Isnin, 23 Mei 2011

20 Mei 2011 Dari Matang ke Kuala Sepetang

Dari rumah Tuk Osman, kami bergerak ke Kuala Sepetang. Mencari jeti untuk bergambar. Aku dan Bonda membayangkan bagaimana jeti nelayan Jepun agaknya.... Lebih cantik dan bersih atau sama saja seperti di Malaysia ni? huhhuhu.....

Dari situ, kami ke Papan Tanda PORT WELD. Stesen keretapi pertama di Tanah Melayu. Huhhuhu cuma ada papan tanda besar dan info yang kecil molek dan rendah untuk di baca. Di mana rel keretapi yang lama ? Mengapa tiada sebarang foto atau tempat peringatan di situ ? :(
SEDIH....

Setelah bergambar beramai-ramai, kami pun pulang ke Taman Palong Maju semula.... berehat.
Malam itu kami menjamah nasi lemak beramai-ramai dan berbual bersama.

Zzzzzzz.... awal betul kami bertiga tidur, 10.30 malam!

Tiada ulasan: