Mujur pagi ini Bonda kejut aku daripada tidur. Mandi - gosok baju-siap. Fuh lega... Mula-mula aku yang kelam-kabut. Lepas tu adik pula baru nak kelam-kabut, mana taknya dah hampir 6.45pagi baru bertolak! Hohohoho... Dia agak 'moody' mana taknya, macam-macam berlaku, tulah santai-santai mulanya lepas tu gelabah... hihkihkhiihik...
Jam 7.45pagi baru tiba di Padang Kawat UiTM. Naik bas yang kedua menuju DSB. Ketemu kembar si Kamal di dalam bas.
Sampai di Dewan DSB adik berkejaran ke tempat berkumpul dan beratur, aku dan Bonda pula terus beratur nak masuk ke dalam Dewan. Mmm tahun ini aku tak dapat ambil gambar adik beratur nampaknya. OKlah masuk dalam dewan.
Adik sidang yang ketujuh-sesi pagi.
Sewaktu perarakan pegawai-pegawai besar UiTM, ada pensyarah yang memakai topi Chef! Semua bersorak kerana teruja... :) Aku agak tentunya pensyarah adik yang selalu dia sebut-sebutkan tapi aku lupa namanya, oooh Dr. Hamdin rupanya bila kutanya adik, ya betul dia. Bangga melihat pensyarah yang mereka segani.
Kudengar suara dibelakangku, "Ah bunyi seperti Cina mati saja!"
Berdesing gegendang aku!
Aku rasa Bonda tidak dengar omelan lelaki dibelakangku itu.
Adakah bunyi nobat dan nafiri itu disamakan dengan bunyi CINA MATI?! Geramnya aku!
Sungguh dia tidak tahu apa itu budaya tinggi (walaupun aku ini tidaklah begitu arif sebenarnya). Tetapi apabila dia menyamakan irama muzik istana yang bermartabat tinggi dengan irama muzik upacara pengkebumian orang cina, sungguh aku tidak boleh terima. Mana boleh sama! Tidak pernah nonton upacara pertabalan Agong di televisyenkah orang ini? Agaknya pertama kali dia mendengar bunyi tu. Walau apa pun dia tidak wajar berkata demikian! Aaahhh geramnya aku...
Datuk Wira Arshad yang sampaikan anugerah.
Seusai acara kami minum. Bergambar. Kami bertemu ibu dan adik Bad.
Kami makan tengahari di Hotel ITM.
Dalam perjalanan pulang aku dan bonda mengantuk sangat. Adik menahan mata. Berhenti seketika di Shell.
Sampai saja di rumah, buuummmm tidur! Semua orang tidur.
Aku terjaga dari nyenyak tidur bila ada orang memanggil Bonda! aduhhhh.... sampai di pintu tengah dah tak boleh nak selindung juga, kerana pintu ternganga. Mmmm rupanya Cik Jojo. Waduh-waduh, suaranya memanggil kami ni macam nak menggegar pintu.
Setelah selesai apa yang perlu sampai nak pening kepala kerana terjekut daripada tidur, aku sambung tidur, bila masa adik keluar pun tak tahulah.
Bangun tidur, dan fikir Mmmm esok kerja!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan