Jumaat, 28 November 2008

27 November 2008 Makyong Extravaganza

Aku dan Kak Anis pergi ke MTC@Matic malam ni. Kami menonton Makyong, malam ini malam pembukaan. Orang lain yang kupelawa ramai tidak mahu pergi, ada yang teragak-agak. Mmmm tak kisahlah. Yang penting aku sendiri yang pergi tengok. :) Memang tidak rugi menonton pun.

Makyong Extravaganza:
  • dari 27 Nov-30 Nov 2008
  • dari 4 buah kumpulan- dari JKKN Kelantan, Istana Budaya, UPSI dan ASWARA

Malam ini malam perasmian. Ketemu Puan Kushee dan Dr. Zul dan juga Mala dan Lena Farida. mmm dapat kerusi di baris ke 4. UUhhh kurang selesa. Rasa sungguh dekat dan aku pendek. :P

Aku dan kak anis rasa sedikit bosan dan resah kerana VIP nya masuk ke ruang panggung agak lewat! aaaahhh buang masa! sungguh geram sehingga En. Khairil dan Mek Siti tidak tahu mahu celoteh apa lagi sementara menunggu KSU masuk. Jam 9.10 malam barulah bermula. Dan kami telah menunggu di dalam panggung lebih daripada 30minit! huhuhu....

Dewa Indera Indera Dewa

Alhamdulillah ceritanya menarik (aku pernah nonton cerita ni tapi pelakonnya berlainan-tak ingat persembahan siapa, lupa.). Perannya sungguh lucu! Kak Anis pula kulihat dan ketawa tak berhenti. :) Terima kasih Kak Anis kerana menghargai dan menghayati Makyong. Bukan senang aku nak menarik teman-temanku untuk acara-acara tradisional sebegini- lainlah kalau ajak menonton wayang, aku rasa cepat aja mereka kata ok! Kerana itulah kadang-kadang aku lebih senang pergi sendirian, tiada apa pun yang kurugi sebenarnya...

Pulangnya aku meminta si Aiman menjemput ku. Kak Anis naik monorel menuju KL Sentral. Hujan turun tidak henti daripada petang tadi.

Aku dan Aiman pulang ke rumah Opah... Mmmm hampir sebulan aku tidak pulang ke sana. Terima kasih Aiman kerana jemput Kak Long. Ayah sudah tidur, maksu sekeluarga pula sedang nonton Nasib Si LAbu Labi. Sedang aku bersiap-siap nak tidur Ayah menjenguk di balik tirai. Oooh sudah bangun Ayah, mungkin terkejut kerana melihat lampu bilik Opah menyala. Berbual seketika. Ayah memang semakin uzur kulihat. Sedih-kasihan juga. Tapi entahlah mungkin kerana kami jarang berbicara menjadikan aku pendengar setia kepadanya malah sebenarnya kepada sesiapa pun. Kalau dahulu Opah ada, sekarang ini... Mmmm... Kerana inilah kadang-kala aku mengharapkan adik pulang, dan jikalau boleh biarlah dia dapat bertukar ke KL. Tetapi aku tak nak menyusahkan dia pula sedangkan dia masih belum setahun pun bekerja. Hmmm...

2 ulasan:

SITI ZAINON ISMAIL berkata...

Sori beb, tak dapat nonton makyong malam ni. Hujan lebat sejak di Bangi. Simpang ke Padang Merbok dah merangkah.Keretapun dah penuh dengan lukisan dan macam-macam. Kalau singgah ambil, dah tak de tempat duduk. Selamatlah nonton makyong dengan pelakon lelaki huhhhhhu.

Tanpa Nama berkata...

heheh tidak mengapa. malam itu persembahan habis jam 11malam... dan pulangnya pun masih terhimpit dengan macet!