Jumaat, 2 April 2010

26 Mac 2010 Kuala Lumpur -Subang - Chenang

Aku dan teman-teman sepejabat ke Chenang hari itu... ;)
Dengan menaiki Kunang-kunang, petang itu kami tiba di Lapangan Terbang Langkawi.

Aku akan berada di Chenang selama 3 malam.
Sudah lama aku tidak ke Langkawi. Kali terakhir aku sampai di bumi Mahsuri ini ialah pada tahun 2006, 30 Ogos. Kala itu aku dan juga teman-teman sekantor yang lain-lain jabatan mengikuti sesi induksi.
Ini adalah kali ketiga aku menjejaki bumi Mahsuri. Kali pertama kerana mengikuti Bonda yang ada acara Gapena di Kg. Tok Senik pada tahun 2000.

2000-2006-2010.

Malam itu sesi perbincangan terakhir mengikut kumpulan masing-masing sebelum sesi pembentangan keesokan harinya. Kumpulanku merupakan kumpulan yang pertama akan membentangkan 'Pelan Perniagaan Muzium'. Ada 4 kumpulan yang akan membentangkan PPM.

Gambate kudasai Melor!

Selasa, 23 Mac 2010

20 Mac 2010 Banyaknya agenda ku hari ini! Sambungan...

Dalam kekenyangan kami menuju ke Putrajaya... Aku, adik dan Mardiah.

Di separuh perjalanan, aku berserah. tidak tertahan mata -Maaf Din, Kak Long mengantuk. Zzzzzzzz
Hampir tiba di Putrajaya barulah terbuka mataku... ;) segar tanpa Eyemo.

Hampir 5.30 petang kami tiba di Putrajaya dan hampir jam 6 barulah dapat meletakkan kereta di kawasan perumahan Precint 2.Lama betul tersekat di jalan raya menuju Precint 2.... Nak bergerak sekangkang kera pun  mengambil masa setengah jam?! Aduhai.....



Menapak  merentasi Jambatan yang ala-ala Jambatan Pulau Pinang, terlihat belon-belon mula berterbangan di udara! Alahaiiii tidak dapat melihat dari awal...
;) tidak mengapa, akhirnya tahun ini aku berjaya juga melihat belon!
Gembira teramat!

Sampai ke malam kami di sana. Terima kasih Adik dan MArdiah!
*sedikit kempunan kerana tidak dapat melihat belon Darth Vader dari hadapan, di bahagian belakang dari jauh saja. huhuhuuuhu...

Tiba-tiba ADik berkata yang Bonda mengirim pesanan ringkas. Alamak! Bonda sudah di rumah dan tidak boleh masuk ke rumah -kunci tidak ada! :P Maaf Bonda, kami masih di Putrajaya. Jauh lagi nak sampai Gombak ni. Huhuuhuuh... Terpaksalah Bonda ke rumah Nekcu... Hehehhehe...

*mmm jika hari-hari menapak tentu kurus kaki ku kan! hampir seharian aku berjalan kaki...

Isnin, 22 Mac 2010

20 Mac 2010 Banyaknya agenda ku hari ini!

Hari ini aku dan Mardiah berjanji untuk ketemu.
Pagi sebelumnya aku telah menerima emel daripada Mardiah. ;)
Rencana ku hujung minggu ini ke Pesta Buku di PWTC.
Dia setuju saja tetapi masih belum saling berjanji.

Malam sebelumnya aku dan adik telah berbincang-bincang tentang aktiviti hari Sabtu -hari inilah.
Dia macam ok-ok saja dengan rencana ku.

Maka seawal pagi Mardiah telah mengirim pesanan ringkas. hehehe macam tau-tau sahaja yang aku juga ingin mengirim pesanan padanya... :)

Kami bersetuju untuk menonton wayang.
Aku tiba terlebih dahulu di KLCC, terus ke Kinokuniya dan mencari buku The Last Station yang tidak kubeli minggu lalu! Putar-putar lagi ingin memilih buku yang ingin dibeli lagi. Sehingga si Mardiah tiba akhirnya aku beli saja buku kompilasi karya Sheakspere. heeheheh yang berbahasa mudah. Karyanya yang tidak lagi menggunakan bahasa Inggeris lama. ohhhh aku masih tidak menguasai bahasa Inggeris lama, bagaimana dapat memahaminya? Tapi kalau ikutkan tidak salah sebenarnya mencuba membaca-tapi cari sahaja kamus yang boleh membantuku memahami bahasa itu kan?! Setakat thee dan thou tahulah aku....


Setelah membayar, bergegas mengambil tiket Remember Me di kaunter, membeli bertih jagung dan air pepsi edisi khas - Mad Hatter!

Remember Me....

MAsuk panggung dah bergelap! Cepatnya lampu dimatikan.. Cerita juga sudah bermula. Aku dan Mardiah tak keruan, kerana tidak nampak Huruf dan No. kerusi! Dahlah kedudukan di sebelah dalam. Sekali duduk, rupanya salah tempat. Bangunlah semula, akhirnya kami duduk di hadapan yang bukan kerusi kami - hanya kami berdua di barisan tersebut.

Mmm nak ulas filem tersebut? Alahai kepalaku sedang menerawang ke kerja yang perlu dibereskan... Yang penting nak kukatakan -penghujung jalan ceritanya sedih! huuhuhu.... Tayler Hawkins meninggal pada 11 September 2001 dibangunan WTC setelah dia hampir berjaya menyatukan ahli keluarganya -terutama ayahnya si Pierce Brosnan, dan setelah hubungannya kembali pulih dengan kekasihnya. Ahhh kasihan pada Caroline, si adik.

Setelah filem tamat, kami berdua menaiki LRT dan pulang ke Taman melati. Di stesen Tmn Melati kami menanti adik menjemput kami... Yea hari ini aku akan melihat BELON! akhirnya!

Adik tiba jua dan kami makan dahulu di Resepi Mama di Danau Kota.

Sabtu, 13 Mac 2010

11 Mac 2010 Perhentian terakhir

Mesti beli buku ini... ;) mmmm kenapalah tak beli tadi? :P

11 Mac 2010 Tweedledee Tweedledum pada 1933

Takutnya tengok si kembar ini!
hehehehhe....

11 Mac 2010 Cik Alice pada 1903

Kisah Cik Alice yang telah telah difilemkan buat kali pertama pada tahun 1903.
Filem berikut telah direstorasi oleh British Film Institute National Archive. Hanya beberapa adegan sahaja yang dapat diselamatkan. Kerana beberapa adegan telah rosak.



Sumber : BFI National Archive
The first-ever film version of Lewis Carroll's tale has recently been restored by the BFI National Archive from severely damaged materials. Made just 37 years after Lewis Carroll wrote his novel and eight years after the birth of cinema, the adaptation was directed by Cecil Hepworth and Percy Stow, and was based on Sir John Tenniel's original illustrations. In an act that was to echo more than 100 years later, Hepworth cast his wife as the Red Queen, and he himself appears as the Frog Footman. Even the Cheshire cat is played by a family pet.


With a running time of just 12 minutes (8 of which survive), Alice in Wonderland was the longest film produced in England at that time. Film archivists have been able to restore the film's original colours for the first time in over 100 years.

Music: 'Jill in the Box', composed and performed by Wendy Hiscocks.

Jumaat, 12 Mac 2010

11 Mac 2010 Makan malam & Gedung Buku

Aku dan Adik makan malam bersama. Alhamdulillah rezeki kami hari itu. Seperti biasa kami akan berkongsi membayar. Atau adakalanya aku yang belanja atau Adik yang belanja... Kami memilih untuk makan malam di Madam Kwan. Heheh pertama kali makan di sana. :P

Hidangannya ialah :
  • Brokoli dan cendawan masak sos tiram (cendawannya besar sekali!)
  • Sotong masak asam (sambal tumis-asam...) - mmmm enak sekali!
  • Ayam masak masam manis - ayamnya rangup, garing. Sedap juga
  • Minumanku :Teh Cina Panas
  • Minuman Adik : Teh Lemon Ais
Mmmm hidangan ini amat sesuai untuk 3 orang makan. Kalau ada Bonda lagi meriah kami bercerita-ceriti. Kalau ikutkan suasana hingar-bingar di dalam restoran pun dah cukup 'meriah'. Hingga adakalanya aku terpaksa meminta adik mengulang apa yang diperkatakannya... ;)

Sebelum ke panggung, aku singgah ke gedung buku, Kinokuniya. Adik pula turun sebentar ke lantai bawah. Selama 20 minit itu, aku tersosok di suatu sudut -cuma sempat menjengah 3 meja yang menghampar buku-buku. Ada beberapa buah buku yang menarik perhatianku...1 buah buku 'sticker' yang menarik. 4 buah buku oleh artis grafik/pelukis yang berbeza -geram rasa macam nak beli je 2 diantaranya, memang menarik minat -tapi dah lupa judulnya :P... Hehhehe nanti-nanti tunggu gaji ya Cik Melor.

Satu lagi meja dipenuhi dengan buku-buku cerita Cik Alice... ;) Alice in the Wonderland. Yalah sekarangkan sedang panas cerita tu... Beberapa hari yang lalu juga aku pun beli AITW di MPH Alpha Angle. Apa yang membuatkan aku tertarik untuk membelinya ialah kerana lakaran yang dilukis untuk buku itu. 

Satu lagi buku yang menarik perhatian ku ialah buku fiksyen tentang Leo Tolstoy. Sangat menarik untuk dibaca! Ia juga sudah dibuat filem, tidak tahu filem itu akan ditayangkan di panggung Malaysia. Mmmm... judulnya ialah The Last Station - wajib beli ni.... Dikarang oleh Jay Parini...

Berikut adalah petikan rencana oleh Jay Parini sendiri di dalam Times Online : http://entertainment.timesonline.co.uk/tol/arts_and_entertainment/film/article6995230.ece

I took note of the fact that, as Bulgakov mentioned, everyone in the extended Tolstoy household was keeping diaries. It was a passion, a habit. The Tolstoy family used their diaries as a kind of Facebook, leaving them open on the table for all to read. Tolstoy himself kept three diaries, one utterly private, the others less so. Sofya’s diaries were voluminous and detailed. Chertkov was more tight-lipped. Tolstoy’s children and friends also wrote down everything that happened. 

I ordered the diaries from various bookstores in London, and they arrived in instalments. It was obvious from the outset that I could make a novel from these journals — a kind of “found” novel. Of course I changed things, added dialogue, created scenes. I added a love interest for young Bulgakov, giving him a lovely young girl called Masha, who became his lover — at least in my novel. My feeling was that the devastating tale of the disintegration of the marriage of Leo and Soyfa Tolstoy needed a counterpoint, a coming together. I feel sure I was right in this — the opposing tale in the film seems just right, especially as played by James McAvoy and Kerry Condon, who has all the sexiness I could ever have hoped for. 

The novel didn’t exactly write itself. I had endless fits and starts, and it wasn’t until late in 1989 that I had a draft I could publish. It became a novel in six voices, a kind of fugue, with scenes played and replayed. I liked very much the idea that truth is not some objective thing — as a single narrator in the third person would suggest — but a laying of subjective viewpoints. One thing I did not do was write in the voice of Tolstoy: I let him speak for himself, in various brief passages from his published work.
The Last Station arrived in bookstores in the summer of 1990. I don’t think it had been in print for more than a few weeks when the phone rang in my Vermont farmhouse one night: it was Anthony Quinn, the old actor who had played Zorba the Greek. I had always liked him very much as an actor, and it was fun to chat. “I want to play Tolstoy,” he said, in his full-throated way. “I want to write the script, with you.” 

Oopsss kisah lain pula yang aku kongsikan ya....  ;) heheehh.... bersambung....

08 Mac 2010 Yam & Joo Lee

Hari ini, Yam dan Joo Lee pula bersalin... Anak kedua juga. Yam melahirkan bayi lelaki pada 10.13malam, Joo Lee pula bayi perempuan lebih kurang sejam kemudian...

Rakeen dah ada Qaiser, sekarang Nabiha dan Gabriel pun dah adik.

Oh ya Eda dan Intan juga sudah ada cahayamata yang kedua....
Aduhai maaf teman-temanku, jika berkesempatan, aku akan melihat bayi-bayi baru kalian ya!

08 Feb 2010 Rakeen dah ada adiklah!

Hari ini Fira selamat melahirkan bayinya yang kedua.... selamat melihat dunia Muhammad Qaiser Jad!
semoga sentiasa menjadi kebanggaan umi dan papamu... ;) Sekarang Rakeen dah ada kawan... boleh main-main bersama-sama...