Hari ini hari lahir Adik yang ke 29 tahun ;) tadi sepulang kerja kami berdua makan sate di simpang Jln Tun razak-semarak, kat depan menara celcom nun.
Maaf din, layanan Kedai tu hari ini memang kureng. 'spoilt mood' awak yang sangat lapar tu. :p
Hari ni juga hari lahir Ayah Cu yang ke 47. Nanti ya, Lor bawa ke LK. Kita semua makan ramai-ramai di Sana. Mmmm rencana aku nak bawa Ayah makan di Sana memanglah tidak kesampaian. Huhuhu.
Tengahari tadi aku, Yam Dan beberapa orang teman berjumpa bekas ketua jabatan kami. Terima kasih datang ya Fawzy... ;)








2 ulasan:
Bismillahhirahmanirrahim..dalam penerbangan Medina-KL malam tadi (8 Dis 2011) ...terkenang 29 tahun lalu di Sambhi Klinik, lahir puteraku Imanurdin Wira anugerah Allah...kukenang detik itu...perawwat perempuan atas arahan Dr Sambhi menyambut kepala bayi dan Dr Nik yang kerap mengingatiku, " berdoalah kepada Allah agar bayi lelaki ini selamat ke dunia".Senja tiba di langit.. Cahaya senja mencecah horizon langit aku dikejuti suara pramuraga Mesir, Muhammd... beautiful maghrib light, you like it? " Selamat hari lahir anakada.
yes I like..
Catat Ulasan