Hampir Jam 9.30 pagi kami pun bertolak keluar dari rumah...

Tujuan utama kami ke Ujung Tanah ialah Adik ingin berhari raya ke rumah Bard. Dia memang mengharapkan aku berpergian dengannya ke sana. Jikalau boleh Bonda juga turut serta. Ya Alhamdulillah rencana itu menjadi.
2 minggu sebelum kami ke sana, kami sekeluarga dikejutkan dengan panggilan telefon dari Temasek. Ya ampun, rupanya panggilan daripada Cik Minah! Ya Allah Maha Mengetahui. Kembara kami ini rupanya akan menemukan kami sekeluarga dengan CIk Minah, yang hampir 7 tahun lalu merupakan pembantu rumah kami selama 3 tahun. Tidak sabar rasanya akan bertemu Cik MInah!
RUpanya perjalanan kami ke Ujung Tanah, tidak semudah yang dirancang...
- Penghawa dingin kereta tidak berfungsi dari _________ hingga ke Ujung Tanah. Jadi kami membuka tingkap di sepanjang jalan. Menghirup udara sebenar dan didendangkan dengung angin kerana deruan kereta kami yang memecut merentas angin...
- Menyimpang ke Pagoh - teringat bahawa Aku dan Adik pernah ke sini menghadiri majlis persandingan Borneo pada tahun 2005 jika tidak salah.
- Masih mencari-cari bengkel pembaik penghawa dingin di Ujung Tanah, kerana tidak membaikinya di PAgoh. PUtar-putar sehingga kami hampir saja menongkah arus jalan raya!
- Kesuntukan masa - kereta hanya boleh disiapkan pada jam 5 atau 5.30petang. Sedangkan kami sudah melengas dan harus 'check in' di hotel terlebih dahulu. Kemudian harus bergegas ke rumah Bard pula, kerana ibunya tidak dapat menemui kami pada malam hari kerana ada janji temu acara lain.
- Aku 'kepeningan' kerana sukar memahami maksud petugas hotel tentang pembayaran hotel. Menahan sabar juga, kulihat petugas di kaunter tersebut juga sedang menahan amarahnya, namun lantas saja dia menerangkan kepadaku dia hari ini bekerja seorang diri, kerana semua orang bercuti.
- Segera bersiap, dan kami bertiga (aku, kak lela dan bonda) berpatah balik ke bengkel kerana adik dan kereta kami masih di sana.
- Jam 6 petang akhirnya kami tiba di rumah Bard. Alhamdulillah.... Leganya. Kami dijamu Soto dan Mihun goreng. Enak sekali. Bertambah-tambah kami sekeluarga makan. ;) tentunya kerana kami juga lapar sebenarnya. Adik hampir saja hampir terlepas pinggannya. Hehhehehe....
- Ke rumah teman baikku sekelas di ITM Segamat dan sekolej Baiduri : Lina dan Decky. Dihidangkan Ayam goreng, Mee Goreng bersama sambal ikan bilis kegemaranku. Ya Lina memasak sambal ikan bilis goreng keranaku. Permintaan daripada ku! TErima kasih Lina!
- Pulang semula ke hotel dan cuba menempah hotel di Singapura. Mmmm masih tidak dapat pengesahan dari pihak sana. Waduh....
- Jam 11 malam keluar minum bersama di restoran mamak di bawah hotel. Di situ aku dan adik berbual panjang.
- PUlang semula ke hotel hampir jam 12.30 pagi. Memeriksa emel, mmmm masih belum terima emel daripada pihak hotel dari Temasek. Aduhai....
- Jam 1pagi adik datang mengetuk bilik, lapar katanya. Kala itu Bonda dan Kak Lela sedang nyenyak tidur.... Dibukanya balutan sampul Roti Canai yang kubeli untuk Bonda dan Kak Lela. Diambil sekeping dan mencicah dengan kuah kari bersama sambal ikan bilis kiriman daripada Lina. Setelah makan, adik pun beredar ke biliknya.
- Aku masih lagi belum tidur keran perlu mengatur beg ku ke Temasek. Membahagi barang-barang yang perlu kubawa ke Temasek dan akan kutinggalkan bersama adik di Ujung Tanah.
- 3.30pagi baharulah aku tidur.....

Selamat pagi! Cik Minah, nanti kami di sana ya...
Hari ini aku, Bonda dan Kak Lela bersantai di FRIM.









