampang. Itulah pertama kali ke sana. Mmmm dia bertanyakan aku, sudikah meletakkan lukisan di situ? Mmmm boleh juga. Tapi ada satu permintaan yang agak menyukarkan... Kami nak lukisan yang besar-besar yang harganya lebih kurang RM 5000. Aku terkedu, melirik pada Bonda. Heheh, aku sengih sajalah.... Kuhitung, Bonda sudah berada dalam duni seni lukis ni sudah 40tahun. Jadi bagaimana ya? ;)
Akan kuusahakan mana yang boleh, yang sesuai.... Mmmm... Berpusing-pusing sebentar kepalaku...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan