Rabu, 30 Mac 2011

Woman - Toni Braxton




I worked late but you don't wait up 
My bones ache and i'm cleaning the place up 
Sometimes i wonder if know i'm there 

I sit down take off my make-up 
I lay down but you don't wake up 
Sometimes i wonder if you even care 

I can't remember the last time you 
Told me i'm beautiful, and i can't remember 
Last time you said anything at all 

I'm a woman 
A woman with a heart 
And i deserve your all 
I'm not some girl who don't know what she wants 
I'm a woman 
And i need to be touched 
And i need to be loved 
'cause being just your woman is not enough 

Now i hope that you don't wake up 
When it's too late to make up 
You'll be the one that's alone and that's so sad 

In time you'll find somebody 
The truth is she'll never be me 
And that's when you're going to miss what we had 

When all i really needed to hear was "you're beautiful" 
All i really needed to hear was anything at all 

I'm a woman 
A woman with a heart 
And i deserve your all 
I'm not some girl who don't know what she wants 
I'm a woman 
And i need to be touched 
And i need to be loved 
'cause being just your woman is not enough 

I'm not your friend who only needs you sometimes 
And if i'm your lady 
You got to treat me like... 

I'm a woman 
A woman with a heart 
And i deserve your all 
I'm not some girl who don't know what she wants 
I'm a woman 
And i need to be touched 
And i need to be loved 
'cause being just your woman is not enough 

Look at me 
I'm a woman

Selasa, 29 Mac 2011

13 Mac 2011 Mr. Teh Tarik-Muzium Negara Temasek-Kedai Muzium-Geylang Serai-Jalan Lavender

Pagi itu aku mengemas-ngemas  barang-barang, sambil mengatur aktiviti sebelum pulang ke tanah air.
Kemas punya kemas, 11.45pagi aku pun keluar dari bilik dan 'check out'. 'Brunch' dulu di Mr. Teh Tarik - makan mee siam berharga SD$2.50  + air mineral. Sebelum itu aku telah minum kopi segera di kamar hotel.

Selepas makan, aku menanti teksi... Dapat saja teksi, terus menuju Muzium Negara Temasek, sekali lagi aku mendapat soalan menarik daripada pemandu teksi, Muzium, di mana ya ? Alamak, 'turn off' betul. Sekali lagi aku terpaksa menunjukkan peta, kerana terlupa pula nama jalan tu. Si pemandu muda, menghantar aku terus ke muka pintu muzium. Wah, rasa agak terhormat layanannya (walaupun pada awalnya, ter'sentuh' kerana ketidaktahuan lokasi muzium oleh si pemandu :P).

Masuk ke dalam, sekali lagi, hari itu tetamu muzium tidak perlu membayar tiket masuk. :)
Di sambut oleh, karya artis ......... yang di 'commission' oleh muzium tersebut. Artisnya ada di situ bersama 2 orang tetamu. Aku ke ruang poskad, mengambil beberapa keping poskad percuma, kemudian datanglah beberapa orang pelajar Melayu, tidak pasti sama ada warga Temasek atau orang Johor. Yang kelihatan seorang pensyarah sedang membawa mereka ke situ, untuk melihat karya yang dipamerkan di muzium. :):):)

Kemudian aku ke kaunter untuk mengambil beberapa buah buku/katalog/pamplet. Aku meluru ke ruang dalam - Galeri Sementara. Tetapi di bahagian luarnya aku dihidangkan dengan karya Ruang RUpa. Ohhhh rupanya mereka dari Indonesia (sewaktu melihat, aku ingatkan mereka dari Temasek, tapi sesudah pulang KL baru ku tahu.... ). Melihat cara menyusun atur bahan pameran, mengingatkan ku kepada koleksiku. Arrhhhh kenapalah aku tidak meluangkan masa menyusun atur, koleksiku seperti sedemikian (tapi dengan gayaku tersendiri) ? Mereka jalan cerita, untuk bahan pameran aku sendiri. Aku bukan tidak boleh, tetapi boleh kan!  Masa ? Mmmm kalau bijak mengatur masa, boleh sahaja sebenarnya...

Masuk ke ruang galeri, ahhhhh kagum-kagum-kagum....

Melihat Restoran McDonald tenggelam
melihat rumah-rumah terapung
melihat video-video di celah dinding kecil
melihat duit-duit bersaiz besar
melihat figura-figura kecil dicurahkan 'plaster of paris'
melihat video yang memaparkan penduduk tetap Siam, berketurunan India/Sikh bertutur bahasa Siam dan mendaulatkan Bumi Siam


Dari ruang situ, aku ke tingkat 1. Berlegar-legar, menjengah Galeri Perfileman, kemudian ke Galeri Foto dan akhirnya mengintai Galeri Sementara. waaaahhh akan ada pameran 'keindahan hitam' lah! heehehehh...
Perasmiannya lagi beberapa hari, maka pintunya di 'pagar', tetapi pelawat dibenarkan mengintai-intai... ;)

Usai, aku pun bergerak turun ke bawah menuju Kedai Muzium Negara Temasek, tetapi terlihat 2 orang teman bersama kurator muzium Jepun di kafe berhampiran. Bertemu, berbual seketika.
Masuk kedai muzium, biasalah aku kan, tengok sana-sini, belek sana-sini, pilih dan bayar. Kemudian aku beredar, menuju SAM- sebenarnya menuju kedai SAM, mahu lihat katalog apa yang boleh kubeli. ;p

Di Kedai SAM adalah dekat setengah jam.... cepat-cepat-cepat, aku kesuntukan masa.
Setelah bayar, aku berkira-kira, nak naik teksi atau MRT ? ahhhhh jalan sesak, teksi pun susah nak dapat, apalagi naik MRT dari Bras Basah lah nampaknya. Nasib baik depan muzium je stesennya, dan boleh terus turun langsung di Payar Lebar.

Ala-ala 'walkathon' dah aku, kerana nak cepat. Terus ke Hotel 81 Classic, ambil beg, keluar hotel, ke perhentian bas nak mencari teksi. Tunggu sebentar, dapat teksi, terus di minta hantar ke Stesen Bas Lavender, yang selalu orang kata Stesen Bas ke Melaka (padahal, ada juga satu syarikat bas ekspres yang menyediakan perkhidmatan bas ke Kuala Lumpur). :)
Alhamdulillah, lagi 5 minit waktu bertolak ke KL (5petang) aku tiba di stesen bas. Pergi ke kaunter untuk menukar tiket elektronik kepada tiket asli.

Naik bas, duduk sebentar. Vroooommmm bas pun bergerak! Fuuuhhh lega, nasib baik tak tertinggal bas :P

Tiba di KL di Terminal Bas yang baru di Bandar Tasik Selatan. Huuuiiii besarnya terminal ni. Tercangak-cangak aku melihatnya. Mana nak mencari ruang menunggu -aku nak tunggu Adik. Memang renyah sikitlah tentang tu. Adik tunggu tempat lain, aku tunggu dia tempat lain. Lepas tu biasalah, aku kena bebel. :P

Setengah jam kemudian, kami selamat tiba di rumah Uwan! :)

ZZZZZzzzz....

Jumaat, 25 Mac 2011

12 Mac 2011 Dari 8Q ke SAM ke Old Kallang Airport

Sambungan daripada kisah lalu...

Daripada karya Shooshie, aku berkejar ke tingkat 1, belok kanan, masuk ke satu ruang bilik. Kosong, yang kedengaran cuma bunyi orang bertukang. KOSONG-CUMA BERBUNYI ORANG BERTUKANG (maaf aku lupa karya siapa, perlu dirujuk pada foto yang kuambil nanti). Kemudian masuk ke dalam satu ruang, mereka yang mengikuti 'tour' ada di situ.... Ooohh karya ISE. :) Mmmm ada 6 buah peti ais, ada yang ada skrin tv mini dilekatkan di pintu peti ais. Di dalam peti ais berisi makanan  yang berbeza. Ia menggambarkan gaya hidup 6 buah keluarga/rumah di Temasek - melalui pemakanan, penyusunan. Hehehehh makanan betul lah di dalam peti ais! :)

Kemudian kami ke ruang lain, ada lebih kurang 6 buah video yang menggambarkan pasangan kembar. 5 kembar   dua, dan sepasang (eh, sepasang kah ?) kembar tiga! Mereka di wawancara dalam sesi berbeza dan antaranya memberi komentar mengenai kembar mereka. Menarik ! :)

Ada beberapa lagi buah karya yang menarik....

Di dinding tangga, ada lakaran hitam putih. Ooohhh rupa-rupanya para tamu 8Q dibenarkan 'menconteng' dinding 8Q. Nanti ada pelukis yang akan melengkapkan ruang contengan tersebut dengan contengan beliau pula. Ada beberapa orang Jepun melukis bentuk botol air, nanti pelukis akan mengisi bentuk botol air itu dengan lakaran beliau. Waaaahhhh anda dibenarkan menconteng dinding, itu yang penting! Tapi sayang, aku tidak membawa pensil kala itu, rugi!

Setelah melihat kesemua karya di 8Q, aku menyeberang jalan menuju Singapore Art Museum (SAM) pula... Yeahhhh.... ;) ok, tak perlu bayar ya. Di kaunter masuk, aku memberikan 'donation' untuk katalog SB2011. Setelah itu aku pun berlegar-legar di ruang galeri sambil mengambil foto...

Tak sempat nak ke kedai muzium, aku beratur di lobi SAM, van pertama tidak dapat naik. Menanti lagi beramai-ramai dengan orang-orang yang tidak dikenali. Tujuanku ?

Ohhh aku hendak ke Lapangan Terbang Kallang lama....

Tiba di sana, aku menuju ke blok terminal utama. Putar-putar, keliling-berkeliling aku di ruang terminal itu tanpa lelah. Karya-karya artis luar negara. Karya audio visual, instalasi di sana-sini. Diantara ruang-ruang aku tertembung teman-teman dari KUala Lumpur. Bual-bual, foto-berfoto... Adakala terfikir juga, alangkah lebih gembiranya aku jika ada teman sekantor yang dapat berkongsi kegembiraan aku melihat karya-karya yang dipamerkan. Mmmmm untuk mereka melihat gaya dan cara karya-karya ini dipamerkan. Kerana ramai teman-temanku yang tidak pernah melihat karya sebegini. Alangkah,alangkah, alangkah... Mmmmm...

Aku keluar dari terminal utama, menuju khemah perasmian kemudian ke gerai makan minum. Aku membeli memesan kebab, sambil menunggu kebabku siap, sepasang kembar berusia 70an yang sangat aku kenali wajah mereka. Aku menegur mereka :) Mary dan .... (alahai lupa pula nama belaiu , maaf ya :( )  Kami bergambar bersama... hehehehhe... mereka ini berasal dari Kanada. Mereka merupakan pasangan kembar yang aku lihat di dalam salah satu video seorang artis di 8Q petang itu. Serius, aku tidak dapat membezakan mereka, sangat seiras!

Setelah makan petang, aku masuk ke Blok Barat. Putar-putar, foto sana-sini, teruja, gembira seorang diri! :P
hehhehhe....

Kemudian tertembung dengan Ica dan temannya. Ok, kami berjanji untuk bertemu semula jam 9malam dan beredar untuk makan malam bersama di Geylang Serai. Setelah itu, aku beredar ke Blok TImur, dan mereka berdua meneruskan ke ruang lain.

Di Blok TImur, aku sangat tertarik dengan karya Rafael Lozano-Hemmer : Frequency and Volume (2003), karya yang mengenalpasti gerakan bayang penonton (viewer) yang akan menukarkan frekuensi radio, kerana tubuh penonton seakan antena juga. ;) menarik. Ada sepasang penonton/pelawat yang kurasa penari, menari-menari mengerakkan tubuh mereka dan membentukkan bayang-bayang yang menarik. Siaran radio berubah-ubah mengikut gerakan mereka! Kami yang ada di situ sangat terpukau dengan gerakan tari mereka! ;)

Di ruang lain, karya Charles Sandinson pula menanti.... Language as as Mirror of the World (2010). Apa yang kulihat, ia seakan sungai berayat/ sungai kata-kata / sungai yang berkata-kata! Artis menggunakan perkataan-perkataan yang digerakkan seperti aliran sungai (sebenarnya 'computer-generated data projection'). Di situ, aku terserempak dengan SHooshie dan Fatina lagi... bual-bual lagi bersama mereka. ;)

Keluar dari blok, aku menuju khemah utama, menanti Ica dan temannya.....  Berbual sebentar bersama Ai Woei... Jam 9 lebih aku, Ica dan temannya menaiki MRT dari Stesen Kallang menuju Stesen Paya Lebar. Kami berjalan kaki menuju gerai makan.

Pesan makanan, alamak betul kata teman Ica, 'portion' makanan kedai itu sangat banyak!
Setelah makan kami berpecah, mereka pulang ke hotel mereka, dan aku pulang ke hotel ku....

Zzzzzz.... bersambung untuk keesokan harinya! ;)

Ahad, 20 Mac 2011

All I Need -Christina Aguilera






*Lagu daripada Christina untuk Max anaknya...


Kissing your lips, kissing you top to toe
Wishing for this, hoping for all you know
Hearing you breathe, you leave and return
Oh how we take, how we give, we learn
Taking my time, seeing the signs, letting you guide me home
Watching you grow, letting you know you are my only

You bring me hope when I can't breathe
You give me love, you're all I need
Slowly I'm holding you closely
You're wrapped in my arms
And you're inside me

I tell you my fears, telling you everything
Telling the truth to you gives me wings
Free with my words, free as a bird
I am flying high
Looking at you, everything new, you are my life

You bring me hope when I can't breathe
And you give me love, you're all I need
Slowly I'm holding you closely
So happy to carry you inside me

I'll feed you love and I hope it's enough to inspire you through suffering
Holding you up

You bring me hope when I can't breathe
You give me love, you're all I need
Slowly I'm holding you closely
You're wrapped in my arms
And you're inside me

La la la la




Sabtu, 19 Mac 2011

19 Mac 2011 Penyedap hati 2

Miss Congeniality 2 & Semerah Cinta Stilleto
-buat stok gelak-gelak....

Petang tadi aku menonton cerita Miss Congeniality 2.... dah bertahun filem ni di mainkan, baru kini aku menontonnya....


MISS CONGENIALITY 2
SANDRA BULLOCK
Fesyennya menarik! ;) Aku selalu sukakan warna... Tetapi warna hitam & putih selalunya adalah warna penyelamat - yang adakalanya membuat aku bosan.

    
Hohhoho salah satu fesyen penyamaran


Cerita ni dah 2 kali aku nonton.. Pertama kali nonton bersama Bonda.... Memang Bonda betul-betul gelak nonton filem ni.... Melihat telatah Cat Farish yang lucu!

Semerah Cinta Stilleto (2010)



16 Mac 2011 Seperti dalam gambar

SERABUT

19 Mac 2011 Penyedap hati....

get your free blog banner at emilayusof.com

get your free blog banner at emilayusof.com
-Aku selalu menggunakan kaedah ini.... Terapi untukku...

Ilustrasi oleh Emila Yusof. :)

Khamis, 17 Mac 2011

Ya Allah Nur -Opick





Dalam hitam kelam malam
Dalam sepi rinduku ya Allah
Suara rintih dalam dada
Dahaganya hati tanpa Mu
Ya Allah Ya Allah
Karna jiwa yang meronta
Hampa segala tanpa cahaya Mu
Ya Allah Ya Rahman
Ya Allah Ya Rahim
Subhanallah wabihamdihi
Subhanallah hil adzim…2x
Dalam lelah dalam resah
Dalam bimbang hilang arahku Zikrullah
Karena jiwa yang meronta
Hampa segala tanpa cahaya Mu
Allah Ya Nurul
Allah Ya Nurul Mukminin
Allah Ya Nurul Adzim
Allah Allah Ya Nur

Rabu, 16 Mac 2011

Bisikan Cinta -One Nation Emcee 'Careless Whisper versi Bhs. Melayu'





Bisikan cinta menghantui diriku ini
Masa tak henti
Bisikan cinta menghantui
Diriku kini terasa merana
Kau segala buat diriku
Tapi kau berpunya
Ku ingin luahkan apa rasa di hati
Kata hati yang ku pendam selama ini
Ku cinta (kau cinta)
Ku cinta (kau cinta)
Kau cinta (ku cinta)
Kau cinta (ku cinta)
Ku ingin luahkan apa rasa di hati
Kata hati yang ku pendam selama ini
Ku cinta (kau cinta)
Ku cinta (kau cinta)
Kau cinta (ku cinta)
Kau cinta (ku cinta)
Secara jujur ku masih mencintaimu
Secara jujur tak dapat ku lupakanmu
Tak payah dan tak perlu ku cerita tentang lara
atau kesepian yang tidak ku tahu akhirnya
Ya kini kau tiada tapi dia bagaimana
Mampukah dirinya jadi belahan nyawa
Hentikan bisikan yang bermain di fikiranku
Ku sayang dia seperti aku sayang kau dulu
Termenung kosong cerita cinta si dia
Sedih tidak cemburu mungkin iya
Tiga batu permata ku dapat hanya duka
Biar aku sengsara suka di dalam luka
Biar perit akan ku telan jua
Agar dikau bahagia ku buat apa saja
Anganku moga kita bersama
Rela aku merana lihat dikau bersama
Akhirnya aku pasrah
Oooo
Masa tak henti
Bisikan cinta menghantui
Diriku kini terasa merana
Kau segala buat diriku
Tapi kau.. kau berpunya
Chorus
Walaupun kau bersamanya
Kau tetap aku yang punya
Biar ku telan pahitnya
Agar kau bahagia
Siang dan malam aku menanti
Walau diri ku tak dipeduli
Sayang kau tak menyedari
Cinta mu ada disini
Kehilangan satu-satunya sandaran jiwa
Dihujani luka berembun penyesalan
Membiarkan ilusi karut memapah emosi
Cakerawalaku buta cahaya hilang kemana (satu rasa)
Takkan mati takkan pergi takkan berganti (umpama)
Akal dan hati tidak pernah berkomunikasi
Di batas kehampaan dan kerinduan
Aku doakan bahagia buat dirimu dan dia
Bisikan cinta menghantui diri
Bisikan cinta menghantui diri ku kini
Dengarlah rintihan hati
Suara jiwa ku ini
Moga kau kan tempuhi
Segala rintangan yang bakal menanti
Tanpaku menemanimu
Kau tetap di ingatanku
Namun masa dah berlalu
Ulang Chorus 2X
Masa tak henti
Bisikan cinta menghantuiku

Insha Allah - Maher Zain (bahasa Melayu)






Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu
Chorus
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu
Ulang Chorus
Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Ulang Chorus

*kan kuputar lagu ini berulang kali....