Ahad, 20 Februari 2011

19 Februari 2011 Aktiviti Hari Ini

Hari ini rencana nak jumpa Pakcik Zul, ditangguhkan ke hari esok.


Jadi tengahari tadi di jemput oleh En. Zam & Cik Zeti sepulangnya mereka dari Muzium Negara, kami bertiga menuju ke restoran MZ Darul Naim. Huhuhuhu sedap betul, berselera kami makan di situ. Dah lama juga aku tidak ke sana. Terlihat poster yang menyatakan Pakcik pemilik restoran tu telah meninggal dunia. 2 orang teman telah memberitahuku tahun lalu, setelah hampir setahun Pakcik tu meninggal! 


Mungkin kerana terlalu ramai orang bertanya di mana Pakcik yang tidak terlihat kelibatnya, maka tertampallah poster itu di sana, Pakcik meninggal dunia Oktober 2009. Aku menyedarinya pada tahun 2010! 


Selepas makan, kami menuju Jalan Gelenggang, Bukit Damansara... Ingin tahu kami ke mana ?





SEQUENTIAL NARRATIVES 
19 February - 18 March 2011



Kami ketemu kartunis-kartunis muda dan Sireh. :) tapi tidak satu pun yang ku kenal, cuma nama Sireh. Yang lain sangat baru. Nama pelukis lain seperti Haslin, Ise dan Meme yang terlibat tidak ada di situ, mungkin berada di Balai Seni Lukis Negara yang juga menganjurkan sidang seni - sempena Bakat Muda Sezaman. Mungkin ramai pelukis-pelukis dan pencinta seni yang lain berada di sana....


Ada beberapa karya yang menarik minatku! :) :) :)


Setelah itu kami ke pejabat sebentar, Zeti ingin mengambil barang... dan aku harus menunggu ibuku. Kami hendak ke MapsKL di Solaris pula.


Lifest 2011



Tiada ulasan: