Pagi tadi aku ada sesi soal jawab, berceloteh, berkongsi cerita bersama teman. Topiknya ialah : Apa yang anda lakukan ketika CUTI RAYA CINA yang lalu ?
Hohooho alamak, macam skema je kan ? Macam cikgu sekolah nak suruh buat karangan. HHehehhe jangan marah cikgu! ;)
Sebelum itu ketika dalam perjalanan ke pejabat, barulah aku terhegeh-hegeh nak menyenaraikan aktiviti yang aku buat masa cuti hari tu (rencana nak buat sesi kongsi cerita ni dah dekat sebulan :P ni baru nak buat senarai! :P :P :P)
Elok juga buat senarai tu, boleh menyegarkan - mengimbas-mengimbau kenangan di HK. :)
HARI 1 28/01/11, Jumaat
- Berangkat pergi dari LCCT. Naik Air Asia menuju Hong Kong
HARI 2 29/01/11, Sabtu
- Menuruni Mid Levels dari Jalan Robinson... putar-putar melihat kedai, gerai sehinggalah tiba di stesen MTR menuju ke Mong Kok
-Ke Pasar Bunga, yeahhhh!
HARI 3 30/01/11, Ahad
- Ke IFC Mall singgah Pret Manger, merayap di luar IFC Mall dan bergambar bersama arca-arca dan naik bas 2 tingkat menuju Pasar Stanley
HARI 4 31/01/11, Isnin
- Ke Taman Botani (jalan kaki tu.... dari Jalan Robinson !) hohhhhoho kesian Bonda, ku heret berjalan kaki ke sana.... Tapi alhamdulillah cuaca yang dingin tidak terlalu meletihkan, lagi pula kami santai sahaja berjalan. Tidak terkejar-kejar...
- Meneruskan perjalanan ke Taman Hong Kong, sempat memasuki Hong Kong Visual Arts Centre. Teringat peristiwa bila kami tercangak-cangak mencari manalah tasiknya, dan tiba-tiba ada orang yang mempelawa diri untuk membantu kami.. :)
- Menapak lagi.... sehinggalah tiba di Pusat Bandar! Masuk taman-taman di celah bangunan institusi kewangan ;) sehinggalah tiba di McDonald.... Kami memilih kaunter McCafe... :) pertama kali aku ketemu McCafe, di Kuala Lumpur dah ada ke ? Aku dan Bonda memilih kopi panas - Cappucino & Cafe Latte.
Teringat kisah orang yang duduk di meja sebelah.... apa yang menarik pandanganku ialah, Dia membaca doa sebelum makan burger. Rasanya orang Kristian, kerana sesudah berdoa dia menyalib. Mmmmm... pertama kali aku melihat sedemikian. Sebelum itu, cuma di kaca tv sahaja, atau pun cuma teman-teman seMuslim yang kulihat membaca doa makan.
- Kemudian aku dan Bonda meneruskan perjalanan ke H&M! Wohoooo. Dan berjalan kaki lagi untuk pulang ke rumah.
HARI 5 1/2/2011, Selasa
- Pasar Wan Chai - Muzium Seni Hong Kong - Cahaya Simfoni
HARI 6 2/2/2011, Rabu
- Muzium Warisan Hong Kong - Dunia Snoopy, di Plaza New World
- Malam ini orang Cina makan besar. Tapi Bonda kehairanan kerana kebanyakan orang masih lagi berlegar di pusat membeli-belah, atau di mana-mana. Tidak pulang kampungkah mereka ?, tanya Bonda.
HARI 7 3/2/2011, Khamis
- SELAMAT TAHUN BARU CINA! Tahun ini tahun ARNAB
- Tiada bunyi mercun, tiada kedengaran bunyi tarian naga/singa, Pokoknya: SENYAP SUNYI!
- Aku, Bonda dan Kak Linda ke Pulau Lamma. Nak tahu apa aktiviti yang kami lakukan ? 'Tracking' ! Hohhoooho... nanti dalam episod lain aku akan cerita ya... ;)
- Ke Tsim Sha Tsui untuk melihat perarakan Tahun Baru Cina
HARI 8 4/2/2011, Jumaat
- Ke rumah Suhaimi makan nasi lemak di Wanchai
- Tengok bunga api di celah HK Expo Centre
- Putar-putar
HARI 9 5/2/2011, Sabtu
- Ke Pasar Wanchai lagi, cari apa yang tak lengkap lagi
- Pulang KL
HARI 10 6`/2/2011, Ahad
12.30pagi tiba di LCCT....
3.00 pagi tiba di rumah. ZzZzZzZzZzZzZzZzZ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan