Itulah soalan karangan yang guruku beri di dalam kelas 1 Mawar. ;) inilah yang kukarang....
Juruhebah:
Selamat pagi tuan-tuan dan puan-puan. Hari ini kita ada penyanyi undangan iaitu Aishah dari Fan Club. Selamat datang ke studio media hiburan.
Penyanyi:
Terima kasih saudara Zainal.
---> Agaknya tika itu aku fikirkan Zainal Din Zainal! :) Ke manalah menghilangnya DJ ini ya?
Juruhebah:
Boleh saya mulakan temuramah sekarang? Siapakah nama sebenar saudari?
Penyanyi:
Nama sebenar saya ialah Wan Aishah bt Wan Ariffin
--> Aku tahu? hehehe....
Juruhebah:
Di manakah saudari mula melibatkan diri dalam bidang nyanyian dan apakah nama kumpulan saudari?
Penyanyi:
Saya mula melibatkan diri dalam bidang nyanyian semasa di New Zealand dan nama kumpulan saya ialah Aishah and The Fan Club.
Juruhebah:
Apakah nama album yang pertama Aishah terbitkan di Malaysia?
Penyanyi:
Album yang pertama saya terbitkan di Malaysia ialah Janji Manismu. Lagunya dicipta oleh saudara Adam Ahmad dan lirik dicipta oleh saya sendiri.
Juruhebah:
Terima kasih Cik Aishah kerana sudi menjadi tetamu undangan Media Hiburan ini.
Penyanyi:
Sama-sama
Juruhebah:
Sekian sahaja temuramah kita pada hari ini. Semoga pendengar-pendengar semua terhibur.
2 ulasan:
Wah sejak kecil dah ada cita-cita nak jadi wartawan. Atau Chikgu saja yang tertarik dengan seni pop. Eh, dari sudut etika ilmu, soalan pertama ,terlalu klise....(dah atahu bertanya juga) supaya penyanyi tidak bosan dengan soalan terbiasa, boleh diubah seperti " Kenapa anda menghilang Wan di pangkal nama? Begitu juga ketika di New Zealand, dah tahu pun Si Aisyah tu pertama kali ...aktif di New zealand. Jadi boleh ubah soalan klise seperti : Wah, bagaimana ya tanggapan orang New Zelandand dengan penyainyi Melayu?....lala kursus kewartawan amta tidak peka dengan sejarah adab budaya Melayu..tak adapun judul kursus begitu, kerana kami yang ditemuramah amat letih melayan seorang. Itulah keluh Allayarham Usman Awang...soalan pertama selalu : 1) lahir di mana 2) sekolah di mana 3) berapa jumlah puisi /buku...soalan remeh ini kan harus sudah d kepala atau di hujung lidah....sehingga seniman yang ditanya seoalah memang tidak dikenali...jangan jadi wartawan senilah...kalau hanya seni pop lalalalllla
menarik apabila soalan-soalan tersebut diolah semula.. menjadi lebih segar dan baru....
Catat Ulasan