Aku dan teman-teman sepejabat ke Chenang hari itu... ;)
Dengan menaiki Kunang-kunang, petang itu kami tiba di Lapangan Terbang Langkawi.
Aku akan berada di Chenang selama 3 malam.
Sudah lama aku tidak ke Langkawi. Kali terakhir aku sampai di bumi Mahsuri ini ialah pada tahun 2006, 30 Ogos. Kala itu aku dan juga teman-teman sekantor yang lain-lain jabatan mengikuti sesi induksi.
Ini adalah kali ketiga aku menjejaki bumi Mahsuri. Kali pertama kerana mengikuti Bonda yang ada acara Gapena di Kg. Tok Senik pada tahun 2000.
2000-2006-2010.
Malam itu sesi perbincangan terakhir mengikut kumpulan masing-masing sebelum sesi pembentangan keesokan harinya. Kumpulanku merupakan kumpulan yang pertama akan membentangkan 'Pelan Perniagaan Muzium'. Ada 4 kumpulan yang akan membentangkan PPM.
Gambate kudasai Melor!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan