Khamis, 5 Mac 2009

170109 Melihat Kartika melukis di R A Fine Arts




Pagi itu aku ke RA Fine Arts. Ketemu Kartika, yang senang ku panggil Nenek dan juga menantunya Mbak Ana. Mmm sudah lama tidak ketemu mereka. 2 tahun mungkin, dan Mbak Ana pula, hampir 4tahun, dia pun sudah ingat-ingat lupa. Nenek masih cantik cuma agak lelah kulihat, kerana itu kerusi rodanya di bawa bersama. Tetapi bukan untuk didudukinya, tetapi sebagai tongkat untuknya melangkah dan peralatan lukisannya di atas kerusi itu. Jika benar-benar kelelahan barulah kerusi roda itu digunakannya.




Ada ramai pelajar dari UiTM jurusan Seni Lukis dan Seni Rupa yang hadir. Ada juga wajah-wajah yang kukenali. Ada pelukis mapan juga. Nenek melukis bunga lili yang segar pagi itu. Kemudian beralih kepada lukisan portret - wajah Raja Ahmad Aminullah yang nenek gambarkan pagi itu. Hitam putih. Katanya, melukis hitam putih lebih susah daripada yang berwarna. Dia tidak akan melukis secara realism, sebaliknya dia akan memotret secara batiniah, maksudnya apa yang tersirat di sebalik wajah seseorang.

Tiada ulasan: