Rabu, 20 Januari 2010

20 Disember 2009 SYUKUR 60 SZI



Hari yang dinanti dah tiba....
Ashrof, En. Ilhami antara yang terawal tiba.

Jam 9.30 orang ramai mula membanjiri...
Ada yang melihat bahan pameran, membelek buku-buku... membeli buku-buku...

Haji Ishak Surin @ Busu Sahak ku yang segak berbaju Melayu hitam bersampin membacakan doa membuka acara pagi itu.

Teruja juga melihat penduduk Kg. Bandar Dalam yang hadir... cuma sedikit terkilan kerana aku tak berkesempatan berbicara dengan mereka, sekadar senyum dan menyapa Cik Ijat, sepupu Bondaku... Maaf semua...

Seniman Negara dan Sasterawan Negara juga ada, begitu juga beberapa orang teman rapat Bonda. Terima kasih kerana menyokong acara ini... Kepada keluarga Tan Sri juga kerana meluangkan masa untuk kami... Begitu juga kepada mereka yang tidak disebutkan namanya di sini...

Acara pagi:
1. Perasmian 5 buah buku oleh Pak Samad
2. Persembahan Az Samad
3. Bicara teman-teman mengenai SZI


Acara petang:
1. Teman-teman SZI bebas berpuisi, berkongsi cerita, melakar


Tiada ulasan: