Selasa, 21 Julai 2009

Semua Untukmu - Anuar Zain

Dengarlah bisikan angin bayu
Dengarklah bisikan ooo hatiku
Bagaikan sebuah melodi cinta murni
Semua adalah untukmu
Walaupun dalam lautku selami
Walaupun tinggi gunungku daki
Ku rela tempuhi rintangan yang ada
Semua demi cinta suci

( korus )
Tanpa dirimu hidup tak bererti
Tahukah kau cintaku murni
Jangan kau pergi
Dirimu tiada ganti
Harapan yang ada
Tersemat di jiwa
Semoga kau sentiasa di sisi
Usah kau ragui keikhlasanku
Usah kau ragui oh hasratku
Kuserah seluruh jiwa dan cintaku
Semua adalah untukmu

( korus )
Tanpa dirimu hidup tak bererti
Tahukah kau cintaku murni
Jangan kau pergi
Dirimu tiada ganti
Akan ku berjanji oh aku berjanji
Semua adalah untukmu
Tanpa dirimu hidup tak bererti
Tahukah engkau cintaku suci dan murni
Jangan kau pergi
Dirimu tiada ganti
Akan ku berjanji oh aku berjanji
Segala harapan tersemat di jiwa
Semoga kau sentiasa di sisi

Rabu, 8 Julai 2009

070709 Kerana mulut dan aksi orang lain, aku juga yang kena tempias!?

Pernahkah kalian terfikir, kerana bicara dan tindakan kalian memberi kesan sampingan kepadaku? Mmmm tentunya tidak, bukan.
kerana kalian, aku juga yang menanggung malu.
kerana kalian, aku juga yang memikulnya di bahu, di minda dan di hatiku.
kadang-kala kerana kalian, aku yang cuba memulihkan keadaan walaupun tidak sebegitu terdaya.
kerana kalian aku cuba menahan pedih di telinga dan mindaku.
kerana kalian aku hanya tersenyum sumbing membeku dengan lontaran yang dikata.

memang adakalanya aku tercuit dengan kata dan aksi kalian.
Ya bagimu memang tidak apa-apa, tetapi bagi yang mendengar, kadang-kala agak tercuit rasa hati mereka, apatah lagi ketika kita baru hendak membina persahabatan.
Kadang-kala aku malu, teman. Cuma kalian yang tidak menyedarinya kerana menganggap ia hanya gurauan, dan enteng sahaja.

Tetapi kerana kalian jarang kali bertemu mereka, bagimu tidak mengapa dan tidak ambil pusing, itu semua dianggap remeh. Tidak apa-apa.
Namun bagiku, ia sememangnya meninggalkan kesan. Kerana kata-kata yang dilemparkan tidak mudah ditarik balik. Ia akan tetap segar di dalam ingatan mereka juga.

Mulut tempayan boleh ditutup, tetapi mulut manusia bolehkah?
Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga...

Mmmmm.... nasib-nasib-nasib..... sabar sahajalahkan!

Ahad, 5 Julai 2009

05 Julai 2009 Mmmm.... Aneh pula kurasa

Mmmmm....
Aneh pula tengah-tengah malam begini.
Ada seorang hamba Allah yang aku tahu kehadirannya. Dia juga tahu kewujudanku.
Aku dan dia tidak pernah berbicara atau bertukar senyuman. Entah, kenapa ya?

Tetapi tengah malam ini, aku menerima tambahan sebagai rakan daripada dia di Muka Bukuku. Mmm tapi dia tahukah itu aku? Kerana aku tidak meletakkan fotoku di situ. Aku lihat kelima-lima rakannya tiada seorang pun rakanku... Mmm bagaimana dia menemuiku? Tambah sahaja? Mmm....

04 Julai 2009 Oooohh ohhh ohhh sudah julai!

Hari ini kerja ku ialah :
i. Balut lukisan-lukisan Bonda

ii. Kemaskini biodatanya




iii. Menghadiri majlis persandingan Ayong & Faiz
- cantiknya Ayong! Sayang kameraku tidak dicas baterinya... Ish ish ish... Itulah tak periksa lagi.... Yakin saja semalam kononnya satu lagi bateriku ada tenaganya.... Akhirnya Bonda yang beria-ia mengambil foto Ayong menggunakan kamera mininya...

iv. Pulang ke rumah semula, dan memasukkan lukisan-lukisan ke dalam kereta Bonda

v. Putar-putar ke Bukit Damansara, Jalan Gelenggang.... Galeri Bukit Chandan
Serah lukisan, melihat dan mendengar Bonda ditemuramah, berkongsi cerita dan memberi pandangan tentang seni lukis dan sastera.

Sesi fotografi bersama Arif Fauzan

Latfy selaku juruvideo


Ditemuramah oleh Faizah Elis - pengurus Galeri Chandan




v. Ke Pasar Seni. Kereta ditinggalkan di Dayabumi..... Ooohhh dah lama aku tidak menjejakkan kaki ke Dayabumi. Serasa sepi sekali di situ. Jika dahulu, aku sering berulang alik menaiki/turun dari Komuter di Stesen Kuala Lumpur, kemudian menyelusuri Pejabat Pos Dayabumi dan menuju Pasar Seni dan menunggu bas di Menara Jam, Lebuh Ampang. (rindu pula pada perjalanan kakiku....)
Di sekitar Bangunan Sultan Abdul Samad
Puduraya.... Mmmm.... dah lama tidak menunggu bas di situ

vi. Tujuan ke Pasar Seni, ingin mencari kedai fotostat dan makan petang-malam di sana. Tetapi terserempak pula dengan Cik Sani Sudin, Cik Aris Aziz, Cik Jack@Aziz, Cik ______ (maaf kulupa namanya).

vii. Makan malam di Rumah Teh Melayu... Sedap juga Mihun Supnya, terhidang juga cili potong kicap manis tanpa kupinta... Sememangnya acapkali aku akan meminta cili potong kicap manis, tetapi sangatlah sukar aku akan memperoleh apa yang kupinta! Seringkali salah yang dihantar - selalunya kicap cair yang dihantar... Bonda memohon menambah limau kasturi....

viii. Berlarian pula aku ketemu Cik Ghani Ahmad menghantar barang. Sebelum pulang CIk Ghani telah menasihatiku.... Mmmm.... terima kasih CIk Ghani!
ix. Aku dan Bonda pulang dan menuju ke Dayabumi - pulang tetapi singgah dahulu ke kedai TUJUHSEBELAS untuk membeli biskut kucing - makanan untuk kucing-kucingku... sambil telinga menjawab panggilan daripada orang jauh dari Selatan.... ;)

Khamis, 2 Julai 2009

We are the world - Micheal Jackson

Tiba-tiba terngiang judul lagu ini di dalam kepalaku... Lantas kugeledah di dalam Muka Bukuku dan kutemui lagu ini dan kususuli dengan liriknya....

There comes a time
When we head a certain call
When the world must come together as one
There are people dying
And it's time to lend a hand to life
The greatest gift of all
We can't go on Pretending day by day
That someone, somewhere will soon make a change
We are all a part of God's great big family
And the truth, you know love is all we need

[Chorus]
We are the world
We are the children
We are the ones who make a brighter day
So let's start giving
There's a choice we're making
We're saving our own lives
It's true we'll make a better day
Just you and me

Send them your heart
So they'll know that someone cares
And their lives will be stronger and free
As God has shown us by turning stone to bread
So we all must lend a helping hand

[Chorus]
We are the world We are the children
We are the ones who make a brighter day
So let's start giving
There's a choice we're making
We're saving our own lives
It's true we'll make a better day
Just you and me

When you're down and out
There seems no hope at all
But if you just believe
There's no way we can fall
Well, well, well, well, let us realize
That a change will only come
When we stand together as one

[Chorus]
We are the world We are the children
We are the ones who make a brighter day
So let's start giving
There's a choice we're making
We're saving our own lives

It's true we'll make a better day
Just you and me

Rabu, 1 Julai 2009

30 Jun 2009 Perkumpulan Bulanan

Hari ini pejabatku membuat acara bulanan - Perkumpulan Bulanan yang diadakan pada hari terakhir pada setiap bulan.

Hari ini juga aku dan Joo Lee akan membuat pembentangan mengenai pengalaman kami tidur di dalam Muzium Samudera.. :) Suka duka gembira geram semuanya dikongsikan bersama.....

Isnin, 29 Jun 2009

28 Jun 2009 Kenduri dan Belasungkawa

Hari ini aku menemui pengurusku di Bangsar dan kami menuju ke Ruang Pameran BDRB Bangsar. Di sana kami menghadiri majlis perkahwinan seorang pengarca - Multhalib Musa. Aku rasa majlis ini lebih untuk teman-teman beliau dan saudara-mara yang tidak dapat hadir pada hari sebelumnya, Sabtu. Di pintu masuk, kami disambut oleh ayahanda pengantin... :) wajah seiras!

Di ruang makan yang ditata dengan warna merah jambu muda, dan ahli keluarga memakai warna ungu lembut menyambut kedatangan tetamu....

Makanan yang dihidangkan masakan arab (rasanyalah...).

Kemudian kulihat kelibat Dewangga Sakti berbaju Melayu perang memasuki ruang. mmmm tentunya mereka akan membuat persembahan.
Kulihat juga ada beberapa teman pelukis yang datang, antaranya Fuad Osman yang asyik merakam suasana.... Ramlan bersama keluarganya. Kolektor Farouk Khan dan Aliyaa Khan juga datang bersama keluarganya....

Maaf ya pengantin baru, kami meninggalkan ruang dewan tanpa ketemumu... Sudah hampir jam 2, pengurusku menghantar ke stesyen LRT Bangsar dan aku menuju ke Stesyen LRT AMpang Park. Dia pula pulang ke Bangi, tidak boleh kelamaan.

Kemudian aku melangkah ke halaman RA Fine Arts untuk mengikuti acara Belasungkawa Mansor Ghazalli (MG). Dua sesi - perkongsian pengalaman teman-teman arwah dan pengamat seni membicarakan tentang arwah MG.
Aku tidaklah begitu mengenali MG. Hanya semenjak aku mengikuti acara RA Fine Arts lah aku melihat lukisan beliau. Juga mengenali yang mana satu MG. Sesekali jika bertemu aku hanya senyum dan menegur beliau. Kali terakhir aku melihatnya ketika acara pelukis tersohor Indonesia, Kartika Affandi berkongsi pengalaman melukisnya di ruang galeri. MG banyak bertanya kepada Kartika Affandi. Itu bulan januari 2009, dan sekarang sudah Jun 2009, arwah sudah meninggalkan kita, sehari sebelum pelancaran pameran solonya di galeri tersebut.

Al-Fatihah....

Sabtu, 27 Jun 2009

25 Jun 2009 Micheal Jackson & Farah Fawcett sudah tiada...

Hari ini 26 Jun 2009, aku membuka Muka Bukuku melalui telefon genggamku.
Aku terlihat status Che Kem... Uuuuhhhh sedikit terperanjat membaca tulisannya itu...

Micheal Jackson dan Farah Fawcett dah meninggal?
uuuuhhh tidak sangkanya MJ telah meninggal.... Mmmmm.... Sudah hilangnya Raja Pop dunia.

Ya semasa aku di sekolah rendah sangat suka mendengar lagu-lagunya... Beat it, Billy Jean, Thriller....
Sekolah menengah pula aku mendengar Heal The World, Bad, Black or White, You are not alone.... Aku masih mengingati,aku dan teman-teman sekoir menyanyi lagu Heal The World untuk acara di sekolah... Hari guru ke? Mmm tidak ingat pula....

Hari ini setiba di pejabat, aku terus membuka internet dan google.... Ya betul. Mmmm beberapa teman mengerumuniku, termasuklah pengurusku! ;) Google FF juga.... mmmm....

Seharian berita di pejabat, di Mukabuku semuanya memperkatakan tentang MJ. Memang seluruh dunia kurasa terkesan dengan berita ini. Ya mungkin anak-anak generasi sekarang kurang mengenali MJ, tetapi mereka yang mekar pada sekitar 1980an-1990an sangatlah mengenali lagu-lagunya.... Dan hari ini kudengar dicorong-corong radio semuanya memutar kembali lagu dia, yang kurasa sudah lama tidak berkumandang...

Penampilannya yang dahulu hitam sekarang putih... uuuhhh mengapalah MJ terlalu obses untuk menjadi putih dan sanggup membuat pembedahan hidungnya itu. Mengapalah dia tidak bersyukur dengan anugerah tuhan? Anehkan manusia ini!

Ahad, 21 Jun 2009

Awal Mei 1991 Anda seorang juruhebah telah menemuramah seorang penyanyi yang sedang popular ketika ini.

Itulah soalan karangan yang guruku beri di dalam kelas 1 Mawar. ;) inilah yang kukarang....

Juruhebah:
Selamat pagi tuan-tuan dan puan-puan. Hari ini kita ada penyanyi undangan iaitu Aishah dari Fan Club. Selamat datang ke studio media hiburan.

Penyanyi:
Terima kasih saudara Zainal.
---> Agaknya tika itu aku fikirkan Zainal Din Zainal! :) Ke manalah menghilangnya DJ ini ya?

Juruhebah:
Boleh saya mulakan temuramah sekarang? Siapakah nama sebenar saudari?

Penyanyi:
Nama sebenar saya ialah Wan Aishah bt Wan Ariffin
--> Aku tahu? hehehe....

Juruhebah:
Di manakah saudari mula melibatkan diri dalam bidang nyanyian dan apakah nama kumpulan saudari?

Penyanyi:
Saya mula melibatkan diri dalam bidang nyanyian semasa di New Zealand dan nama kumpulan saya ialah Aishah and The Fan Club.

Juruhebah:
Apakah nama album yang pertama Aishah terbitkan di Malaysia?

Penyanyi:
Album yang pertama saya terbitkan di Malaysia ialah Janji Manismu. Lagunya dicipta oleh saudara Adam Ahmad dan lirik dicipta oleh saya sendiri.

Juruhebah:
Terima kasih Cik Aishah kerana sudi menjadi tetamu undangan Media Hiburan ini.

Penyanyi:
Sama-sama

Juruhebah:
Sekian sahaja temuramah kita pada hari ini. Semoga pendengar-pendengar semua terhibur.