Jumaat, 22 Januari 2010

25 Disember 2009 Berangkat dulu...

Bang Amad, lepas Jumaat nanti boleh hantar Melor ke Sentral KL ?
boleh...

Phewwww lega.... mmm tak payahlah aku nak kena seret bagasi merah aku tu....
dah 6 tahun usianya. pertama kali aku gunakan ketika hendak ke Jogja, September 2004. Berpergian bersama Bonda, Kak Linda dan beberapa orang teman seUKM Bonda. Ketika itu Bonda ada acara pelbagai acara di sana:
i. Pameran lukisan
ii. Program di Az-Zaitun bersama Gapena
iii.Membina jalinan inter-universiti :
Universitas Negeri Yogyakarta (UNY) dan ISI (Institut Seni Indonesia).

oooppss melencong lagi cerita aku ni... :P

Sambung mengemas daripada malam tadi.. huh siap juga!
Jam 3 baru bertolak dari rumah menuju ke Sentral KL. Bonda hanya menghantar hingga ke pagar.... mmm kalau Bonda ikut samakan lebih seronok! huhuuhu.... ada gak cerita-ceriti yang boleh dikongsi atau yang sebenarnya Bonda akan lebih banyak memberi penerangan kepadaku... tapi nak buat bagaimanakan. Kalau ada Bonda, tempat utama yang wajib pergi pastinya Galeri, Muzium, denai-denai, lorong-lorong yang lebih eksotik yang punya nostalgia. Melihat bangunan lama pastinya kami akan menatap asyik.... Bonda melukis dan aku menggambar. Ya tentulah, aku tak pandai melukis, keras tangan, kaku!

Sebelum masuk teksi Abang Amad, Bonda sempat berpesan, 'Beli topi!'
heheheh ok insyaAllah, akan diusahakan....

Tataaaa, pergi dulu Nda! ... Selamat tinggal Bebe, Bucuk, Tamtam, Jingga, Adik, Kechak & Mimi. Tunggu Kak Long balik!

Hampir Jam 3.30petang aku 'check in' dahulu... Lega, dah masukkan bagasi merahku... Petugas kaunter tu sempat mengomel, 'Cantik sarung passport ni... Beli di mana?'
ooooh saya beli di Johor Bahru... mmm tak sangka pula ada juga yang suka sarung passport ku itu... heheheh kalau kata Bonda, macam budak-budak. hikhihkhikik....

Ok, makan dulu.... LAPAR!
Menuju Restoran McD. Kupesan Burger Prosperity daging... ahhhhh enaknya.... lega dah mengalas perut.

4.30petang aku beredar dan menuju ke pintu masuk ke stesen ERL....
turun-turun dah ada ERL menanti, apa lagi, aku dan beberapa orang yang lain melangkah lajulah... Tak mahu buang masa menunggu ERL yang lain...

hampir jam 5 sudah tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur.

Di LTKL aku menggambar suasana, dan memeriksa sama ada pintu pagar telah dibuka.... Ya sudah di buka ya Cik Melor...

Yeah... ok boleh masuk, imbaskan passport terlebih dahulu, naik tren menuju Pintu Pagar __.
Sebelum tu sempat lihat pameran model kapal terbang... dari pelbagai negara... singgah lagi ke kedai buku... MPH ke Times, lupalah!

Berhampiran pintu masuk aku duduk melihat orang lalu lalang sambil menunggu Irman sekeluarga tiba... 5.40petang pramugari-pramugara mulai masuk ke dalam... jam 5.50 orang ramai sudah dibenarkan masuk... 6petang Irman pun tiba....
Aku dipertemukan buat pertama kali dengan keluarga Irman, 2 orang anaknya comel sekali... Along isteri Irman, Irfan putera yang sulung dan Alia si bongsu.

:) Aku masih ingat kata-kata pertama Alia, "Dah lama kita tak jumpa!''

aku terkekeh-kekeh ketawa... kerana sebenarnya inilah pertama kali kami berjumpa! hihkihkhikhk Alia alia... manalah dia belajar ayat tu ya, pasti dia pernah mendengar orang berkata begitu, maka ditiru... mmm Alia yang comel dan keletah berusia 3 tahun.

Sebelum berlepas, Irfan sangat beria-ia... gembira dan tidak sabar hendak naik kapal terbang!

Tiada ulasan: