Jumaat, 18 September 2009

18 September 2009 Jika Aidilfitri hari Ahad...

  • maka esok, Sabtu 19 September 2009 merupakan hari terakhir umat Islam berpuasa untuk tahun ini. Sedihnya...
  • maka esok, kami sekeluarga akan masak rendang. rendang daging ke ayam. daging ke ayam. daging ke ayam. ?
  • maka esok malam akan ada orang kampung yang akan menziarahi rumah Wan ku untuk bertakbir malam raya... Syahdu betul! Tapi yang penatnya, menunggu mereka datang, kerana kebiasaannya rumahku ini yang hujung-hujung. Adakala jam sudah menunjukkan 11.30malam baru mereka tiba. Sampai dah mengantuk menunggu.
  • tahun ini adik kena bertugas, tidak dapat cuti pada awal Syawal. dia akan pulang ke gombak pada hari raya keempat, Rabu nanti.
  • kena membuat persiadaan bahan-bahan untuk juadah pagi raya seorang diri, kalau ada adik cepat sikit, dia kan lagi pro memasak... :P hehhehe. Yea. Nak masak SOTO CIK MINAH. mmmm rindunya dengan Cik Minah, apalah khabar dia di Indonesia. Semoga sihat dan kami akan bertemu semula....

Tiada ulasan: