:) Isnin lalu, Kak Setiausaha bertanyakan aku : Minat Anuar Zain tak?
Ku jawab : Suka juga, tapi tidaklah fanatik dengan dia... (aku memang suka lagu-lagu dia pun....) ;)
Kak Setiausaha : Kalau ada orang tawar untuk menonton persembahan dia, mahu tak ?
Ku jawab : Jika tiketnya tidak terlalu mahal bolehlah... Bila ?
Kak Setiausaha : Ada tiket percuma, persembahan Rabu ini... Mahu tak ?
Ku jawab : Ohhh kalau siang macam susah sikit, malam ok je.
Kak Setiausaha : Sianglah...
Ku Jawab : Alahai.. payah sikitlah Kak... Tengah sibuk sekarang ni. Lagipun kena minta kebenaran 3 orang bos...
Kak Setiausaha : OK, akak yang tanyakan pada mereka ya.
hohohhoho.... :P ketiga-tiga bos ku mengizinkan ku pergi, dan kebetulan tiada mesyuarat untuk hari tersebut.
Hari yang ditunggu tiba, dan pagi itu aku bertungkus-lumus menyiapkan kerja mana yang perlu....
11.45 pagi, aku dan seorang lagi teman macam lipas kudung mengejar waktu. Kami berdua bersama Kak Setiausaha dan 2 lagi teman baru dari jabatan lain juga pergi bersama ke JW Mariott.
:P hohohoho... inilah pertama kali aku ikut makan tengah hari Hari Setiausaha. Manalah pernah pergi, aku kan bukannya Setiausaha pun... tapi dah ada tiket dan peluang depan mata, pergilah kan! terima kasih bos-bos ku!
Makan dan minum ok, enak juga -Fusion Style.
Aku lihat orang disekelilingku kian resah dan mengantuk kekenyangan. Semua ternanti-nanti di manalah AZ ni..... Yang ada tadi adalah pengacara petang itu -Zher. Cantik dengan rambut barunya.... Pakaian ala kemban.
Sewaktu di hidangan terakhir, barulah AZ muncul! Hoohohooho semua orang segar kembali!
Secara keseluruhan, aku boleh senyum hingga ke telinga melihat persembahan AZ. :)
Walaupun ada beberapa orang yang tidak berpuas hati dengan acara itu... Kata mereka terlalu banyak lagu orang lain. Mmmmm banyak ke? Aku rasa tidaklah banyak sangat. Entahlah mungkin kerana aku pertama kali melihat persembahan dia.... Mungkin kerana mereka lebih fanatik dan mengikuti perkembangan dia. :P
Ada 2 lagu baru yang dinyanyikan, jika tidak salah pendengaranku mungkin bulan 9 album terbarunya akan keluar. Aku rasa satu lagu itu dicipta oleh penggubah Indonesia. Sedap lagu tu, tapi aku lupa judulnya...Sekarang ini aku tahu bagaimana fanatiknya peminat-peminat AZ! MasyaAllah... Hohohoho berpusu-pusu dan aku yang cuba nak ambil gambar pun sampai ditolak-tolak! Ishishishish.... dan mereka itu bukannya muda-muda pun... hehheheh...






2 ulasan:
kesian berhibur tanpa banyak fikir senangnya kerja setiausaha ada yang hiburkan...kersian para profesor, siapa nak naikan mereka???oiiiiii beginilah nasib kakakakakakkkhhhhhh eh nuar enh zain eh anak pak zain hingga acara PADAT pun nak jemput dia....duhai ahmad jaiz, duhai herman tino orang selangorpun nak lupakan dikau.....
sewajarnya anak-anak murid profesor2 yang sudah berjaya apa lagi yang sudah ternama meraikan mahaguru mereka....
huhuhuhuh teringat para guru ku...
Catat Ulasan