Selasa, 13 Julai 2010

12 Julai 2010 Uda dan Dara

Malam itu aku dan Bonda ke persembahan Uda dan Dara versi 2010 arahan Dato' Rahim Razali. Undangan daripada Kak Lina kami sambut dengan lapang dada. Memang aku merencanakan untuk menonton, cuma tak berkesempatan nak menempah tiket.

Pertama kali aku menonton dan mengikuti jalan cerita sebenar Uda dan Dara... Tahniah Kak Lina kerana mementaskan semula naskhah Sasterawan Negara Usman Awang. Ya versi yang pertama pada 1972, tentu sahaja aku tidak dapat menonton kerana aku sendiri belum lahir. Yang versi 80an juga aku tidak nonton, aku terlalu kecil untuk memahami - ini yang Bondaku nonton.

Bonda dari awal lagi sudah sangat terharu. Kerana teringatkan Tuk Usman.
Aku sukakan gerak tari silat yang muncul di awal persembahan - cantik geraknya.
Dari segi vokal - oklah, jelas (cuma sesekali tenggelam - masalah mikrofonnya mungkin) - walau ada latar muzik, tetapi masih jelas kedengaran lontaran suaranya. Agak lebih baik berbanding teater-teater muzikal yang ku tonton sebelum ini kerana selalunya akan tenggelam suara para pelakon dengan bunyi-bunyian muzik.
Ibu jariku naikkan! ;)

Aku paling sukakan watak Malim, Utih dan Alang Bakhil.
Abang Aris Kadir memegang watak Malim, Rosdeen Suboh sebagai Utih dan Mazlan Tahir sebagai Alang Bakhil.  Sangat menarik watak-watak mereka.

Suara Abang Shukor Ibrahim sebagai Si Buta pemain biola sangat mengagumkan aku - ya memang aku tidak pernah dengar dia bernyanyi. Main biola tu pernah juga lihat. Sedap suara dia...

Suara Misha dan Razali - memang sedaplah itu tak dinafikan.

Lagu-lagu dalam teater itu sangat menarik - aku nak dengar lagi. Sempat lagi aku mengatakan pada Kak Lina agar menjual dalam bentuk CD. Heheh sudah tentu aku akan membeli CD itu. Sangat tertarik dengan lagu-lagu Uda dan Daranya!

Oh ya 12 Julai juga merupakan tarikh lahir arwah Usman Awang, sasterawan negara kita...

12 Julain 2010 Pemenangnya ialah....

Sepanyol... 1-0.

Aku tertanya-tanya semalam, jika warga Indonesia akankah menyokong Belanda ? atau menyokong Sepanyol ?
Tapi rasa hatiku mengatakan pastinya mereka akan menyokong Sepanyol. Bukankah Belanda itu penjajah mereka ? mmm jika rakyat Malaysia pula, jika England melawan negara lain, rasanya pasti akan ada rakyat Malaysia yang menyokong England kan.

Bila ku melihat ruang Muka Buku, ya rata-ratanya teman Muka Buku ku yang dari Indonesia memang menyokong Sepanyol...

Isnin, 12 Julai 2010

12 Julai 2010 Malam terakhir Piala Dunia Bola Sepak

Dinihari ini di kaca TV 1 : Sepanyol dan Belanda sedang beradu tenaga di padang bola sepak.

Tadi sewaktu lagu kebangsaan mereka berkumandang :
Kelihatan mulut pemain bola sepak Sepanyol berkumat-kamit menyanyikan lagu negara mereka.
Kemudian giliran lagu kebangsaan negara Belanda, mulut pemain bola sepak Belanda hanyak statik tidak bergerak... Mmm aku aneh... Mungkin mereka menyanyikan lagu kebangsaan mereka dalam hati... Dan salah seorang pemain mendongak ke langit, penuh harapan. 

Tendang sana
tendang sini
tanduk sana
tanduk sini
kiri kanan depan belakang

Siapa yang akan menang ?
Aku tak tahu, nak tunggu sampai habis ke? Aku nonton bola sepak ?
Hehehheh tak ikuti pun sebenarnya. Aku rasa zaman sekolah rendah-menengah adalah juga ikut-ikutan, yalah kerana adikku juga. Dia yang rajin menonton tv, jadi jika dia nonton, aku pun terpaksa nonton juga... 

Mmmm malam ini adikku menonton di luar -mungkin di kedai mamak bersama teman-temannya....

Sekarang ini, sambil aku menaip di depan TV, aku hanya mendengar bunyi 'tiup-tiupan' para penonton, wisel pengadil dan pengacara sukan.
Tapi yang pasti aku tak menonton hingga tamat -tunggu sahaja keputusannya esok.

Eh, siang esok ramai ke yang pejabat ? :P

Ahad, 11 Julai 2010

10 Julai 2010 Selamat Pengantin Baru Sabrina

Cantik dan manisnya Si Pengantin Baru, Sabrina. Puteri Perak yang menetap di Kuala Lumpur. Malam semalam, 090710 Sabrina telah selamat dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin dengan Khubayb.

Malam ini, Si PUteri menaiki tandu memasuki perkarangan pelaminan. Si Suami telah menanti puteri hatinya di tangga singgahsana...

Perenjis pertama ialah Ku Yah, Puteri Selangor... Orang kenamaan, sanak-saudara dan kedua ayahanda-bonda kedua mempelai.

Ramai tetamu yang hadir memenuhi ruang acara. Teman-teman pengantin, teman-teman ayahanda bonda kedua belah pihak. Orang kenamaan yang keluar masuk TV, Budayawan, Sasterawan, Ilmuwan semuanya hadir...

Kepada Sabrina dan suami, Selamat Pengantin Baru. Semoga pernikahan kalian sehingga ke akhir hayat dan sentiasa diberkati!

;) :) :)

Kemudian sesi fotografi diantara para hadirin, bonda dan teman-teman... Aku, Bonda, Auntie Shidah dan Pak Samad pun pulang bersama...

Pelamin Raja Sehari
Di mana mejaku ?
Ayu sungguh puteri ini!
Puteri ditandu di hadapan Ayahandanya
Pengiring puteri serba merah jambu
Ayahanda bonda merestui mempelai
Santap bersama
Sang Putera adinda Puteri
Keluarga puteri tercinta
RNS + AKA
Tetamu malam
Bersama pelukis Sylvia Goh
Para pelukis, sasterawan, kurator bersama pasangan
Tetamu Malam 2
             

Sabtu, 10 Julai 2010

09 Julai 2010 Gerhana

Yea... :)
malam semalam 09.07.10 aku, fizah, mardiah dan si kenit shasha menonton GERHANA ! Gerhana = Eclipse. Filem yang saban tahun aku nantikan... :) Kali ini pertama kali aku menonton di Wangsa Walk...

Jalan cerita sangat menyenangkan! Pasti akan menonton lagi sekali ni... hehehehh... cerita yang terdahulu pun begitu, tidak pernah jemu untuk menonton berulang kali... Aku memang tidak kisah, nenton seorang pun boleh saja...

Mmmm akhirnya Bella mengaku juga sukakan Jake.
Edward dan Jake yang kian berbaik.... jika mereka tidak bermusuh, memang bisa berkawan.
Kelahiran baru - yang liar dan ganas.
Volturi - yang tidak memberi peluang kedua
Victoria - yang ditukar pelakonnya... alahai pelakon yang baru ini tidak seganas Victoria yang asal. Victoria baru wajahnya lembut, lakonnya juga sedikit 'mencair' tidak seperti pelakon asal.. huhuhu...
Alice yang melembutkan hati Charlie, si ayah yang gusar.
Rosalie yang sebenarnya tidak membenci Bella tetapi cemburukan dia kerana padanya Bella mempunyai pilihan untuk terus menjadi manusia atau pontianak.
Pontianak ? hohooho...
Cik Pon moden...
Kerja sama kumpulan Pontianak dan Serigala Jadian... Sangat WOW! Melindungi Bella....
Mmmm Si Charli yang tidak pernah perasan apa yang berlaku kepada anaknya - cuma sedar yang anaknya kurang  bergaul dengan orang lain melainkan keluarga Cullen...

Lucu juga melihat - Charlie cuba menenangkan Edward dan Jake yang bertengkar kerana Bella di beranda rumah...

Cantik cincin yang Edward berikan kepada Bella, berbentuk lonjong - bersinar-sinar dek berlian...

Mmm kena tunggu lagi setahunlah untuk sambungan cerita akan datang... Tapi sudah juga didengar dari Fizah yang telah menceritakna serba sedikit mengenai sambungannya... Tunnnnnggggguuuu.....
(nak beli buku sambungannya - yang ada 3buah ni pun tak habis dibaca! :P)

Selepas menonton, kami berempat minum dan mengunyah-ngunyah di Kedai Kopi Georgetown...  Melihat Shasha yang keletah... Di pintu luar, kelihatan Zizan Nin sedang berlakon dengan kereta mewah. Entah berapa kali dia buka katup pintu tu... Potong-potog-potong... Si pengarah mengarah.... Untuk satu adegan entah berapa kali ulang... uuuiii payah-payah...

OK.. kami pulang dulu...

Khamis, 8 Julai 2010

08 Julai 2010 Kurator Kasut



Pameran Koleksi kasut di Muzium dan Galeri Seni Northampton...
Menjadi Kurator Kasut sehingga ke tua -maka jadi sangat pakar atau ahli tentang kasut.

kasut-kasut-kasut...mmmm aku guna kasut sehingga haus... sehingga 'depreciated'...

07 Julai 2010 Bisikan Hati



Nyanyian Siti & Ibunya Siti Salmah....
Sedapnya suara mak Siti....

Jumaat, 25 Jun 2010

Seroja - Malacca Ensemble

">

Petikan dari Muka BUku Malacca Ensemble:
Malacca Ensemble was formed in 2007, this initial formation of the idea of Lamiri Hendri. Hendri gathered his friends, like as: Yaser Arafat, Indro Harjodikoro, Rio Zee Rinaldo, Faisal, Ferry, Butonk Olala, Eunique Shalom, Oky, Dony, Mul'am, Iwan Wiradz. From the discussion Hendri, Yaser Arafat, Indro and Butong, then formed Malacca Ensemble. Malacca Ensemble is Indonesian World Music with a theme raised by Indonesia's traditional ethnic music into modern musics. Making a song composition, Malacca Ensemble does not eliminate the elements of traditional shades of Indonesia and even collaborate some ethnic world music elements such as: China, Arabian, Eastern Europe, India.

Western music as an effect and a manifestation of the discipline. Malacca Ensemble also aspires to preserve and develop the Indonesian ethnic music. This group also had to follow several prestigious events such as SIEM in Solo. Malaka Jazz Festival, Java Jazz Festival, and several event festivals in Europe and Asia. Musicians of Malacca Ensemble are composers, multi talent and can play a variety of ethnic and modern instruments.


Last Formation of Malacca Ensemble:
1. Hendri Lamiri : Violinist & Composer
2. Yaser Arafat : Percussion & Ethnic Composer
3. Indro Hardjo Dikoro : Bassis & Jazz Composer
4. Butong Olala : Accordion & Melayu Composer
5. Rio Zee Rinaldo : Keyboardist & Composer
6. Faisal : Guitarist & Music Arranger
7. Demas Narawangsa: Drummer
8. Eunique Shalom : Vocalist & Pianist


Original ompositions by Hendri Lamiri:
1. Melayu Funk
2. Seroja
3. Galaxy
4. Zikir
5. Beauty of Indonesia
6. Wall of Rhythm
7. Waroeng Podjok
8. Angin Mamiri
9. Hang Tuah
10. Alo Galing

Antara Anyer & Jakarta - Hendri Lamiri & Sheila Majid (2008)

">

Bilalah Hendri Lamiri nak datang Kuala Lumpur lagi...

Khamis, 10 Jun 2010

10 Jun 2010 Lama sungguh...

Ya lama sungguh... Arrghhh lamanya aku tidak memblog... :(
Kenapa ? Sedikit 'fed-up' kerana tidak boleh memasukkan foto-foto ke dalam KJMM... Arrgghh silap juga, kerana kebergantunganku kepada foto-foto, menyebabkan 'terbengkalai' tulisanku...
Gara-gara kerana MukaBuku juga membantutkan tulisanku...
Kerana berpergianku juga sedikit-sebanyak membuatku leka menyunting foto-fotoku... Sunting foto ? Bunga sunting ? :P

Ke mana kaki ku telah melangkah untuk tahun ini ?
1. Hujung Disember 2009-Awal Januari 2010 : Hong Kong
2. 9-10 Januari 2010 : Singapura
3. 7-11 April 2010 : Kota Kinabalu
4. 22-27 April 2010: Kuching
5. 15-22 Mei 2010 : Kota Kinabalu
6. 5-7 Jun 2010 : Johor Bahru - Batam - Singapura

Hmm...
Apakah tempat persamaan antara ke semua tempat yang kupergi ? Cuba teka!
......
.....
.....
....
......

Ya, tempat yang pasti akan kujengah dalam setiap perjalanan ialah: MUZIUM!

Mmmm muzium adalah tempat wajib yang mesti kujengah setiap kali berpergian... sukar untuk tidak pergi.
Walau ada teman yang kata, kalau dah bukan waktu kerja buat apa pergi ke muzium, tapi aku tidak boleh. Mesti pergi juga... Tidak sah jika tidak pergi... Gilakah ? :P

Perkara yang wajib aku bawa pulang ialah pamplet dan plastik beg. Adoi, memang beg-beg ku sentiasa penuh dengan  kertas-kertas pamplet! Apa lagi pamplet dan katalog pameran di Muzium. Berat dengan kertas dan buku! Gila juga.....
Ke kedai buku juga acara yang wajib! Membeli-belah buku itu wajib. Susah hati betul jika tidak ke kedai buku. Memang tidak kesemua buku telah habis kubaca, tetapi aku tidak boleh berhenti membeli buku -nanti menyesal tak sudah!
Jika ke Indonesia kedai buku yang kucari pastinya Gramedia - sebab malas nak fikir-fikir teka-teka di mana kedai buku lain yang lebih murah. Jika di Gramedia aku dah tahu buku apa yang ingin di cari, senang, kadang-kala terus sahaja tanya si penjual.

Di Gramedia Bali lah aku terjumpa buku 'Naked Traveler' tulisan Trinity ~ ahhh aku kadangkala tersenyum sendirian dan kagum dengan pengalaman petualangannya. Ada kebenaran juga dalam tulisannya. Hahahhaha... Pengalamannya kadang-kala memberi inspirasi padaku, juga pengalaman ibuku tentunya.... Tetapi aku masih tidak bisa untuk menjadi 'backpacker' tegar! Arhhhh susah betul.
Sebabnya ialah aku suka membeli buku & barang-barang titik-bengik, macam mana nak muat kalau aku hanya bawa beg sandang! Adoi, susah betul. Buku dan pamplet saja dah berat. Belum lagi dengan kameraku, buku nota. :p Sesiapa yang pernah berjalan denganku tentu tahu perangai ku... hohooohoh.....

Pemergianku yang terkini, Johor Bahru hanya seketika. Transit saja. Dari pejabat Jumaat malam, naik komuter turun di KL Sentral. Makan ala kadar-alas perut sahaja di KFC ~ Cheesy Wedges+Coleslow+Mash potato. 10.30malam barulah dapat masuk ke dalam perut keretapi, itu pun setelah berdiri selama 1/2 jam sebelum dibenarkan masuk - sewaktu berdiri tu aku sudah sedikit angin kerana memikul beg yang berat! Adoiiii kenapalah kata dah nak sampai keretapinya, padahal belum lagi...

Malam itu aku 'tidur' di ruang atas. Di bawahku sekeluarga keluarga dari Singapura yang ingin pulang melancong ke KL mungkin. Oh rupanya suami makcik itu orang Ipoh dan dia sendiri adalah dari Singapura. Lenakah aku tidur ? Tidak juga. Mana mungkin - karang lena betul terlajak sampai Woodland pula! Dahlah bising dengan pintu buka-tutup (katilku di hujung sekali dekat dengan pintu-jadi orang lalu-lalang). Lain kali aku kena pilih katil bawah dan minta yang tengah... :P Tulah beli 'last minute', selalunya aku beli secara 'online' jadi aku bisa memilih tempat duduk. HOhhohho.....

Sampai di JB jam 6.30pagi. Mmmm pelik sedikit. Bulan Mei tahun lalu kenapa aku dan Ayeen sampai JB kala itu masih awal pagi, lagi gelap ? mmmm agaknya masa tu perjalanan kami bermula jam 9.30malam. Yelah kot.

Sarapan di kedai mamak di seberang stesyen keretapi sambil menelefon Maksu kerana mendapat sms yang tidak enak. Arrhhhh resah lagi. :( Setelah bercakap baru kelegaan muncul sedikit, dan Adik juga sudah meringankan sedikit resah itu....

7.30pagi aku naik teksi dan menuju ke Terminal Feri di Stulang Laut.
9.30 pagi yahuuuu naik bot ke BATAM! Wachaaaa..... Pintas Samudra 9.