Jumaat, 15 Julai 2011

14 Julai 2011 Harry Porter- Deathly Hollow 2

Semalam adik belikan tiket Harry Porter, yeay!
Kami berdua menonton di Wangsa Walk saja, dekat dengan rumah.
Sepulang dari pejabat, kami terus menuju ke Wangsa Maju.
9 malam-11malam.

Ceritanya seperti biasa sangat menarik kecuali penghujungnya kureng sedikit, tak puas. :P
Dan Prof. Severus Snape pula meninggal dunia. Arrrghhhhhh bahagian ini yang aku sedih, tak puas hati. Kenapalah Snape meninggal dunia. Aku dari dulu memang suka watak dia. Profesor yang sungguh misteri dan aku yakin bahawa dia sebenarnya baik. HUhuuhuhu kesian dia.... Kerana terlalu sayangkan Lily dan melindungi Harry sehingga akhir hayatnya...

Huuuh...
Lepas ni tiada lagi filem Harry Porter. Waaaaa..... ;( Tengok DVD yang lepas-lepas sahajalah nanti.....

 

Tiada ulasan: