18 Mei lalu aku tiba-tiba teringatkan perancangan Bonda ke Taiping. Bonda berulang-kali bertanya sama ada aku ingin mengikutinya ke sana atau tidak. Kataku tidak pasti - kelamaan aku lupa dek kekangan kerja yang menggunung. Tapi pada tarikh itu keinginan untuk turut serta, terpanggil juga. :P
Esoknya 19 Mei tengahari barulah aku terkial-kial membeli tiket keretapi ke Taiping, pergi balik 20-23 Mei 2011. Weeeeee.... ;)
Jam 6.30pagi Jumaat, Adik menghantar aku dan Bonda ke KL Sentral. Hampir jam 7pagi kami pun tiba dan menuju ke Dunkin Donuts untuk bersarapan pagi. Tapi tidaklah pula kami menjamah donut pagi-pagi tu, sebaliknya Bonda memilih roti dan telur separuh masak dan aku memilih Tuna Wrap.
7.40 pagi kami telah turun ke bawah menuju Platform keretapi yang telah tiba.
8.05pagi keretapi pun meluncur dari perlahan ke laju menuju Taiping. Bonda dan Aunty Zaiton duduk di P1 manakala aku seorang diri duduk di Q1.
Sebelah ku kosong sehinggalah di suatu stesen ada seorang perempuan duduk di sebelah ku ketika aku terlena.... Memang aku lena zzzzzzz sehinggalah dia nak turun di Slim River pula. :P
Kemudian aku zzzzz lagi...
Di suatu stesen, aku terasa ada orang lain pula datang dan duduk di sebelah. Terjaga, lepas tu lelap lagi aku zzzzzzz...... Maaf malam sebelumnya aku cuma tidur selama sejam, jadi di dalam keretapi aku Qadha' tidurlah tu..... Hohhohhoho...
Kemudian telefon berdering - bonda ajak ke kafe- minum & makan. Ok!
Bonda tiba di gerabakku dan aku bangun. Lelaki di sebelah ku ingat aku sudah ingin turun, tetapi tidak, kukatakan padanya aku mahu ke kafe.
Ke kafe, alamak, tidak seperti keretapi di waktu malam, ruang makannya sudah lain. Cuma ada kerusi dan mejanya cuma perlu ditarik dari bahagian belakang kerusi hadapan. Alahai tak best pula begini. Kalau dulu ada meja yang sempurna untuk makan dan berbual bersama teman-teman. tetapi kini tidak lagi. Mmmmmm....
Setelah minum, kami ke gerabak masing-masing. Akhirnya aku dan lelaki di sebelah bercerita serba sedikit. Ohhh dia pelajar USM jurusan fizik, dari Kampar (kampungnya) menuju USM kerana ada kerja yang perlu dibereskan. Hehhehe aku ingatkan dia kuliyah agama (apa-apa jurusanlahkan).
12.40 petang aku sudah bersedia di ruang pintu keluar. Kerana sepatutnya 12.50petang keretapi akan tiba di stesen Taiping. Tunggu punya tunggu akhirnya jam 1.30petang baharulah tiba. Hhuhuhuu... Lewat kerana sebelum itu keretapi berhenti lama di stesen Sungai SIput. Bulan lalu pun begitu, sepatutnya aku tiba di Kuala Kangsar jam 2.30 pagi, tapi akhirnya tiba jam 3.30 pagi. Haduuuiiii... Lebih baik jangan paparkan pada jadual, waktu ketibaannya awal, saya ingin mencadangkan letak pada jadual sekurang-kurangnya setengah jam lewat. mmmmm
Bonda sangat lega melihat Stesen Taiping masih ada bangunan lama walau pun jalur keretapi itu sudah berganjak dan dibaik pulih. Tidak seperti di Stesen Kuala Kangsar yang mana nasib bangunan lama adalah sangat menduka citakan kami yang sangat mencintai bangunan seni bina lama. Bangunan stesen kereta api Kuala Kangsar sudah dirobohkan, sedih sekali! Harap-harap bangunan lama stesen kereta api Taipin akan tetap diutuhkan, dipulihara agar bertahan sehingga beratus tahun lagi. Seperti mana bangunan-bangunan lain di luar negara yang masih lagi dipulihara oleh negara tersebut. Tidak mengapa jika akan di bina bangunan baharu, tetapi janganlah pula dirobohkan bangunan lama ini.
Di stesen, Cikgu Rose, Munif , Cikgu Salleh dan Abg Hamidon sudah menunggu kami bertiga. Eh, aku ingatkan Kak Roslaini yang datang (kerana aku sudah terbaca blognya ;) ).
Kami semua menuju Casa Persona Homestay, Taman PAlong Maju, Simpang. Kami menetap di sana sepanjang kembara ini... Di sambut oleh Nini dan Kak Ros.
Sila buat macam rumah sendiri ya. ;)
Rehatkan diri....
Petangnya kami berkumpul bersama peserta lain yang bertambah....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan