Malam itu aku dan Bonda ke persembahan Uda dan Dara versi 2010 arahan Dato' Rahim Razali. Undangan daripada Kak Lina kami sambut dengan lapang dada. Memang aku merencanakan untuk menonton, cuma tak berkesempatan nak menempah tiket.
Pertama kali aku menonton dan mengikuti jalan cerita sebenar Uda dan Dara... Tahniah Kak Lina kerana mementaskan semula naskhah Sasterawan Negara Usman Awang. Ya versi yang pertama pada 1972, tentu sahaja aku tidak dapat menonton kerana aku sendiri belum lahir. Yang versi 80an juga aku tidak nonton, aku terlalu kecil untuk memahami - ini yang Bondaku nonton.
Bonda dari awal lagi sudah sangat terharu. Kerana teringatkan Tuk Usman.
Aku sukakan gerak tari silat yang muncul di awal persembahan - cantik geraknya.
Dari segi vokal - oklah, jelas (cuma sesekali tenggelam - masalah mikrofonnya mungkin) - walau ada latar muzik, tetapi masih jelas kedengaran lontaran suaranya. Agak lebih baik berbanding teater-teater muzikal yang ku tonton sebelum ini kerana selalunya akan tenggelam suara para pelakon dengan bunyi-bunyian muzik.
Ibu jariku naikkan! ;)
Aku paling sukakan watak Malim, Utih dan Alang Bakhil.
Abang Aris Kadir memegang watak Malim, Rosdeen Suboh sebagai Utih dan Mazlan Tahir sebagai Alang Bakhil. Sangat menarik watak-watak mereka.
Suara Abang Shukor Ibrahim sebagai Si Buta pemain biola sangat mengagumkan aku - ya memang aku tidak pernah dengar dia bernyanyi. Main biola tu pernah juga lihat. Sedap suara dia...
Suara Misha dan Razali - memang sedaplah itu tak dinafikan.
Lagu-lagu dalam teater itu sangat menarik - aku nak dengar lagi. Sempat lagi aku mengatakan pada Kak Lina agar menjual dalam bentuk CD. Heheh sudah tentu aku akan membeli CD itu. Sangat tertarik dengan lagu-lagu Uda dan Daranya!
Oh ya 12 Julai juga merupakan tarikh lahir arwah Usman Awang, sasterawan negara kita...
1 ulasan:
Busananya > kenapa terlalu ramai perempuannya brseluar? kerana alasan gerak tari ke..oooohhhh.;;tetertanya juga...latar suasana achel lama eehhh, ada kebaya labuh dengan seluar dan sarung diselempang...ehhh ada berseluar dah nampah pungguh bergoyuang, diketatkan? kerana pereka busana mmebuat pola yang besar...sabaaaar...Fifi, kita selalu juga dikausai fesyen, pelakon ada selera sendiri oouoop...ku pesan ke Misya. sarungnya dilabukna ke kepala lutu ya" - ooou sarung ini dah berjahit ......oooh teknikal lagi...susahnya berlakon tari agaknya....ya
Catat Ulasan