Sudah hari kedua Syawal... ;)
Hari ini Melor dan Bonda ke rumah Nekcu berhari raya... bertemu Pakcik Alih@Aris anak Tok Talib dan isteri. Rupanya mereka tinggal di Kubu Gajah... Dah bertahun aku tak jumpa Pakcik Alih, lucu juga orangnya....
Di rumah Nekcu dan Tok Cu sekarang ni cuma tinggal keluarga Kak Mah. Yang lain-lain sudah pulang ke kampung suami atau isteri masing-masing.
Makan cucur bawang dan ketupat bersama kuah kacang Nek Cu. Sedaaaaaaapppppnyaaaaa.....
Maklumlah dah 2 tahun rumahku tak buat kuah kacang. hehehheheh... oklah raya tahun hadapan aku cuba buat lagi ye! :p
Lepas tu aku dan Bonda ke rumah Kak Linda dan Cik Kam... alamak sedang menulis ni, teringat pula baju dan tudung yang tertinggal kat rumah mereka tu sejak bulan 3 lagi... waduuuhhh lupa lagi nak ambil!
Di sana kami makan tengahari - petang.... sambil mendengar Cik Kam bercerita....
Telefon bimbit Cik kam berbunyi, katanya Abg Yin telefon nak datang. Ok ketemu dia, dah lama juga tak jumpa dia. Kali terakhir sewaktu kami terserempak di KLCC, dia bersama teman. Tak ingat tahun bila, mungkin tahun lalu atau 2 tahun lalu.
Petangnya Pak Ngah, Mak Ngah dan Kak Su datang, nasib baik mereka SMS Bonda dulu. Kalau tak, tentunya mereka sudah sampai di rumah kami, dan kami pula tiada di rumah kerana masih lagi di rumah Cik Kam. Bual dan mendengar lagi cerita zaman dulu-dulu sewaktu 40an - 50an daripada mereka...
Lewat petang Bonda dan aku membawa Cik Kam dan Kak Linda pusing-pusing KL. Cik Kam dah lama tak keluar rumah dan melihat bandar. Singgah minum-makan di Old Town White Coffee di Jalan Yap Kwan Seng... mmmm Jalan Yap Kwan Seng.... mmm... nampak bangunan itu.... ya bangunan itu... ;(
Dulu masa bulan 3, aku pernah berencana dengan Ayeen nak minum di OTWC di sana. Sekarang sudah tertunai, cuma lain kali mungkin akan pergi lagi dengan Ayeen. Ayeen sekarang ini berulang alik ke Klang kerana cinta hatinya tidak sihat, dengarnya sakit teruk. Kurang jelas ceritanya, harap-harap kami akan bertemu dan berkongsi cerita... Lama juga tak jumpa Ayeen, dan tahun ini kami tidak sempat berbuka puasa bersama...
Ok sudah waktu pulang....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan