Jumaat, 25 Mac 2011

12 Mac 2011 Dari 8Q ke SAM ke Old Kallang Airport

Sambungan daripada kisah lalu...

Daripada karya Shooshie, aku berkejar ke tingkat 1, belok kanan, masuk ke satu ruang bilik. Kosong, yang kedengaran cuma bunyi orang bertukang. KOSONG-CUMA BERBUNYI ORANG BERTUKANG (maaf aku lupa karya siapa, perlu dirujuk pada foto yang kuambil nanti). Kemudian masuk ke dalam satu ruang, mereka yang mengikuti 'tour' ada di situ.... Ooohh karya ISE. :) Mmmm ada 6 buah peti ais, ada yang ada skrin tv mini dilekatkan di pintu peti ais. Di dalam peti ais berisi makanan  yang berbeza. Ia menggambarkan gaya hidup 6 buah keluarga/rumah di Temasek - melalui pemakanan, penyusunan. Hehehehh makanan betul lah di dalam peti ais! :)

Kemudian kami ke ruang lain, ada lebih kurang 6 buah video yang menggambarkan pasangan kembar. 5 kembar   dua, dan sepasang (eh, sepasang kah ?) kembar tiga! Mereka di wawancara dalam sesi berbeza dan antaranya memberi komentar mengenai kembar mereka. Menarik ! :)

Ada beberapa lagi buah karya yang menarik....

Di dinding tangga, ada lakaran hitam putih. Ooohhh rupa-rupanya para tamu 8Q dibenarkan 'menconteng' dinding 8Q. Nanti ada pelukis yang akan melengkapkan ruang contengan tersebut dengan contengan beliau pula. Ada beberapa orang Jepun melukis bentuk botol air, nanti pelukis akan mengisi bentuk botol air itu dengan lakaran beliau. Waaaahhhh anda dibenarkan menconteng dinding, itu yang penting! Tapi sayang, aku tidak membawa pensil kala itu, rugi!

Setelah melihat kesemua karya di 8Q, aku menyeberang jalan menuju Singapore Art Museum (SAM) pula... Yeahhhh.... ;) ok, tak perlu bayar ya. Di kaunter masuk, aku memberikan 'donation' untuk katalog SB2011. Setelah itu aku pun berlegar-legar di ruang galeri sambil mengambil foto...

Tak sempat nak ke kedai muzium, aku beratur di lobi SAM, van pertama tidak dapat naik. Menanti lagi beramai-ramai dengan orang-orang yang tidak dikenali. Tujuanku ?

Ohhh aku hendak ke Lapangan Terbang Kallang lama....

Tiba di sana, aku menuju ke blok terminal utama. Putar-putar, keliling-berkeliling aku di ruang terminal itu tanpa lelah. Karya-karya artis luar negara. Karya audio visual, instalasi di sana-sini. Diantara ruang-ruang aku tertembung teman-teman dari KUala Lumpur. Bual-bual, foto-berfoto... Adakala terfikir juga, alangkah lebih gembiranya aku jika ada teman sekantor yang dapat berkongsi kegembiraan aku melihat karya-karya yang dipamerkan. Mmmmm untuk mereka melihat gaya dan cara karya-karya ini dipamerkan. Kerana ramai teman-temanku yang tidak pernah melihat karya sebegini. Alangkah,alangkah, alangkah... Mmmmm...

Aku keluar dari terminal utama, menuju khemah perasmian kemudian ke gerai makan minum. Aku membeli memesan kebab, sambil menunggu kebabku siap, sepasang kembar berusia 70an yang sangat aku kenali wajah mereka. Aku menegur mereka :) Mary dan .... (alahai lupa pula nama belaiu , maaf ya :( )  Kami bergambar bersama... hehehehhe... mereka ini berasal dari Kanada. Mereka merupakan pasangan kembar yang aku lihat di dalam salah satu video seorang artis di 8Q petang itu. Serius, aku tidak dapat membezakan mereka, sangat seiras!

Setelah makan petang, aku masuk ke Blok Barat. Putar-putar, foto sana-sini, teruja, gembira seorang diri! :P
hehhehhe....

Kemudian tertembung dengan Ica dan temannya. Ok, kami berjanji untuk bertemu semula jam 9malam dan beredar untuk makan malam bersama di Geylang Serai. Setelah itu, aku beredar ke Blok TImur, dan mereka berdua meneruskan ke ruang lain.

Di Blok TImur, aku sangat tertarik dengan karya Rafael Lozano-Hemmer : Frequency and Volume (2003), karya yang mengenalpasti gerakan bayang penonton (viewer) yang akan menukarkan frekuensi radio, kerana tubuh penonton seakan antena juga. ;) menarik. Ada sepasang penonton/pelawat yang kurasa penari, menari-menari mengerakkan tubuh mereka dan membentukkan bayang-bayang yang menarik. Siaran radio berubah-ubah mengikut gerakan mereka! Kami yang ada di situ sangat terpukau dengan gerakan tari mereka! ;)

Di ruang lain, karya Charles Sandinson pula menanti.... Language as as Mirror of the World (2010). Apa yang kulihat, ia seakan sungai berayat/ sungai kata-kata / sungai yang berkata-kata! Artis menggunakan perkataan-perkataan yang digerakkan seperti aliran sungai (sebenarnya 'computer-generated data projection'). Di situ, aku terserempak dengan SHooshie dan Fatina lagi... bual-bual lagi bersama mereka. ;)

Keluar dari blok, aku menuju khemah utama, menanti Ica dan temannya.....  Berbual sebentar bersama Ai Woei... Jam 9 lebih aku, Ica dan temannya menaiki MRT dari Stesen Kallang menuju Stesen Paya Lebar. Kami berjalan kaki menuju gerai makan.

Pesan makanan, alamak betul kata teman Ica, 'portion' makanan kedai itu sangat banyak!
Setelah makan kami berpecah, mereka pulang ke hotel mereka, dan aku pulang ke hotel ku....

Zzzzzz.... bersambung untuk keesokan harinya! ;)

2 ulasan:

siti zainon berkata...

Wah, wahai jalan sendiri lagi dia. Kita di mekah juga tawaf sendiri heeee...jalan kaki ramai ramai, tapi hilang berpecah, jalan sendiri...dapat buat terjemahan al quran, amat tenang. tapi mak 2 dan cik kak si Turki sibuk nak bekenalan. Kenal dengan Kurdyes heeee kurde ye kurde nya...yang di Al Quds juga dah masuk ke fb...aneh rupanya dunia selengkar saja...saluem, saluem ya habibi , ni nak masuk lagi ke Bukit Sinai...ke bukit Khahfi, hujan gerimis, dingin, eh tak sanggup nak ke Laut Mati di negeri Sodom....heeee (Nota Baitulmaqdis)

melor oh melor...melor oh melor... berkata...

heheheheh.... aktiviti mendadak hingga membawa ke temasek.... ;o

kisah disebalik kejadian laut mati...
mmmm...

kisah ashabul kahfi.
kesemuanya menunjukkan kebesaranNya...