Rabu, 16 Mac 2011

KuBerjanji Kerna Cinta -Anuar Zain






Ku menunggu getar hatiku
Anganku hanya untukmu
‘Tuk bersama selamanya
Kita berdua
Kau selalu mengisi hariku
Dengan canda dan tawamu
Ku rasakan bahagiaku
Untukmu selalu

Chorus
Ku berjanji kerna cintaku
Ku berharap kerna kasihmu
Selamanya dan tak akan pernah berpisah
Sampaikan nanti
Kau selalu mengisi hariku
Dengan canda dan tawamu
Ku rasakan bahagiaku
Untukmu selalu
Ulang Chorus
Meraihmu menggapaimu
(Ku berjanji kerna cinta)
Kerna cinta
(Ku berharap kerna kasih)
Kerna kasih
Ulang Chorus
Pernah berpisah
Sampaikan nanti

Sedetik Lebih & The Memories Remain -Anuar Zain













SEDETIK LEBIH

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu
THE MEMORIES REMAIN
I can see the sadness in your eyes
And every teardrops that you cry
I hope you know
It’s hard to let you go

The time is here i have to say goodbye
I laid my life i’ve seen the light
I hope you know
It’s hard to let you go

I swear to be the shadow by your side
To be the shining star to light
The darkness of your night
I will survive
In the end
As i cross the line of life and then
I find my way back in your heart again
And i promise i will stay
Forever and a day

The memories remain…

Di Tanjong Katong





Tanjong Katong nyanyian Kartina Dahari yang bersekolah di Tanjong Katong.


*lirik perlu disunting...
Chorus:
Di Tanjong Katong, airnya biru
Di situlah tempat mencuci mata
Duduk sekampung, lagikan rindu
Kononlah pula nun jauh di mata

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan di kandung tanah
Budi yang baik di kenang jua

(Ulang Chorus )

Kalau ada jarum patah
Jangan simpan di dalam peti
Kalau ada silap sepatah
Jangan disimpan di dalam hati

(Ulang Chorus )

12 Mac 2011 Dari rumah - Menuju Temasik - Geylang Serai-8 Q

Jumaat malam lalu aku tak tidur. Mana taknya, mengemas kain baju, mencari duit bagai.
Lepas tu online, sambil tengok DVD- cerita apa ye hari tu ? Ooohhh Love Happens, pelakonnya Jennifer Aniston dan Aaron Eckhart. Tapi aku tak habis tengok sebab waktu tu dah dekat nak keluar rumah nak ke stesen bas di Hotel Corus, Jalan Ampang.



Bersiap, kejutkan Adik. Vrooooommmm Adik meluncur laju ke Hotel Corus. Jalan lengang kerana masih pagi buta. Bas masih tiada. Aku ke dalam hotel, untuk mengambil tiket. 

Jam 6 pagi bas pun tiba. Letak beg di ruang beg. Aku pun melangkah ke dalam perut bas Aeroline menuju kerusi belakang sekali. Alamak ada lelaki omputeh botak yang sasa. Huhuhu... Mmmmm aku duduk sajalah. Isi borang masuk ke negara Temasik, duduk diam-diam. Tiba-tiba orang di sebelah bersuara. Dia ingin pinjam pen. Ok, aku pun berilah pen dan bukuku untuk mengalas kertas tu.  Selepas tu datang lagi seorang penumpang, duduk di sebelah kiriku (dia pun nak pinjam pen aku).... hehehehh jalan jauh-jauh tiada pen kah? 

Pen & kertas adalah perkara asas yang wajib ada. Ingat ya! Aku telah diasah dan diperingatkan oleh Bonda, agar sentiasa membawa alat tulis sendiri.Jadi tidaklah perlu aku meminjam daripada orang lain. Sebuah buku juga wajib ada -tak kisahlah buku apa pun. Jadi bila bersendirian, terutamanya apabila seorang diri dan perlu menunggu pula, tidaklah aku bosan nanti. Buku itu umpama teman. Buku untuk menulis, membaca, melakar....

BAs pun bertolak, di awal perjalanan tu saja, aku dah tersengguk. hohohoh... Mat Saleh sebelah tu siap tawarkan tukar tempat duduk. heheheh malu betul. Lepas tu kami pun tukar tempat duduk, aku duduk di kanan sekali, jadi aku boleh sandar kat dinding bas, katanya.... hohoo :P
Lagi pun sebenarnya, aku rasa dia pun lebih selesa duduk di kerusi tengah, sebab orang yang depan kami ni, Arab negara mana aku pun tak pasti, suka membaringkan kerusi mereka. Yang depan Mat Saleh tu perempuan Arab, baringkan kerusi macam tak hingat, kesian pulak aku tengok MAt Saleh tu, dah lah besar - kaki panjang, susah betul dia nak duduk. Bila aku dan MAt Saleh tu bertukar tempat, dia pun dengan selesa duduk di tengah. Nasib baik aku kecil...

Pagi itu kami disediakan sarapan pagi : Nasi goreng, sosej ayam dan samosa. Kenyang.
WAktu pramugari bas 'serve' kan kopi - aku tertidur. Melepaslah aku kiranya hari tu.... :P

Jam 9.58pagi , aku melepasi Imigresen Gelang Patah. Sebelum tu turun bas, bawa passport sahaja, beg tinggalkan. Lepas cop passport, naik bas semula.

10.16 pagi berjaya melepasi Imigresen Tuas pulak. Comel pula pegawai imigresen tu. hohohoh.... Lagi 1 jam aku akan tiba di Harbour Front, di Teluk Belanga. Berdekatan dengan Tanjong Pagar. 

Ye memang hampir 11.30 pagi aku tiba di Harbour Front. Masuk je pintu 'mall' tu, terus disambut oleh 'Money Changer' ! Alhamdulillah. Lega sikit, Apa lagi, sesi menukar duitlah. Mmmm alamak, orang-orang berkerumun tak berapa nak beraturlah pula di situ. Maksud aku, orang-orang yang dari negara luar yang menukar duit di situ. Lepas tu ada makcik ni nak potong barisan aku - aku kerling. Dia tanya dan tahu aku memang beratur nak tukar duit. Tapi masih juga dia TETAP POTONG BARISAN AKU! Bengong punya pelancong. Tahulah awak banyak benar nak tukar duitnya. Hello ini bukan negara anda yang senang-senang nak potong barisan orang lain. Grrrrrr.... pagi-pagi dah bagi aku geram. :(

Selesai urusan, aku pun naik MRT menuju Paya Lebar. Vrrrrooooommm lagi naik MTR pula.Tapi kena tukar  laluan dulu, makanya kena naik 2 tren. Alamak aku ni pun dah keliru, kejap MRT kejap MTR. :P MRT di TEmasik, MTR di Hong Kong daaaa.... 
Turun je di Stesen Paya Lebar, aku pun keluar mencari Pejabat Pos Besar Temasik. Hehehe aku bukannya nak masuk dalam pejabat pos nun, cuma petunjuk laluan saja. Jika aku terjumpa pejabat posnya, maka betullah jalan yang aku lalu tu. 
Ya, aku jumpa. Betullah laluan aku tu! :)

Jalan-jalan kaki, ada 'signboard' Jalan Tanjong Katong.... lagilah betul.. :) di Tanjong Katong, airnya biru... 
ok aku dah sampai di Geylang Serai.... menuju Joo Chiat....

Hehehe dah nampak PAsar Geylang. Mr. Teh Tarik, Joo Chiat Complex, dan yang penting Hotel 81 Classic!
TEpat jam 12 tengahari sepertimana dalam tempahan aku yang telah memaklumkan waktu ketibaanku. TEpat sekali telahanku.
Aku akan menginap di situ. Ini kali kedua aku menginap di situ. Pertama kali dengan Bonda- Mei 2010, yang sepatutnya kami bertemu Cik MInah-tapi tak terjumpa pun... HUHhhuh....

'Check-in' , masuk bilik, booooommm letak dan susun barang. Rehat sekejap sambil fikir agendaku...
Sesi Ise berbicara jam 12 tengahari, memang tak dan pun. Ok sasaran aku ialah dengan Shooshie punya bicara.

Aku bersiap, keluar hotel terus ke Mr. Teh Tarik, makan soto ayam dulu! Yumyumyum. Lepas makan aku bergegas ke stesen bas. Alamak susah betul nak dapat teksi! :( huhuhuhu
nasib kurang baik, ini pertama kali aku sukar dapat teksi di TEmasik. Penuh memanjang. Mungkin kala itu 'peak hour' jadi penuhlah teksinya.... Setengah jam berlalu.... waaaaa.... Sesi Shooshie dah mula! :(
Sabar-sabar-sabar.... akhirnya dapat teksi juga. Aku minta pemandu teksi bawa ke Muzium Seni Temasik. Alahai, beberapa kali aku kena beritahu SAM, SAM, SAM. Bukan Muzium Kebangsaan Temasik. Akhirya aku beritahu, nama jalannya dan tunjuk peta. Barulah dia tahu. Agaknya aku pelanggan pertama yang minta dibawa ke sana. Aku menuju 8Q. Ramai orang di situ. :( aku dah terlepas dengar Shooshie berbicara tentang karya seninya. :( arrrghhhh...
Di muka pintu, teman-teman Balai ada di situ. Mereka tanya aku, datang dengan siapa ? Seorang ? Mak mana ? Tiada kawan-kawan lain ? Huhuhhuhu..... Jumpa teman-teman lain, soalan yang sama.

Ya saya seorang, saya datang seorang. Hanya saya seorang. Memang saya selalu berseorangan... Eh ye ke ? :P

Pengarah Artistik sedang memberi taklimat, kerana sesi 'tour' dah nak bermula. OK, aku ambil brosur cepat-cepat dan ikut kumpulan 'tour' itu.... Wow, karya Shooshie menjadi hidangan pertama kami. :) Masa tu aku teragak-agak, boleh ambil gambar ke tak, boleh ke tak. Aku tanyalah Pengarah Artistik, dia pun tak begitu pasti. heheheh.... Tengok rakaman video (karya Shooshie) sekejap lepas tu masuk ke ruang dalam. Shooshie ada di situ, Fatina juga, Ica juga ada... :) bicara sebentar bersama mereka. Sambil menikmati karya-karya Shooshie. Tapi aku tak boleh nak memberi tumpuan. Mata melilau, kepala aku menerawang, Alahai, aku tak puas, aku kena datang lagi dan lihat kembali satu persatu lukisan Shooshie yang tergantung di dinding papan (seperti di dalam rumah kayu -rumah kampung)... Mmmm teringat dahulu, rumah aku (rumah Uwan) juga berdinding papan. Aku suka, dengan senang hati aku berjaya menggantung lukisan -lukisan Bonda atau foto keluarga di dinding. Sekarang ni agak sukar sebab sudah ada beberapa dinding simen, jadi payahlah pula nak mengetuk paku di dinding. (alamak cerita lain pula yang keluar).

Kemudian aku berkejar ke tingkat atas- yelah ditinggal kumpulan 'tour' pula.

Bersambung...





Isnin, 14 Mac 2011

12 Mac 2011 Temasik : Rumah Terbuka 2011

Singapore Biennale 2011


Singapore Biennale 2011

http://singaporebiennale.org/

Sesiapa yang berminat dengan seni, aku galakkan anda pergi... Rugi jika tak ke sana dan melihat karya seni artis dari 30 buah negara....

Itu pun aku tak puas lagi ni... InsyaAllah sebelum tarikh akhir, aku akan ke sana lagi.... Terutamannya karya Shooshie, aku tak habis 'explore' lagi....

Yang di Marina Bay -Merlion Hotel dan karya lain pun aku tak sempat jengah....
Ok kembara yang akan datang, aku akan rencana dengan lebih baik bersama teman-teman sepejabat....

11 Mac 2011 Pesta Buku 2011

KL Book Fair 2011

mmmm cerita di Temasik, nanti aku sambung.

Ni., nak menyelit tentang Pesta Buku. Acara tahunan yang wajib pergi...


Bila?

Jumaat, 22 April 2011-1 Mei 2011 

Waktu:
* Isnin-Khamis (10.00am - 8.00pm)
* Jumaat-Ahad (10.00am - 9.00pm)

11 Mac 2011 Ke Temasik lagi tanpa perancangan



Aku terpaksa melepaskan peluang ke MATTA Fair untuk bulan ini... Nampaknya kena tunggu  yang bulan 9 punya....

Kenapa ?

Kerana aku ada agenda mendadak!

Akhirnya Jumaat petang aku baca lagi website Singapore Art Biennale 2011. Alamak ada banyak artis di sana. Oopss bukan artis pelakon penyanyi ya....  Ada segmen Shooshie dan Ise! Nak pergi tak nak pergi, nak  pergi ke tak, nak pergi ke ? Pergi jelah.
Kul 4.30petang aku turun ke kafe untuk bertemu-berbincang dengan salah seorang Pengurus soal kerja untuk minggu hadapan. Ada 3 orang lagi teman di sana. Apa lagi setelah sesi perbincangan dengan Pengurus tu, aku tukar topik. :P

Korang nak ikut aku ke Temasik tak ? Yang seorang macam mahu ikut, tapi masih berkira-kira. Yang 2 lagi awal-awal lagi menolak. Sebab mendadak sangat dan tak terfikir.... hehehehe aku memang gitu, jika tetiba nak pergi, aku pergi. Tapi selalunya bersebab.

Tapi akhirnya teman yang seorang tu tak jadi pergi juga.

Selepas waktu kerja, aku mencari-cari info:
1. Kenderaan ke sana - kerana tiket keretapi dah habis!!!! waaaaa..... petang tadi ada lagi 34 kerusi, lepas kerja dah habis pula.... alahai!

2. Hotel -mana aku nak tidur ?

3. Kenderaan nak balik - tiket keretapi balik pun dah habis! waaaaaa

3. Duit - alamak ada duit ke ? hoohohooh :P dah lah tak tukar duit lagi....

Mmmmm tapi kalau dah nekad dan degil, memang aku pergi jugalahkan. Akan aku usahakan sampai sana.

Alahai, ni lagi satu. Kalau nak buat transaksi guna kad kredit (tak semua pembayaran boleh guna MEPS CASH.... aku sebenarnya lebih gemar guna MEPS CASH online berbanding kad kredit), aku kena telefon Bank dulu untuk membenarkan aku buat transaksi. Aduhaiiiii.... Ada pro & cons lah kan... :) :(

Aku pun telefon:

1. Dahlah kena dengar mesin berkata-kata punya lama
2. Dah dapat bercakap dengan orangnya, soalan banyak pula, lepas tu berapa kali terakhir aku guna kad kredit, berapa ringgit dah bayar, dan lain-lain soalan.... aduhai....
3. Baru dapat aku cakap nak minta bukakan transaksi di TEmasik untuk sekian tarikh.
4. Selesai urusan.

Lepas tu baru teringat.. Alamak, aku lupa, yang aku nak kena buat pembayaran tiket bas dan hotel! Arrrrgghhhh.... :( sabar-sabar-sabar...

Telefon lagi....

1. Banyaknya soalan....
2. Berapa ringgit nak guna. Untuk apa.... huhuuhuuhu

Sedih betul... taklah sedih pun. Geram je sebenarnya. Aku faham tu tugas mereka, tapi kadang-kadang bila dah 'emergency' cam gini, geramlah juga....

OK selesai segala urusan pembelian tiket, itu pun memakan masa kerana kena cuba banyak kali asyik tak boleh. Kena guna internet explorer, kerana firefox tak boleh. Alamak.... macam-macamlah...

Balik rumah dah entah kul berapa, kemas beg. Cari-godek-godek duit Temasik aku... Hehheheh alhamdulillah, masih bersisa.... Cukuplah buat tambang di sana nanti.... Untuk duit perbelanjaan, tukar saja di 'Money Changer' sana.  :P

Ini kembara yang pertama ke Temasik untuk sesi tahun 2011...

Rabu, 9 Mac 2011

Letters from the sky -Civil Twilight



OST I am number 4

09 Mac 2011 Menonton bersama Adik

Aktiviti aku dan Adik :
1. Makan tengahari di Marche - dalam suasana yang ala mengantuk, badan sakit sebab tak cukup tidur... :p tapi disebabkan lapar, haruslah menjengah mencari makanan....pertama kali kami makan di sana. Konsepnya sangatlah menarik, sangat berkenanlah aku kan... :P harus pergi lagi, bersama  Bonda dan juga teman-teman yang lain. Cuma aku rasa kalau makan tengahari ni, 'portion'nya ala-ala tak cukup atau sangat memadailahkan. Tapi masih alhamdulillah, kenyang juga.

http://www.prajishsankar.com/blog/food/marche-restaurant-at-the-curve-damansara/

2. Kedai majalah - beli TIME OUT KL & TIME OUT PARIS FOR VISITORS 2010/11
- Ada cita-cita ke sana ke cik adik ? :p mmm berangan....

3.  Nonton I AM NUMBER 4
-Setelah bercongak-congak dengan Adik, nak nonton mana satu. IANo.4 atau 127... Akhirnya kami memilih IANo. 4... ;) Uuuuii


They caught Number One in Malaysia.
Number Two in England.
And Number Three in Kenya.
I am Number Four.
I know that I am next.

http://www.iamnumberfour.co.uk/the-lorien-legacies/the-books/i-am-number-four/



terbaca blog seorang teman -dia menonton Beastly.... laaa rupanya pelakon utamanya adalah sama! uuii tayang kat sini serentaklah pula.. aku memang teringin juga nak nonton Beastly ni... ;)

 

4. Ikea

5. Makan petang di Ikano - makan nasi ayam

6. Balik rumah... buat apa yang patut.. lepas tu buuummm zzzzzzzz.....

09 Mac 2011 Menghantar Bonda

Seawal pagi, kami bertiga menuju KLIA. Bonda harus tiba di KLIA sebelum jam 7.30 pagi kerana ada 'briefing' sebelum berangkat ke Bahrain. Uuuii dengan bersungguh-sungguhnya Adik memandu, aku pula menahan mata saja. :P Mmmm gatal, malam sebelumnya aku tidur lewat. Hehehhe nasib baik aku ni bukan jenis payah nar nak bangun.. (mmm ye ke ? ) :P

Sarapan pagi di Delifrance - kerana medan selera masih tutup. Aduhai. Heheheh bayor sahajalah kan.....

7.30 pagi kami bergegas ke ruang berlepas, mencari ruang 'A'. Mmmm tak ada pun orang yang nak ke Bahrain? Jika di ruang 'F' adalah ramai je tadi..... Rupa-rupanya di ruang 'K', tetapi beg-begnya tak samalah pula dengan beg ejen Bonda tu... Mmmmm cuma terlihat satu keluarga sahaja yang memiliki beg yang sama dengan Bonda, maka kami dekati mereka.

Setelah setengah jam baru terlihat yang lain.....
Tunggu, urus itu ini. Berdiri sampai 'ponek'. Hampir jam 8.15pagi barulah kami duduk. :P  8.45pagi kami dipanggil untuk mendengar taklimat lagi. Yang 7.30 tu, tak de taklimat, cuma berkumpul sahaja.
Diberitahu, jika ada sesiapa yang nak pergi makan boleh saja, aku kerling pada jam tangan aku, dah hampir kul 9pagi, nak makan apa lagi mereka di sini. Waktu 'boarding' saja kul 9.35pagi.... Ishishish... Macam le terminal nak ke sebelah sana tu dekat. Dah lah tren tak de, kena naik bas lagi.... Setelah terdengar omelan ku kata tak sempat, dah jam 9, diorang terfikir oh lebih baik makan di terminal di sebelah sana nun.
Hheheehhe :P Mujur Bonda dah bersarapan bersama kami terlebih dahulu...

Hheehheh Bonda sebenarnya transit sahaja di Bahrain nun. Akan tiba di sana jam 2 petang Bahrain, dan akan bertolak ke Jordan jam 8malam Bahrain. Di sana akan ke Petra, gua ashabul kahfi, laut mati, kemudian ke Baitulmaqdis! Kemudian akan meneruskan perjalanan ke Tanah Haram :)

OK Bonda, selamat pergi dan selamat kembali ya. Maafkan salah silap Lor!

http://uk.visitjordan.com/
http://iiumbloggers.com/2010/01/umat-islam-digesa-ziarah-baitulmaqdis/
http://littleluqmanhakim.blogspot.com/2010/03/jordan-ashabul-kahfi.html