Khamis, 20 Ogos 2009

19 Ogos 2009 Letusan guruhku...

Sesampainya di kantor pagi ini, aku diasak dengan pelbagai perkara.
Ini itu sana sini...
Lepas satu, satu, satu... Mmmm masih sabar lagi.
Belum habis satu perkara diselesaikan, di tambah lagi...
Semuanya mahu segera. Masih ok walau agak resah.
Geram kerana ada kerja yang ingin kulangsaikan tertangguh lagi.
Kegeraman kubertumpuk kerana ada perkara yang sepatutnya boleh diselesaikan oleh mereka sendiri, mahu tunggu aku juga. Atau sepatutnya mereka bertanyakan kepada orang yang lebih arif, memandangkan aku ini tiada kuasa, kerana aku juga perlu merujuk kepada yang lebih arif dan berkuasa.

Hampir waktu tengahari, aku menerima satu panggilan. Arggghhh!
Aku lagi bertambah buntu! Di hujung sana talian dimatikan. Aku terus letak gagang dengan kuat, suara besarku terkeluar dari corong kerongkongku!
Aku hilang sabar, amarahku meletus.

Tanpa melihat orang di sekelilingku, aku terus berlari deras, sederas degupan jantungku meninggalkan ruang kantor mengeluarkan diri dari blok ku menuju ke blok lain. Mencari angin ingin meredakan amarahku.

Aku tahu orang disekelilingku mendengar suara aku yang separa mengguruh tengahari itu!
Mujurlah tika itu bos dan beberapa orang pengurusku tidak mendengar guruhku...
Tetapi aku rasa kadang kala elok juga kalau mereka mendengar, kerana aku juga ada hak untuk rasa marah, aku juga ada akal dan perasaan! Ya, jarang sekali teman-temanku melihat aku meletus, kerana selagi aku boleh sabar dan mengawal amarahku, akan ku tahan segalanya.

Tetapi hari ini...

Tiba di blok itu, aku bungkam, diam berdiri membatu di hadapan seorang teman. Dia melihat aku dan faham keadaan aku. Mungkin melalui raut wajah aku yang mencuka. Kala itu juga, seseorang menyeru namaku, aku tahu apa yang dia mahu. Aku hanya merenung matanya, dan tidak membalas apa-apa. Ahhhh aku tahulah apa yang kuperlu siapkan, aku berkata dalam fikiranku tanpa meluahkan apa-apa. Kemudian dia diam tanpa berkata apa. Mungkin tahu aku tiada 'mood' untuk bercakap kala itu.

Aku memandang semula kepada teman di sebelah ku itu. Mujurlah ada seorang teman yang boleh memasang telinga. Maaf teman, kau pula di asak dengan bebelan luahan rasa fikiran aku tengahari itu.

Walau apa pun terima kasih ya!
Semoga hari esok merupakan hari yang lebih baik daripada hari ini...

Rabu, 19 Ogos 2009

04 Ogos 2009 Ke Galeri Chandan

Pagi itu aku memohon keizinan daripada Bos ku untuk ke Galeri Chandan. Ada perasmian pameran 'Thou Art Women' petang nanti. Ya, rencana ku ialah ingin mengambil foto pelukis-pelukis senior yang mengambil bahagian dalam pameran itu.
Ruang galeri

Uuuunhhh betapa sukarnya kami nak dapatkan tempat leta kereta - Penuh! Mmm.... Aku turun dulu dari kereta, dan Sabri mencari ruang yang ada untuk meletak keretanya.

Nazli Aziz sedang membuka kata


Kurator pameran

Di sana aku ketemu Kak Hanim - kurator pameran, Sharifah Fatimah, Fatimah Chik, Hamidah, Norma Nordin, Renee Kral, Ilse Noor, Sharifah Zuriah, Wairah, Sylvia Lee Goh. Mmm tidak ketemu Normah Abbas, ingin sekali aku bersua muka dengan beliau.


En. Phakaruddin dan Uwei juga ada...
Berbual seketika dengan Rafiee Ghani.
Kebetulan terjumpa pula dengan Khairo. Pertama kali bertemu dulu di kantorku. Jadi ini kali kedua bertemu. Dia teman sepupuku.
Ohhh ya Kak Imah, 2 Wina juga ada...



Bersama Dato' Sharifah Fatimah

Bonda tidak dapat hadir kerana berada di Aceh. Semua orang bertanyakan Bonda. Jenuh juga hendak menjawab... Hehehe... 3 Lukisan dipamerakan di suatu sudut.

Yang pasti, aku gembira berada di situ... :)

Isnin, 17 Ogos 2009

140809 Tanpa kekasihku - Agnes Monica

Langit begitu gelap
Hujan tak juga reda
Ku harus menyaksikan cintaku
Terenggut tak terselamatkan
Ingin ku ulang hari
Ingin ku perbaiki
Kau sangat ku butuhkan
Beraninya kau pergi dan tak kembali

(Korus)
Di mana letak syurga itu
Biar ku gantikan tempat mu dengan ku
Adakah tangga syurga itu
Biar ku temukan untuk bersamamu
Ku biarkan senyum ku menari di udara
Biar semua tahu
Kematian tak mengakhiri
Cinta…

(Ulang korus 2x)

Apalah artinya hidup tanpa kekasihku
Percuma ku ada disini

*malam itu, Atie, teman sekantorku menyanyikan lagu ini sewaktu Bakat BNM. tak sangka 'high pitch' juga si Atie ini. Boleh tahan juga suaranya! thumbs up to you sis!
lepas dengar lagu ni, aku melekat juga dengan lagu ni. mmm kenapalah tak pernah tau lagu ni dulu eh?

Jumaat, 14 Ogos 2009

14 Ogos 2009 Lamanya tidak ke alam maya

Setelah sekian minggu aku tidak ke alam maya.... Tidak berkesempatan.
Kursus, kerja, kursus, kerja... Lelah dengan apa yang berlaku disekeliling (ooopsss mujur tiada penyakit lelah sebenarnya).... Terlari sana terkejar sini... Mmmmm.... Huh!

Jumaat, 7 Ogos 2009

06 Ogos 2009 Pemergian Rendra

Mmmm aku menerima berita daripada Bonda... Ahhhhh Rendra pula telah meninggalkan dunia. Mmmm hilang lagi permata dunia seni-sastera.... Semenjak penghujung tahun lalu sehinggalah sekarang ini, seorang demi seorang tokoh seni-sastera yang meninggal dunia. Betapa Allah lebih menyayangi mereka.

Sabtu, 1 Ogos 2009

01 Ogos 2009 Buku yang sedang ku baca



Beli di pesta buku lalu. Sepatutnya sudah habis kubaca, tetapi entah mengapa pembacaanku sering terbantut. Aku paling gemar membaca ketika sewaktu menunggu... Ketika menunggu kemunculan teman, bas, lrt atau teksi! ;) Atau juga di dalam bas atau lrt. Di kala itulah aku akan membaca.

31 Julai 2009 Rencana tidak menjadi

Dari semalam dan beberapa hari sebelumnya, aku dan beberapa orang teman sibuk sekali. Pelbagai perkara yang perlu dibereskan dengan segera, dan sememangnya hatiku gundah gulana. Tidak tenteram dengan beberapa perkara - kerjaku yang tidak beres.

Mujur tengahari itu aku dan FIzah keluar sebentar- makan tengahari di Sushi Tie, The Mall. Tetapi jujurnya, aku lebih gemar makan di Sushi King. Sedang ingin melegakan perasaan masing-masing, tiba-tiba telefon genggamku berbunyi.... Aduh! Kerjaku! Panggilan itu menggugah ketenangan makan tengahari kami. Mmmmm nasib-nasib. Kegundahan menjelma lagi.

Makan dengan segera, kami pulang ke pejabat. Walauapapun terima kasih Fizah, kerana membelanja aku tengahari tadi...

Petang itu setelah seperkara selesai, aku dan teman-teman ke Auditorium, ingin melihat pemenang-pemenang untuk aktiviti Knowledge Fair sepanjang 3 hari ia berlangsung di tempat ku bekerja.

Lewat petang itu, rencana ku untuk bertemu teman-teman terpaksa di batalkan.
:( Huhhuhuhuh. Mmmm tangguh lagi.

Oklah, aku menuju Sogo dan membeli makanan kucing untuk Jingga, Bucuk, Adik, Kecak, Tamtam, Bebe, atau sesiapa lagi kucing yang selalu singgah di halaman rumahku untuk makan.

Keluar dari Sogo dan menuju ke perhentian teksi, aduh! :( Apalah nasib aku hari ini. Orang beratur terlalu panjang, teksi susah nak kelihatan!
Pasti kerana banyak jalan yang telah di sekat, dan teksi-teksi tidak mahu masuk bandar. Ini pasti kerana esok hari ada perhimpunan anti dan pro ISA.

Ahhh... setelah bosan beratur 30minit tanpa berganjak sedikit pun, aku menapak ke Stesen LRT Bandaraya dan turun di Pekeliling. TIdak sampai beberapa minit, bas U12 tiba dan setelah setengah jam di dalam bas, akhirnya aku selamat sampai di rumah...

Ahad, 26 Julai 2009

26 Julai 2009 Bertemu Mardiah

Hari ini sepatutnya aku bertemu teman-teman sekolahku....

Namu setelah siap, salah seorang teman memberitahuku bahawa pertemuan kali ini tidak jadi. Harus dibatalkan! Ooooohhh... :P

Mmmm... mujur si Mardiah pada yang awalnya kuhubungi jika ingin keluar awal dia tidak dapat turut serta, tetapi setelah kumenjelaskan keadaan yang berlaku, dia pun kata kita keluar berdua sahajalah, jika Ruzi sempat pulang awal dan ingin turut serta, boleh aja kita bertemu....

Terima kasih Mardiah! ;)

Inspirasi Abadi - Ayu

Di kala ku sunyi
dibuai rindu pada kamu
ku kenangi keikhlasan yang terindah
dari jiwa untuk ku teruskan
mimpi mimpi dalam hati

oh pengorbanan tanpa keluhan
ku hargai ke akhir hayatku ini
kau teristimewa anugerah hidup paling ku abadi
ini lah inspirasi bagiku

di kala hati ku
dibadai sendu ku tercari sinar itu dimatamu
yang menyerikan hariku
tanpa kamu teman ku tiada kekuatan

oh pengorbanan tanpa keluhanku hargai ke akhir hayatku ini
kau teristimewa anugerah hidup paling ku abadi
ini lah inspirasi bagiku
betapa hidup berubah setelah sekian lama
payah bertukar jadi bahagia

oh pengorbanan tanpa keluhan
ku hargai ke akhir hayatku ini
kau teristimewa anugerah hidup paling ku abadi
ini lah inspirasi bagiku

oh pengorbanan tanpa keluhan
ku hargai ke akhir hayatku ini
kau teristimewa anugerah hidup paling ku abadi
ini lah inspirasi bagiku
inilah inspirasi..bagiku..

25 Julai 2009 Kehilangan Yasmin Ahmad

1958-25 Julai 2009

Yasmin Ahmad telah meninggal dunia.

Akan adakah iklan raya dan kemerdekaan yang boleh menyentuh hati, seperti sentuhan Yasmin?