Isnin, 19 November 2012

13 November 2012 Dari Palawa menuju Sa'dan, Toraja

Setelah gudugedang naik Avanza, sampai suatu tahap, ia dah tak boleh melalui jalan batu-batuan yang mencanak tinggi tu.

Peter dan geng-gengnya cuba mendapatkan bantuan di hadapan.

Setengah jam kemudian, mereka memanggil kami bertiga yang masih di dalam Avanza. Ayoh, kita tumpang sahaja Truk di hadapan! Kita ambil barang-barang di dalam kereta dan bawa bersama.

Wah, naik trak! hohoohhooh. akhirnya menjadi kenyataanlah pula. Aku pernah tertanya-tanya bagaimanakah rasanya menaiki truk/lori ya sebagai kenderaan ke suatu tempat ?
Nah, sekarang aku berpeluang untuk merasa! hohohoohohoo....
11.07 pagi 

Panjat trak lori menuju ke Kg Sa'dan. Beramai-ramai lebih 20 orang di atas trak tu! Berasak-asak gitu. Dan yang terperanjatnya, ada juga 'si korban' yang akan disembelih juga ada di dalam trak itu!
Walah walah! hohoohoh.
Apa lagi, aku panjat dan langkah le :P ish ish ish pengalaman gilos yang pernah aku rasakan. hohooohoohho... pergi tengok kandang/pasar lah, naik trak bersama lah... lepas ni apa pula ye ?


Gumbira naik trak ? heheheheeh
Di atas trak, meriah betul! Dengan jalan kecil yang menjunam, berirama dengan gelak ketawa di dalam trak, dengan bunyi dengusan kreoh kreoh kreoh 'si korban' tu lagi.

Cuak pun ada juga, yelah naik lori beramai-ramai di atas jalan batuan yang kecil dan di celahnya gaung-gaung!




Pemandangan indah - padi huma

Ini cuma sebahagian! 









Tiada ulasan: