Pernahkah kalian terfikir, kerana bicara dan tindakan kalian memberi kesan sampingan kepadaku? Mmmm tentunya tidak, bukan.
kerana kalian, aku juga yang menanggung malu.
kerana kalian, aku juga yang memikulnya di bahu, di minda dan di hatiku.
kadang-kala kerana kalian, aku yang cuba memulihkan keadaan walaupun tidak sebegitu terdaya.
kerana kalian aku cuba menahan pedih di telinga dan mindaku.
kerana kalian aku hanya tersenyum sumbing membeku dengan lontaran yang dikata.
memang adakalanya aku tercuit dengan kata dan aksi kalian.
Ya bagimu memang tidak apa-apa, tetapi bagi yang mendengar, kadang-kala agak tercuit rasa hati mereka, apatah lagi ketika kita baru hendak membina persahabatan.
Kadang-kala aku malu, teman. Cuma kalian yang tidak menyedarinya kerana menganggap ia hanya gurauan, dan enteng sahaja.
Tetapi kerana kalian jarang kali bertemu mereka, bagimu tidak mengapa dan tidak ambil pusing, itu semua dianggap remeh. Tidak apa-apa.
Namun bagiku, ia sememangnya meninggalkan kesan. Kerana kata-kata yang dilemparkan tidak mudah ditarik balik. Ia akan tetap segar di dalam ingatan mereka juga.
Mulut tempayan boleh ditutup, tetapi mulut manusia bolehkah?
Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga...
Mmmmm.... nasib-nasib-nasib..... sabar sahajalahkan!
1 ulasan:
Wahwah hidup bidalan Melayu...rasanya dalam kes ini, kita kurang perhatikan hal-hal adab dan budi . Motivasi demi motivasi kerjaya kerap di adakan di tempat kerja untuk membangun minda staf demi pembangun prestasi, tapi lebih bersifat struktural sedang pengisian roh santun kurang dipedulikan...ayuh atur dialog budi + daya...hhhh, burung gagak yang selalu bertenggek di ranting pohon depan bangunan pejabat mu pun tahu berdiam bunyi sejenak...selepas tu sambung bising lagi ak ak ak ...apakah mereka hendak meniru riuh burung gagak? atau seperti betih direndang atau murai dicabut ekor...bukankah akhirnya bagai meludah ke langit...sendiran begini tidak mengecilkah hati...cubalah sampaikan bidalan agar mereka belajar dari kesilapan.
Catat Ulasan