Khamis, 20 Ogos 2009

08 Ogos 2009 Majlis Cukur Jambul Muhammad Syahmi Zikri Zahamruz



Pagi itu aku ke rumah sebelah, rumah Nek Cu.... Kelmarin NekCu menjemputku ke rumahnya, ada kenduri cukur jambul Syami.... :) Lepas itu tahlil dan doa selamat menyambut Ramadhan...

Gembira melihat ibu-ibu bermarhaban pagi itu. Bersyair, berzanji, berseloka untuk Syami yang sudah berusia 3 bulan. Comel sungguh Syami. Sudah lama aku tidak mengikuti acara cukur jambul, eh pernah ke ?

Di kala memotong rambutnya Syami diam saja, tidak banyak karenah. Memang anak yang baik! :)
Bersama Syafiqah, kakakanda Syahmi


Syahmi terlena kepenatan

BISIKAN CINTA (Careless Whispers) - ONE NATION EMCEES (feat DAMIAN MIKHAIL)

Damian Mikhail:
Bisikan cinta menghantui diri ku ini
masa tak henti
bisikan cinta menghantui
Mimifly:
Diriku kini terasa merana
kau segala buat diriku
tapi kau berpunya
ku ingin luahkan apa rasa di hati
kata hati yang ku pendam selama ini
ku cinta (kau cinta)
ku cinta (kau cinta)
kau cinta (ku cinta)
kau cinta (ku cinta) 2X
Zydee:
secara jujur ku masih mencintaimu
secara jujur tak dapat ku lupakanmu
tak payah dan tak perlu ku cerita tentang lara
atau kesepian yang tidak ku tahu akhirnya
ya kini kau tiada tapi dia bagaimana
mampukah dirinya jadi belahan nyawa
hentikan bisikan yang bermain di fikiranku
ku sayang dia seperti aku sayang kau dulu
Kozae:
Termenung kosong cerita cinta si dia
sedih tidak cemburu mungkin iya
tiga batu permata ku dapat hanya duka
biar aku sengsara suka di dalam luka uhh
biar perit akan ku telan jua
agar dikau bahagia ku buat apa saja
anganku moga kita bersama
rela aku merana lihat dikau bersama
akhirnya aku pasrah..
Mimifly:
ooooo
masa tak henti
bisikan cinta menghantui
Damian Mikhail:
diriku kini terasa merana
kau segala buat diriku
tapi kau...kau berpunya
Chorus:
walaupun kau bersamanya
kau tetap aku yang punya
biar ku telan pahitnya
agar kau bahagia
siang dan malam aku menanti
walau diri ku tak dipeduli
sayang kau tak menyedari
cinta mu ada disini
Jojoe:
kehilangan satu-satunya sandaran jiwa
dihujani luka berembun penyesalan
membiarkan ilusi karut memapah emosi
cakerawalaku buta cahaya hilang kemana (satu rasa)
takkan mati takkan pergi takkan berganti (umpama)
akal dan hati tidak pernah berkomunikasi
di batas kehampaan dan kerinduan
aku doakan bahagia buat dirimu dan dia
Damian Mikhail:
bisikan cinta menghantui diri
bisikan cinta menghantui diri ku kini
bridge:
Mimifly:
Dengarlah rintihan hati
suara jiwa ku ini
moga kau kan tempuhi
segala rintangan yang bakal menanti
tanpaku menemanimu
kau tetap di ingatan ku
namun masa dah berlalu
walau pun kau bersamanya
kau tetap aku yang punya
biarku telan pahitnya agar kau bahagia
siang dan malam aku menantiwalau diriku tak di peduli
sayang kau tak menyedari cinta mu ada di sini..

*aku terdengar lagu ini di tv-hot fm kala aku bersiap-siap hendak ke kantor. sedapnya di dengar! aku cuba muat turun lagu dinihari ini, betapa sukarnya!

Jelita -Damian Mikhail Seet

CHORUS
JELITA
YANG TERLAHIR DI DALAM SETIAP WANITA ANGGUN
LUAR DAN DALAM,
KAU SUNGGUH JELITA
WALAUPUN TANPA EMAS BERLIAN PERMATA
KAU TETAP JELITA

VERSE 1
TER-SEN-DIRI KECANTIKAN MU ABADI
MEMI-LIKI SINAR MATA MENTARI
LENTIK BULU MATA
DAN RENUNGAN YANG MENGGODA
CAHAYA SENYUMAN MU
OH TAWAN KU , KAU JELITA

PRE CHORUS
TERATUR LANGKAH MU,
KELEMBUTAN MU
MERDU BISIK MU BAK IRAMA DAN LAGU
KEAYUAN MU TERALUN DI DALAM KASIH
KUUSAH DIRAGU
KEJELITAAN MU DI HATI KU

VERSE 2
KAU TERCIPTA TUK JEJAKA
KAU MENARIK DAN BEGITU SEMPURNA
TIADA LAIN YANG KU PINTA , ADINDA
SERLAH SENYUMAN MU DAN TAWAN KU
KAU JELITA

REPEAT PRE CHORUS
REPEAT CHORUS

BRIDGE
OOOH...KEJELITAAN
YANG DI LAHIRKAN
BUKAN PENAMPILAN KEJELITAAN LAHIR DI DALAM
DAN TAK AKAn HILANG...

*aku masih ingat, zaman tingkatan 5 dahulu. D pernah datang ke sekolahku. Dia pacar teman sekelasku (ala-ala zaman cinta monyet gitu).
di hujung tahun, seusai SPM kami mengadakan majlis prom. D bergandingan dengan temanku. Mereka menjadi Prom Queen dan King untuk malam itu.

Ahhh itu zaman sekolah, sudah berbelas tahun berlalu. Sekarang temanku sudah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan sepasang cahayamata, dan dia sudah menjadi lebih ayu, lebih feminin, lebih sopan berbanding zaman persekolahan dahulu. Dia yang dulu sangat ceria orangnya, ringkas dan selamba.


19 Ogos 2009 Letusan guruhku...

Sesampainya di kantor pagi ini, aku diasak dengan pelbagai perkara.
Ini itu sana sini...
Lepas satu, satu, satu... Mmmm masih sabar lagi.
Belum habis satu perkara diselesaikan, di tambah lagi...
Semuanya mahu segera. Masih ok walau agak resah.
Geram kerana ada kerja yang ingin kulangsaikan tertangguh lagi.
Kegeraman kubertumpuk kerana ada perkara yang sepatutnya boleh diselesaikan oleh mereka sendiri, mahu tunggu aku juga. Atau sepatutnya mereka bertanyakan kepada orang yang lebih arif, memandangkan aku ini tiada kuasa, kerana aku juga perlu merujuk kepada yang lebih arif dan berkuasa.

Hampir waktu tengahari, aku menerima satu panggilan. Arggghhh!
Aku lagi bertambah buntu! Di hujung sana talian dimatikan. Aku terus letak gagang dengan kuat, suara besarku terkeluar dari corong kerongkongku!
Aku hilang sabar, amarahku meletus.

Tanpa melihat orang di sekelilingku, aku terus berlari deras, sederas degupan jantungku meninggalkan ruang kantor mengeluarkan diri dari blok ku menuju ke blok lain. Mencari angin ingin meredakan amarahku.

Aku tahu orang disekelilingku mendengar suara aku yang separa mengguruh tengahari itu!
Mujurlah tika itu bos dan beberapa orang pengurusku tidak mendengar guruhku...
Tetapi aku rasa kadang kala elok juga kalau mereka mendengar, kerana aku juga ada hak untuk rasa marah, aku juga ada akal dan perasaan! Ya, jarang sekali teman-temanku melihat aku meletus, kerana selagi aku boleh sabar dan mengawal amarahku, akan ku tahan segalanya.

Tetapi hari ini...

Tiba di blok itu, aku bungkam, diam berdiri membatu di hadapan seorang teman. Dia melihat aku dan faham keadaan aku. Mungkin melalui raut wajah aku yang mencuka. Kala itu juga, seseorang menyeru namaku, aku tahu apa yang dia mahu. Aku hanya merenung matanya, dan tidak membalas apa-apa. Ahhhh aku tahulah apa yang kuperlu siapkan, aku berkata dalam fikiranku tanpa meluahkan apa-apa. Kemudian dia diam tanpa berkata apa. Mungkin tahu aku tiada 'mood' untuk bercakap kala itu.

Aku memandang semula kepada teman di sebelah ku itu. Mujurlah ada seorang teman yang boleh memasang telinga. Maaf teman, kau pula di asak dengan bebelan luahan rasa fikiran aku tengahari itu.

Walau apa pun terima kasih ya!
Semoga hari esok merupakan hari yang lebih baik daripada hari ini...

Rabu, 19 Ogos 2009

04 Ogos 2009 Ke Galeri Chandan

Pagi itu aku memohon keizinan daripada Bos ku untuk ke Galeri Chandan. Ada perasmian pameran 'Thou Art Women' petang nanti. Ya, rencana ku ialah ingin mengambil foto pelukis-pelukis senior yang mengambil bahagian dalam pameran itu.
Ruang galeri

Uuuunhhh betapa sukarnya kami nak dapatkan tempat leta kereta - Penuh! Mmm.... Aku turun dulu dari kereta, dan Sabri mencari ruang yang ada untuk meletak keretanya.

Nazli Aziz sedang membuka kata


Kurator pameran

Di sana aku ketemu Kak Hanim - kurator pameran, Sharifah Fatimah, Fatimah Chik, Hamidah, Norma Nordin, Renee Kral, Ilse Noor, Sharifah Zuriah, Wairah, Sylvia Lee Goh. Mmm tidak ketemu Normah Abbas, ingin sekali aku bersua muka dengan beliau.


En. Phakaruddin dan Uwei juga ada...
Berbual seketika dengan Rafiee Ghani.
Kebetulan terjumpa pula dengan Khairo. Pertama kali bertemu dulu di kantorku. Jadi ini kali kedua bertemu. Dia teman sepupuku.
Ohhh ya Kak Imah, 2 Wina juga ada...



Bersama Dato' Sharifah Fatimah

Bonda tidak dapat hadir kerana berada di Aceh. Semua orang bertanyakan Bonda. Jenuh juga hendak menjawab... Hehehe... 3 Lukisan dipamerakan di suatu sudut.

Yang pasti, aku gembira berada di situ... :)

Isnin, 17 Ogos 2009

140809 Tanpa kekasihku - Agnes Monica

Langit begitu gelap
Hujan tak juga reda
Ku harus menyaksikan cintaku
Terenggut tak terselamatkan
Ingin ku ulang hari
Ingin ku perbaiki
Kau sangat ku butuhkan
Beraninya kau pergi dan tak kembali

(Korus)
Di mana letak syurga itu
Biar ku gantikan tempat mu dengan ku
Adakah tangga syurga itu
Biar ku temukan untuk bersamamu
Ku biarkan senyum ku menari di udara
Biar semua tahu
Kematian tak mengakhiri
Cinta…

(Ulang korus 2x)

Apalah artinya hidup tanpa kekasihku
Percuma ku ada disini

*malam itu, Atie, teman sekantorku menyanyikan lagu ini sewaktu Bakat BNM. tak sangka 'high pitch' juga si Atie ini. Boleh tahan juga suaranya! thumbs up to you sis!
lepas dengar lagu ni, aku melekat juga dengan lagu ni. mmm kenapalah tak pernah tau lagu ni dulu eh?

Jumaat, 14 Ogos 2009

14 Ogos 2009 Lamanya tidak ke alam maya

Setelah sekian minggu aku tidak ke alam maya.... Tidak berkesempatan.
Kursus, kerja, kursus, kerja... Lelah dengan apa yang berlaku disekeliling (ooopsss mujur tiada penyakit lelah sebenarnya).... Terlari sana terkejar sini... Mmmmm.... Huh!

Jumaat, 7 Ogos 2009

06 Ogos 2009 Pemergian Rendra

Mmmm aku menerima berita daripada Bonda... Ahhhhh Rendra pula telah meninggalkan dunia. Mmmm hilang lagi permata dunia seni-sastera.... Semenjak penghujung tahun lalu sehinggalah sekarang ini, seorang demi seorang tokoh seni-sastera yang meninggal dunia. Betapa Allah lebih menyayangi mereka.

Sabtu, 1 Ogos 2009

01 Ogos 2009 Buku yang sedang ku baca



Beli di pesta buku lalu. Sepatutnya sudah habis kubaca, tetapi entah mengapa pembacaanku sering terbantut. Aku paling gemar membaca ketika sewaktu menunggu... Ketika menunggu kemunculan teman, bas, lrt atau teksi! ;) Atau juga di dalam bas atau lrt. Di kala itulah aku akan membaca.

31 Julai 2009 Rencana tidak menjadi

Dari semalam dan beberapa hari sebelumnya, aku dan beberapa orang teman sibuk sekali. Pelbagai perkara yang perlu dibereskan dengan segera, dan sememangnya hatiku gundah gulana. Tidak tenteram dengan beberapa perkara - kerjaku yang tidak beres.

Mujur tengahari itu aku dan FIzah keluar sebentar- makan tengahari di Sushi Tie, The Mall. Tetapi jujurnya, aku lebih gemar makan di Sushi King. Sedang ingin melegakan perasaan masing-masing, tiba-tiba telefon genggamku berbunyi.... Aduh! Kerjaku! Panggilan itu menggugah ketenangan makan tengahari kami. Mmmmm nasib-nasib. Kegundahan menjelma lagi.

Makan dengan segera, kami pulang ke pejabat. Walauapapun terima kasih Fizah, kerana membelanja aku tengahari tadi...

Petang itu setelah seperkara selesai, aku dan teman-teman ke Auditorium, ingin melihat pemenang-pemenang untuk aktiviti Knowledge Fair sepanjang 3 hari ia berlangsung di tempat ku bekerja.

Lewat petang itu, rencana ku untuk bertemu teman-teman terpaksa di batalkan.
:( Huhhuhuhuh. Mmmm tangguh lagi.

Oklah, aku menuju Sogo dan membeli makanan kucing untuk Jingga, Bucuk, Adik, Kecak, Tamtam, Bebe, atau sesiapa lagi kucing yang selalu singgah di halaman rumahku untuk makan.

Keluar dari Sogo dan menuju ke perhentian teksi, aduh! :( Apalah nasib aku hari ini. Orang beratur terlalu panjang, teksi susah nak kelihatan!
Pasti kerana banyak jalan yang telah di sekat, dan teksi-teksi tidak mahu masuk bandar. Ini pasti kerana esok hari ada perhimpunan anti dan pro ISA.

Ahhh... setelah bosan beratur 30minit tanpa berganjak sedikit pun, aku menapak ke Stesen LRT Bandaraya dan turun di Pekeliling. TIdak sampai beberapa minit, bas U12 tiba dan setelah setengah jam di dalam bas, akhirnya aku selamat sampai di rumah...