Hari ni hari yang agak sibuk.... :P sibuk sangatkah? mmmm Ntahlah.... sepatutnya ada 3 mesyuarat yang menuntut kehadiranku... Tetapi berapakah yang kuhadir? 1, cuma 1... Isyisyisy....
Mesyuarat 1-10.30pagi- aku tak dapat nak hadir kerana mesyuarat 2 lebih penting dan aku sedang menyiapkan diri dan bahan-bahan untuk mesyuarat 2. tetapi merencana akan ke mesyuarat 1 setelah mesyuarat 2 selesai.
Mesyuarat 2-11.00 pagi-sepatutnya mesyuarat 2 bermula, tetapi oleh kerana seksyen sebelum seksyen ku bermula, maka aku dan rakan seseksyen terpaksa menunggu giliran. Jam 12 rakan ku tanya, jadi ke mesyuarat ni? hehehe tunggulah kejap... tunggu-tunggu-tunggu... mmmm jam 12.20 tengahari baru habis mesyuarat mereka... aduhhh maknanya tangguh lagi mesyuarat seksyen aku ni.... huhuhu... yelah waktu makan tengahari lagi 10minit... mmmm kemudian aku pun terima emel daripada setiausaha Mesyuarat 1... :P dah terima undangan Mesyuarat1 untuk minggu hadapan! aduhhh.... pastinya mereka pun baru habis bermesyuarat, dan sudah hantar undangan baru... :P
Makan tengahari..... Sehingga jam 1 aku dan Kak Tini menunggu si Yam... tak habis

lagi mesyuarat dia? semasa di pintu lif, kami terserempak, yam kata dia nak makan di kafe sahaja. Oh ok... akhirnya aku makan berdua bersama Kak Tini.... Menarik makanan tengahari Kak Tini - Dim Sum.. sedap! ok lain kali aku nak cuba belilah... makanan tengahari aku pula ialah nasi ayam...
Selepas itu kami berpecah, aku terus menuju di bahagian pakaian dan tentunya Vincci... Mmmmm.... dah lain tingkat pakaian perempuan sekarang ni ya. Cuci mata je dulu. Adalah yang berkenan beberapa helai pakaian kerja... Cuba cari skirt, aaahhh susahnya nak cari skirt untuk kerja, takda yang cantik dan sesuai untukku. Yang cantik-cantik semuanya skirt pendek- ishhh takkanlah nak beli skirt pendek! Di Vincci ada sepasang sepatu merah jambu menyala yang cantik, ingat nak beli. Pekerja Vincci tu macam tak mau layan je- yelah orang memang ramai. Jam dah 2.15petang.... Tengok kaunter bayaran pun masih ramai orang... Aaahh letak balik... Balik pejabat sajalah.... Tak jadi beli... Heheh... elok juga....
Jam dah pukul 3 petang. Orang yang dinanti tidak tiba juga... Ishhhh mereka ni selalu lewat, tak pernahnya datang awal. Kakak dah geram, aku juga sebenarnya....

4petang.... aku masih di dalam bilik mesyuarat. :P kak inah dah intai-intai aku dari luar bilik mesyuarat.. :) hehehe ok ok dah nak habis dah ni... terima kasih Fawz... akhirnya habis juga.
apalagi kelam-kabutlah aku nak tutup PC - sampai tak sempat bawa bahan-bahan yang nak dibincang dengan Ce'kem, dan tak sempat nak telefon si Irman - maaf beb. Ingatkan dapatlah kau ikut aku gi jumpa Ce'kem, dan tengok Macbeth, maaf aku tak ada no. hp kau, tak sempat nak minta daripada Lin-kebetulan pula si Lin tak ada pula di majlis Teh Tinggi tu. Lain kali sahaja kau ikut aku....

5petang-majlis Teh Tinggi pun bermula... acaranya ok-ok sahaja... makan, yumyum. Mujurlah aku ni jenis tak kisah tak cerewet, makan je apa yang dihidangkan. Bukannya reti nak kata tak sedap, melainkan yang terlalu tidak sedap! Yang penting aku kenyang, buat apalah nak marah-marah itu tak sedap ini tak sedap... Bersyukur apa yang ada....
7.30 malam- Sampai di Aswara, tumpang Kak Inah. terima kasih kak inah! Masuk bilik kostum... Kak Kis sedang mengadap PC... hehehhe aaaahhhhhhhhhh rindunya aku dengan suasana di ASK ni. rindu-rindu-rindu.... bersua Ce'kem, Abg. Man, Kema dan Jah.... Berbincang dengan Ce'kem, apa yang terlintas... Aahhh aku gembira sangat dapat bertemu mereka ni-melihat aksi spontan Abg Man dan Ce'kem.... ohhhhh how I miss all that environment!

semuanya aksi

spontan yang menyegarkan menghambat kerinduan aku... walau gundah macam mana pun mereka, dengan cara inilah mereka menurunkan kadar ketegangan di dalam diri mereka dan aku terubat dengan mereka.... suasana yang tidak terdapat di dalam kehidupan aku yang baru ini, hanya bersama mereka aku merasakan semua ini... dan di tempat kerja pertama ku dahulu, cuma Abg. Din yang mampu buat aku pecah perut dan berkongsi cerita apa yang patut. Eh, apa khabar Abg Din sekarang ya, kali terakhir kami jumpa ialah bulan puasa tahun lalu...Ooohhh cepatnya waktu berlalu. Aku juga dah lama tak ketemu Lan... Maaf ye, nantilah jika ada waktu kelapangan kita akan jumpa ya sahabatku!
8.30malam kami masuk ruang Teater Eksperimen... Menonton Macbeth-teater klasik karya Sheakspere - betul ke ejaan aku ni? Mmmm bilalah agaknya aku akan menjejakkan kaki aku ke tanah Sheakspere ni dan melihat sendiri rumah sejarahnya? Suatu hari nanti pastinya, akan kupastikan itu! Bagaimana lakonan mereka -pelajar tahun 3.. Mmmmm bagi aku, tidak berapa memuaskan... Mata sakit melihat pencahayaan pentas. Tidak
'all out'.... Aku membandingkan dengan
batch Sherry, boleh ke bandingkan? Tak kiralah.... Terus terang , aku sukakan dengan lakonan-lakonan
batch Sherry- Manaechemy-alahh betulke ejaan aku ni lagi? Maaf ye... Penonton ketawa melihat watak 3 ahli sihir-suara mereka agak melucukan dan tidak
'creepy'. mmmm... Watak isteri Macbeth seperti watak si Ecah bila berlakon -sebijik! Si Ecah ni
batch selepas Sherry. Aku rasa aku tidak terlalu terkesan dengan cerita ini. Tidak dapat menangkap nama watak-watak mereka. Tidak jelas lontaran suaranya. Aku ni bukannya arif sangat nak menjadi pengkritik, cuma sedikit '
down' dengan lakonan adik-adik ini.
10.30malam- Aku, Ce'kem, Cik Nan, Kak Ros, Kak Kis dan Kema ke Kg. Baru, makan lewat malam, kami pesan Bubur sahaja dan kak Kis tambah lagi Mee Goreng.... Aaaahhh kenyang... alhamdulillah. Kami berbual, mendengar cerita suka duka.... Aku seperti biasa menjadi pendengar setia.... Mmm... Sesungguhnya aku gembira meluangkan waktu malam ini bersama mereka.
Aku menumpang Cik Nan balik, yang kebetulan pernah ke rumah Cik Am aku - mereka saling kenal.
Terima kasih semua, terima kasih kerana kita bisa bertemu...