Sabar... sabar... sabar....
Jengkel ? Kian lama makin bertumpuk kejengkelanku....
1. Orang yang tidak beradab
- Perkara yang amat menjengkelkan aku ialah apabila berhadapan dengan orang yang tidak beradab! Huhuhhuu.... sabar-sabar-sabar... :(
Bukan tidak pernah orang menegur, tetapi mungkin telinganya sudah tebal, maka teguran tidak tertusuk ke sanubari.
2. Buat kerja dengan mulut, bukan dengan akal, hati dan tangan
- Perkara yang boleh diselesaikan dengan tenang, menjadi huru-hara kerana kekecohannya. Menjadi bertambah serabut jadinya... Tak bolehkah buat kerja dengan senyap ? Tak perlulah satu dunia tahu apa yang sedang anda lakukan!
3. Bermain-main dengan masa
- Jika sudah tahu pertemuan pukul 9.20pagi, janganlah pula masa tu juga baru nak bersarapan. Bila diberitahu bahawa orang sekian-sekian turut hadir, mahu pula terus datang, tak jadi makan.
- Sudah di minta makan awal tengahari kerana ada pekerjaan yang ingin dilaksanakan tengahari tersebut, katanya masih kenyang. Tetapi di saat akhir, tika sudah hampir waktunya, barulah nak pergi makan pula!
4. Diberi betis mahukan peha pula
- Sudah di buatkan senarai keperluan yang perlu dibawa, masih juga 'dengan sengaja' tidak membawanya. Mujurlah aku bawa barang-barang tu.
5. Belum cuba sudah mengalah
- HUhuhhu jika aku boleh, kenapa kau tidak boleh.... apa salahnya mencuba, kadang-kala ia tidak susah pun. Tapi kau teragak-agak untuk mencuba. Belum apa-apa sudah mengalah, tak bolehlah, tak fahamlah. Alahai-alahai.....
5. Mengusik/mengacahku seperti anak kecil
- Aduhai... ini lagi satu. Adakala mereka bergurau, dengan mengacah atau memujukku seperti anak kecil. Alamak, lemasnya aku apabila diperlakukan begini. HUhuhhuhu.... tolonglah, aku bukan adik-adik atau anak buah kalian, untuk diperlakukan begitu!
Errrrrr......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan