Sesampainya di kantor pagi ini, aku diasak dengan pelbagai perkara.
Ini itu sana sini...
Lepas satu, satu, satu... Mmmm masih sabar lagi.
Belum habis satu perkara diselesaikan, di tambah lagi...
Semuanya mahu segera. Masih ok walau agak resah.
Geram kerana ada kerja yang ingin kulangsaikan tertangguh lagi.
Kegeraman kubertumpuk kerana ada perkara yang sepatutnya boleh diselesaikan oleh mereka sendiri, mahu tunggu aku juga. Atau sepatutnya mereka bertanyakan kepada orang yang lebih arif, memandangkan aku ini tiada kuasa, kerana aku juga perlu merujuk kepada yang lebih arif dan berkuasa.
Hampir waktu tengahari, aku menerima satu panggilan. Arggghhh!
Aku lagi bertambah buntu! Di hujung sana talian dimatikan. Aku terus letak gagang dengan kuat, suara besarku terkeluar dari corong kerongkongku!
Aku hilang sabar, amarahku meletus.
Tanpa melihat orang di sekelilingku, aku terus berlari deras, sederas degupan jantungku meninggalkan ruang kantor mengeluarkan diri dari blok ku menuju ke blok lain. Mencari angin ingin meredakan amarahku.
Aku tahu orang disekelilingku mendengar suara aku yang separa mengguruh tengahari itu!
Mujurlah tika itu bos dan beberapa orang pengurusku tidak mendengar guruhku...
Tetapi aku rasa kadang kala elok juga kalau mereka mendengar, kerana aku juga ada hak untuk rasa marah, aku juga ada akal dan perasaan! Ya, jarang sekali teman-temanku melihat aku meletus, kerana selagi aku boleh sabar dan mengawal amarahku, akan ku tahan segalanya.
Tetapi hari ini...
Tiba di blok itu, aku bungkam, diam berdiri membatu di hadapan seorang teman. Dia melihat aku dan faham keadaan aku. Mungkin melalui raut wajah aku yang mencuka. Kala itu juga, seseorang menyeru namaku, aku tahu apa yang dia mahu. Aku hanya merenung matanya, dan tidak membalas apa-apa. Ahhhh aku tahulah apa yang kuperlu siapkan, aku berkata dalam fikiranku tanpa meluahkan apa-apa. Kemudian dia diam tanpa berkata apa. Mungkin tahu aku tiada 'mood' untuk bercakap kala itu.
Aku memandang semula kepada teman di sebelah ku itu. Mujurlah ada seorang teman yang boleh memasang telinga. Maaf teman, kau pula di asak dengan bebelan luahan rasa fikiran aku tengahari itu.
Walau apa pun terima kasih ya!
Semoga hari esok merupakan hari yang lebih baik daripada hari ini...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan