
Aku terpaksa melepaskan peluang ke MATTA Fair untuk bulan ini... Nampaknya kena tunggu yang bulan 9 punya....
Kenapa ?
Kerana aku ada agenda mendadak!
Akhirnya Jumaat petang aku baca lagi website Singapore Art Biennale 2011. Alamak ada banyak artis di sana. Oopss bukan artis pelakon penyanyi ya.... Ada segmen Shooshie dan Ise! Nak pergi tak nak pergi, nak pergi ke tak, nak pergi ke ? Pergi jelah.
Kul 4.30petang aku turun ke kafe untuk bertemu-berbincang dengan salah seorang Pengurus soal kerja untuk minggu hadapan. Ada 3 orang lagi teman di sana. Apa lagi setelah sesi perbincangan dengan Pengurus tu, aku tukar topik. :P
Korang nak ikut aku ke Temasik tak ? Yang seorang macam mahu ikut, tapi masih berkira-kira. Yang 2 lagi awal-awal lagi menolak. Sebab mendadak sangat dan tak terfikir.... hehehehe aku memang gitu, jika tetiba nak pergi, aku pergi. Tapi selalunya bersebab.
Tapi akhirnya teman yang seorang tu tak jadi pergi juga.
Selepas waktu kerja, aku mencari-cari info:
1. Kenderaan ke sana - kerana tiket keretapi dah habis!!!! waaaaa..... petang tadi ada lagi 34 kerusi, lepas kerja dah habis pula.... alahai!
2. Hotel -mana aku nak tidur ?
3. Kenderaan nak balik - tiket keretapi balik pun dah habis! waaaaaa
3. Duit - alamak ada duit ke ? hoohohooh :P dah lah tak tukar duit lagi....
Mmmmm tapi kalau dah nekad dan degil, memang aku pergi jugalahkan. Akan aku usahakan sampai sana.
Alahai, ni lagi satu. Kalau nak buat transaksi guna kad kredit (tak semua pembayaran boleh guna MEPS CASH.... aku sebenarnya lebih gemar guna MEPS CASH online berbanding kad kredit), aku kena telefon Bank dulu untuk membenarkan aku buat transaksi. Aduhaiiiii.... Ada pro & cons lah kan... :) :(
Aku pun telefon:
1. Dahlah kena dengar mesin berkata-kata punya lama
2. Dah dapat bercakap dengan orangnya, soalan banyak pula, lepas tu berapa kali terakhir aku guna kad kredit, berapa ringgit dah bayar, dan lain-lain soalan.... aduhai....
3. Baru dapat aku cakap nak minta bukakan transaksi di TEmasik untuk sekian tarikh.
4. Selesai urusan.
Lepas tu baru teringat.. Alamak, aku lupa, yang aku nak kena buat pembayaran tiket bas dan hotel! Arrrrgghhhh.... :( sabar-sabar-sabar...
Telefon lagi....
1. Banyaknya soalan....
2. Berapa ringgit nak guna. Untuk apa.... huhuuhuuhu
Sedih betul... taklah sedih pun. Geram je sebenarnya. Aku faham tu tugas mereka, tapi kadang-kadang bila dah 'emergency' cam gini, geramlah juga....
OK selesai segala urusan pembelian tiket, itu pun memakan masa kerana kena cuba banyak kali asyik tak boleh. Kena guna internet explorer, kerana firefox tak boleh. Alamak.... macam-macamlah...
Balik rumah dah entah kul berapa, kemas beg. Cari-godek-godek duit Temasik aku... Hehheheh alhamdulillah, masih bersisa.... Cukuplah buat tambang di sana nanti.... Untuk duit perbelanjaan, tukar saja di 'Money Changer' sana. :P
Ini kembara yang pertama ke Temasik untuk sesi tahun 2011...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan