Rabu, 16 Mac 2011

12 Mac 2011 Dari rumah - Menuju Temasik - Geylang Serai-8 Q

Jumaat malam lalu aku tak tidur. Mana taknya, mengemas kain baju, mencari duit bagai.
Lepas tu online, sambil tengok DVD- cerita apa ye hari tu ? Ooohhh Love Happens, pelakonnya Jennifer Aniston dan Aaron Eckhart. Tapi aku tak habis tengok sebab waktu tu dah dekat nak keluar rumah nak ke stesen bas di Hotel Corus, Jalan Ampang.



Bersiap, kejutkan Adik. Vrooooommmm Adik meluncur laju ke Hotel Corus. Jalan lengang kerana masih pagi buta. Bas masih tiada. Aku ke dalam hotel, untuk mengambil tiket. 

Jam 6 pagi bas pun tiba. Letak beg di ruang beg. Aku pun melangkah ke dalam perut bas Aeroline menuju kerusi belakang sekali. Alamak ada lelaki omputeh botak yang sasa. Huhuhu... Mmmmm aku duduk sajalah. Isi borang masuk ke negara Temasik, duduk diam-diam. Tiba-tiba orang di sebelah bersuara. Dia ingin pinjam pen. Ok, aku pun berilah pen dan bukuku untuk mengalas kertas tu.  Selepas tu datang lagi seorang penumpang, duduk di sebelah kiriku (dia pun nak pinjam pen aku).... hehehehh jalan jauh-jauh tiada pen kah? 

Pen & kertas adalah perkara asas yang wajib ada. Ingat ya! Aku telah diasah dan diperingatkan oleh Bonda, agar sentiasa membawa alat tulis sendiri.Jadi tidaklah perlu aku meminjam daripada orang lain. Sebuah buku juga wajib ada -tak kisahlah buku apa pun. Jadi bila bersendirian, terutamanya apabila seorang diri dan perlu menunggu pula, tidaklah aku bosan nanti. Buku itu umpama teman. Buku untuk menulis, membaca, melakar....

BAs pun bertolak, di awal perjalanan tu saja, aku dah tersengguk. hohohoh... Mat Saleh sebelah tu siap tawarkan tukar tempat duduk. heheheh malu betul. Lepas tu kami pun tukar tempat duduk, aku duduk di kanan sekali, jadi aku boleh sandar kat dinding bas, katanya.... hohoo :P
Lagi pun sebenarnya, aku rasa dia pun lebih selesa duduk di kerusi tengah, sebab orang yang depan kami ni, Arab negara mana aku pun tak pasti, suka membaringkan kerusi mereka. Yang depan Mat Saleh tu perempuan Arab, baringkan kerusi macam tak hingat, kesian pulak aku tengok MAt Saleh tu, dah lah besar - kaki panjang, susah betul dia nak duduk. Bila aku dan MAt Saleh tu bertukar tempat, dia pun dengan selesa duduk di tengah. Nasib baik aku kecil...

Pagi itu kami disediakan sarapan pagi : Nasi goreng, sosej ayam dan samosa. Kenyang.
WAktu pramugari bas 'serve' kan kopi - aku tertidur. Melepaslah aku kiranya hari tu.... :P

Jam 9.58pagi , aku melepasi Imigresen Gelang Patah. Sebelum tu turun bas, bawa passport sahaja, beg tinggalkan. Lepas cop passport, naik bas semula.

10.16 pagi berjaya melepasi Imigresen Tuas pulak. Comel pula pegawai imigresen tu. hohohoh.... Lagi 1 jam aku akan tiba di Harbour Front, di Teluk Belanga. Berdekatan dengan Tanjong Pagar. 

Ye memang hampir 11.30 pagi aku tiba di Harbour Front. Masuk je pintu 'mall' tu, terus disambut oleh 'Money Changer' ! Alhamdulillah. Lega sikit, Apa lagi, sesi menukar duitlah. Mmmm alamak, orang-orang berkerumun tak berapa nak beraturlah pula di situ. Maksud aku, orang-orang yang dari negara luar yang menukar duit di situ. Lepas tu ada makcik ni nak potong barisan aku - aku kerling. Dia tanya dan tahu aku memang beratur nak tukar duit. Tapi masih juga dia TETAP POTONG BARISAN AKU! Bengong punya pelancong. Tahulah awak banyak benar nak tukar duitnya. Hello ini bukan negara anda yang senang-senang nak potong barisan orang lain. Grrrrrr.... pagi-pagi dah bagi aku geram. :(

Selesai urusan, aku pun naik MRT menuju Paya Lebar. Vrrrrooooommm lagi naik MTR pula.Tapi kena tukar  laluan dulu, makanya kena naik 2 tren. Alamak aku ni pun dah keliru, kejap MRT kejap MTR. :P MRT di TEmasik, MTR di Hong Kong daaaa.... 
Turun je di Stesen Paya Lebar, aku pun keluar mencari Pejabat Pos Besar Temasik. Hehehe aku bukannya nak masuk dalam pejabat pos nun, cuma petunjuk laluan saja. Jika aku terjumpa pejabat posnya, maka betullah jalan yang aku lalu tu. 
Ya, aku jumpa. Betullah laluan aku tu! :)

Jalan-jalan kaki, ada 'signboard' Jalan Tanjong Katong.... lagilah betul.. :) di Tanjong Katong, airnya biru... 
ok aku dah sampai di Geylang Serai.... menuju Joo Chiat....

Hehehe dah nampak PAsar Geylang. Mr. Teh Tarik, Joo Chiat Complex, dan yang penting Hotel 81 Classic!
TEpat jam 12 tengahari sepertimana dalam tempahan aku yang telah memaklumkan waktu ketibaanku. TEpat sekali telahanku.
Aku akan menginap di situ. Ini kali kedua aku menginap di situ. Pertama kali dengan Bonda- Mei 2010, yang sepatutnya kami bertemu Cik MInah-tapi tak terjumpa pun... HUHhhuh....

'Check-in' , masuk bilik, booooommm letak dan susun barang. Rehat sekejap sambil fikir agendaku...
Sesi Ise berbicara jam 12 tengahari, memang tak dan pun. Ok sasaran aku ialah dengan Shooshie punya bicara.

Aku bersiap, keluar hotel terus ke Mr. Teh Tarik, makan soto ayam dulu! Yumyumyum. Lepas makan aku bergegas ke stesen bas. Alamak susah betul nak dapat teksi! :( huhuhuhu
nasib kurang baik, ini pertama kali aku sukar dapat teksi di TEmasik. Penuh memanjang. Mungkin kala itu 'peak hour' jadi penuhlah teksinya.... Setengah jam berlalu.... waaaaa.... Sesi Shooshie dah mula! :(
Sabar-sabar-sabar.... akhirnya dapat teksi juga. Aku minta pemandu teksi bawa ke Muzium Seni Temasik. Alahai, beberapa kali aku kena beritahu SAM, SAM, SAM. Bukan Muzium Kebangsaan Temasik. Akhirya aku beritahu, nama jalannya dan tunjuk peta. Barulah dia tahu. Agaknya aku pelanggan pertama yang minta dibawa ke sana. Aku menuju 8Q. Ramai orang di situ. :( aku dah terlepas dengar Shooshie berbicara tentang karya seninya. :( arrrghhhh...
Di muka pintu, teman-teman Balai ada di situ. Mereka tanya aku, datang dengan siapa ? Seorang ? Mak mana ? Tiada kawan-kawan lain ? Huhuhhuhu..... Jumpa teman-teman lain, soalan yang sama.

Ya saya seorang, saya datang seorang. Hanya saya seorang. Memang saya selalu berseorangan... Eh ye ke ? :P

Pengarah Artistik sedang memberi taklimat, kerana sesi 'tour' dah nak bermula. OK, aku ambil brosur cepat-cepat dan ikut kumpulan 'tour' itu.... Wow, karya Shooshie menjadi hidangan pertama kami. :) Masa tu aku teragak-agak, boleh ambil gambar ke tak, boleh ke tak. Aku tanyalah Pengarah Artistik, dia pun tak begitu pasti. heheheh.... Tengok rakaman video (karya Shooshie) sekejap lepas tu masuk ke ruang dalam. Shooshie ada di situ, Fatina juga, Ica juga ada... :) bicara sebentar bersama mereka. Sambil menikmati karya-karya Shooshie. Tapi aku tak boleh nak memberi tumpuan. Mata melilau, kepala aku menerawang, Alahai, aku tak puas, aku kena datang lagi dan lihat kembali satu persatu lukisan Shooshie yang tergantung di dinding papan (seperti di dalam rumah kayu -rumah kampung)... Mmmm teringat dahulu, rumah aku (rumah Uwan) juga berdinding papan. Aku suka, dengan senang hati aku berjaya menggantung lukisan -lukisan Bonda atau foto keluarga di dinding. Sekarang ni agak sukar sebab sudah ada beberapa dinding simen, jadi payahlah pula nak mengetuk paku di dinding. (alamak cerita lain pula yang keluar).

Kemudian aku berkejar ke tingkat atas- yelah ditinggal kumpulan 'tour' pula.

Bersambung...





Tiada ulasan: