Jam 1pagi aku tiba di rumah Ayeen. Lewatnya aku tiba rumah dia. :P Yalah Jumaat malam tu, aku sampai rumah dekat pukul 10. Pilih-pilih pakaian, kemas beg, lepas tu terkial-kial nak buat hadiah Cik Ayeen kita ni...
Kul 12 pagi, keluar rumah, SMS Ayeen yang aku dan Adik nak pergi makan dulu, dekat belakang rumahnya sahaja. OK.... Sehari sebelum tu aku dah tanya Ayeen sama ada aku boleh datang lewat malam ke, dan dia kata ok. Yelah masa aku sampai pun, orang yang pelamin tu, masih lagi membina pelamin.... Huhuhuhu sampai pukul 3 pagi baru siap. Huaaaahhhh ngantuk.
Masuk bilik, tengok hantaran Ayeen. Cantik Ayeen buat. :)
Lepas kemas apa yang patut sambil berbual, sampai terlelap zzzzzzzzzzzz....
Siangnya, Nani dan anak-anak menjengah... Comel betul si Qhayra ;)
Saudara-mara, jiran-jiran dan teman-teman Mak Ayeen mulai datang ke rumah... Hasni pun tiba menghantar Sireh Junjung untuk Ayeen - hadiah hantaran untuk pihak lelaki.
Si Zana, tukang solek Ayeen pun tiba. Begitu juga Abang Man, jurugambar rasmi Ayeen. Zeflin pula, teman sekolah rendah kami sibuk menyediakan makanan di khemah makan. Mmmmm menyelerakan aku tengok ulam-ulam segar yang dihidang Zeflin ;)
Petang itu, lebih kurang 3 petang, Ayeen & Shahrul pun selamat dinikahkan oleh Ayah Ayeen sendiri. Alhamdulillah. Selamat Pengantin Baru Ayeen & Shahrul!
Semoga bahagia ke akhir hayat ya....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan