Semalam, 16 September 2009 merupakan hari yang sangat memenatkan aku. Huhuhu..... tetapi tidaklah menjadikan aku 'moody'. Mujurlah...
Daripada Kak Lin -terima kasih! :)
Mana tidaknya, sampai pejabat, buat persediaan untuk mesyuarat - kemas kini fail yang berkenaan. Selepas mesyuarat di Blok C, patah balik ke kubikel aku di Blok A. Duduk sebentar di waktu senggang - waktu rehat tengahari. Kemudian di panggil seorang teman untuk mengutip 'duit raya' - aku tukar duit raya di pejabat sendiri,mujurlah, senang! Kira-kira duit, duduk berbual dengan Cik Manan. Melor cuti sebelum raya sahaja ke? Ya Cik Manan, tetapi kan saya rasa macam nak tambah cuti lagi. Boleh ke? Bila awak nak cuti ? Hari Rabu ke. Lagipun bukannya ada ramai kat pejabat nanti. Mmmm awak tanya pengurus dan pengarah dulu, jika mereka OK, oklah. Baik Cik Manan.
Kepala aku ligat memikirkan nak cuti ke tidak nak cuti ke tidak. Aku lihat senarai nama yang memohon cuti hari raya... Mmmmm. Cuba sajalah petang nanti, nak mohon hari Rabu. Tak pun Jumaat. Lagi pun, adik pulang cuti beraya di rumah pada hari Rabu. Jadi lebih baik ok mohon cuti, kalau tak, tak merasalah aku beraya dengan Adik.
Lepas tu, aku membuat aktiviti pengagihan duit-duit raya. Ya beberapa orang teman dan keluargaku telah memesan untuk membuat penukaran duit raya melalui ku. Inilah masa untukku mengagihkannya.... Beres!
Mendapat panggilan telefon daripada Che Kem, ingin membeli sampul duit raya. Oklah aku bergegas ke tingkat 14 beli sampul duit. Sebelum tu kena panggil dengan orang atasan, meminta pandanganku... Mmm.... Singgahlah sekejap. Waduh kena pergi stor nampaknya selepas ini....
Selesai urusan pembelian sampul duit, turun ke tempatku dan berbicara dengan pengurusku.
Mendapat panggilan Che Kem akan tiba sebentar lagi. Alamak!
Ok ke stor dengan teman-teman - urusan kerja yang 'urgent' sambil membawa berkepuk-kepuk duit.... Hohoho yo yo oooo je... Takdanya berkepuk-kepuk. :P tapi banyak jugalah nilainya.
Setelah Che Kem kata dah nak sampai, aku turun lagi ke Annexe. Ketemu dan menyerahkan duit-duit Raya kepada Che Kem, Jepp dan Jiji. Saling memberi ucapan hari raya dan memohon maaf. Gembira dapat bertemu mereka.
Naik semula ke stor. Selesai 1 kerja di sana, pulang semula ke kubikel ku. Terima panggilan telefon lagi. Ada tempahan sampul duit lagi. Naik lagi ke tingkat 14.
Kena panggil dengan pengurusku. Kemudian turun semula ke Lobi. Bertemu Emma dan Abg. Rosman. Di atas permintaanku, Abg Rosman bersajak Aidilfitri! Hikhikhhkihkik....
Jam dah pukul 4.30 petang. Akhirnya baru aku dapat duduk diam sebentar di kerusiku......
Lega. Kalau hari-hari macam gini boleh kurus kot! Ceh... yelah tu....
Baca emel, alamak ada suratku yang kena diambil di Unit Mel. Aduhhhhhhh kena pergi ke Blok C lagi! Turun dan ke kaunter, petugas di situ kata surat tiada, mungkin sudah dikirim melalui telelif ke pejabat ku. Aduh! Sabar-sabar-sabar...
Patah balik dan memanjat tangga pulang ke blok ku. Mmmm....
Sampai saja ke pejabat, aku lihat di dalam kotak surat, ya ada banyak surat di dalam kotak itu. Termasuk untukku. Nasib baik.
Kulihat nama pengirim, Nurman Hakim. Oopsss Norman ? Masa tu kepala aku terfikir Norman KRU! ahaahhaha macam manalah aku boleh fikir Norman KRU pula. Macamlah dia kenal aku. Walaupun 2 kali seumur hidupku memang pernah berbicara dengannya. Tetapi tentu sahaja dia tak ingat pun. Fikir lagi, kemudian terlihat alamat pengirim. Laaa dari Jakarta.
oooohhhh sudah kutahu apa isi kandungan parsel itu. DVD lah tu, DVD yang dikirimkan untuk kami sekeluarga. Filem arahannya.
Nurman Hakim ini suaminya Nan Achnas. Nan adalah produser filem di Indonesia. Nan merupakan puteri Nas Achnas, produser filem di Malaysia pada tahun 1960an dahulu. Dia merupakan sahabat baik keluargaku. Sekarang ini bakat perfileman sudah tertumpah ke Kak Triv (panggilan untuk Nan Achnas). Aku tidak berapa mengenalinya - kerana mereka telah pulang ke Jakarta pada tahun 1970an. Tetapi adalah beberapa kali aku bertemu Nenek Ida (ibunya Kak Triv) dan Kak Geni. Ya dengan mereka aku lebih biasa.
Kali terakhir ketemu Nenek Ida dan Kak Geni pada tahun 2007 di Jakarta. Kami makan nasi padang. Enak betul!
Jam 6.15 aku keluar pejabat dan berbuka puasa dengan Bonda di Restoran Resepi Rahsia.

Pulang di rumah, barulah aku membuka sampul parsel itu dan lihat DVD nya... Filem 3 Doa 3 Cinta. Lakonan Dian Sastrowardoyo, Nicholas Saputra dan Jajang C Noer. Tentang 3 pelajar pesantren dan cita-cita mereka.
Ok mungkin malam ini 17 September akan ku nonton filem ini.
Sekarang ini aku masih menunggu kiriman DVD daripada Rose : Perempuan di kalung Sorban.... Tulisan Kak Abida, daripada novel di angkat menjadi filem.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan