Dari Rantepao, kami menaiki Avanza, bersembilan orang! hohoohoho :P
Kami di bawa ke Pasar Bolu. Rupanya mereka nak beli Cik Babs. Sebagai 'korban' untuk upacara kematian yang jarang-jarang sekali diadakan.
Acara kematian ini adalah untuk anak saudara Dora, yang telah 2 atau 3 tahun meninggal dan mayatnya disimpan di 'rumah' simpanan keluarga mereka. Hari ini barulah upacara untuk menyempurnakan mayatnya serta mayat-mayat orang lain yang akan diraikan sewaktu upacara itu nanti. Upacara ini akan diadakan berhari-hari bergantung kepada tahap kemewahan seseorang.
 |
| kokokokokkook! |
 |
| Buntut kerbau! |
 |
| Sekali lagi |
 |
| Salah satu pemandangan yang boleh dilihat di pasar ini! |
 |
| Kami |
 |
| Si anak Babs |
 |
| Si emak Babs |
 |
| Buluh yang akan digunakan untuk mengangkat Babs |
 |
| Cantikkan saya! |
 |
| Comel, kepalanya putih! |
Dari Pasar Bolu, kami singgah sebentar, nak tampal ban@tayar. Hohohoh adakah pancit kerana mengangkut kami yang bersembilan orang, tadi ?
 |
| Karuna Motor |
Dari Pasar Bolu tadi, 2 orang daripada kami menaiki Kijang dengan membawa Cik Babs menuju ke Rumah Adat, di Sa'dan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan