Ahad, 5 Julai 2009

04 Julai 2009 Oooohh ohhh ohhh sudah julai!

Hari ini kerja ku ialah :
i. Balut lukisan-lukisan Bonda

ii. Kemaskini biodatanya




iii. Menghadiri majlis persandingan Ayong & Faiz
- cantiknya Ayong! Sayang kameraku tidak dicas baterinya... Ish ish ish... Itulah tak periksa lagi.... Yakin saja semalam kononnya satu lagi bateriku ada tenaganya.... Akhirnya Bonda yang beria-ia mengambil foto Ayong menggunakan kamera mininya...

iv. Pulang ke rumah semula, dan memasukkan lukisan-lukisan ke dalam kereta Bonda

v. Putar-putar ke Bukit Damansara, Jalan Gelenggang.... Galeri Bukit Chandan
Serah lukisan, melihat dan mendengar Bonda ditemuramah, berkongsi cerita dan memberi pandangan tentang seni lukis dan sastera.

Sesi fotografi bersama Arif Fauzan

Latfy selaku juruvideo


Ditemuramah oleh Faizah Elis - pengurus Galeri Chandan




v. Ke Pasar Seni. Kereta ditinggalkan di Dayabumi..... Ooohhh dah lama aku tidak menjejakkan kaki ke Dayabumi. Serasa sepi sekali di situ. Jika dahulu, aku sering berulang alik menaiki/turun dari Komuter di Stesen Kuala Lumpur, kemudian menyelusuri Pejabat Pos Dayabumi dan menuju Pasar Seni dan menunggu bas di Menara Jam, Lebuh Ampang. (rindu pula pada perjalanan kakiku....)
Di sekitar Bangunan Sultan Abdul Samad
Puduraya.... Mmmm.... dah lama tidak menunggu bas di situ

vi. Tujuan ke Pasar Seni, ingin mencari kedai fotostat dan makan petang-malam di sana. Tetapi terserempak pula dengan Cik Sani Sudin, Cik Aris Aziz, Cik Jack@Aziz, Cik ______ (maaf kulupa namanya).

vii. Makan malam di Rumah Teh Melayu... Sedap juga Mihun Supnya, terhidang juga cili potong kicap manis tanpa kupinta... Sememangnya acapkali aku akan meminta cili potong kicap manis, tetapi sangatlah sukar aku akan memperoleh apa yang kupinta! Seringkali salah yang dihantar - selalunya kicap cair yang dihantar... Bonda memohon menambah limau kasturi....

viii. Berlarian pula aku ketemu Cik Ghani Ahmad menghantar barang. Sebelum pulang CIk Ghani telah menasihatiku.... Mmmm.... terima kasih CIk Ghani!
ix. Aku dan Bonda pulang dan menuju ke Dayabumi - pulang tetapi singgah dahulu ke kedai TUJUHSEBELAS untuk membeli biskut kucing - makanan untuk kucing-kucingku... sambil telinga menjawab panggilan daripada orang jauh dari Selatan.... ;)

Tiada ulasan: