Dari semalam dan beberapa hari sebelumnya, aku dan beberapa orang teman sibuk sekali. Pelbagai perkara yang perlu dibereskan dengan segera, dan sememangnya hatiku gundah gulana. Tidak tenteram dengan beberapa perkara - kerjaku yang tidak beres.
Mujur tengahari itu aku dan FIzah keluar sebentar- makan tengahari di Sushi Tie, The Mall. Tetapi jujurnya, aku lebih gemar makan di Sushi King. Sedang ingin melegakan perasaan masing-masing, tiba-tiba telefon genggamku berbunyi.... Aduh! Kerjaku! Panggilan itu menggugah ketenangan makan tengahari kami. Mmmmm nasib-nasib. Kegundahan menjelma lagi.
Makan dengan segera, kami pulang ke pejabat. Walauapapun terima kasih Fizah, kerana membelanja aku tengahari tadi...
Petang itu setelah seperkara selesai, aku dan teman-teman ke Auditorium, ingin melihat pemenang-pemenang untuk aktiviti Knowledge Fair sepanjang 3 hari ia berlangsung di tempat ku bekerja.
Lewat petang itu, rencana ku untuk bertemu teman-teman terpaksa di batalkan.
:( Huhhuhuhuh. Mmmm tangguh lagi.
Oklah, aku menuju Sogo dan membeli makanan kucing untuk Jingga, Bucuk, Adik, Kecak, Tamtam, Bebe, atau sesiapa lagi kucing yang selalu singgah di halaman rumahku untuk makan.
Keluar dari Sogo dan menuju ke perhentian teksi, aduh! :( Apalah nasib aku hari ini. Orang beratur terlalu panjang, teksi susah nak kelihatan!
Pasti kerana banyak jalan yang telah di sekat, dan teksi-teksi tidak mahu masuk bandar. Ini pasti kerana esok hari ada perhimpunan anti dan pro ISA.
Ahhh... setelah bosan beratur 30minit tanpa berganjak sedikit pun, aku menapak ke Stesen LRT Bandaraya dan turun di Pekeliling. TIdak sampai beberapa minit, bas U12 tiba dan setelah setengah jam di dalam bas, akhirnya aku selamat sampai di rumah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan