Pagi ini sepatutnya aku menemani Bonda ke Port Dickson -ada acara Kongsi Ilmu dengan kanak-kanak tahap 1 yang 'berbakat menulis'. Tetapi aku digegarkan pintu bahawa tidak jadi pergi kerana Bonda menerima pesanan ringkas yang menyatakan Dr. Fauzi suami makcik Asmah sudah meninggal dunia 2.00pagi tadi. Inalillah...
Kami pergi ke Kg. Jenderam Hilir, Dengkil ikut jalan nak ke Salak Tinggi. Ramai juga di sana. Ketemu Aunty Ros dan Cik Misran, Saidatina dan teman-teman, Kak Ton, Dr. Aziah, Cik Lah, Cik Zubir dan yang lain-lain tidak kukenali. Arwah dikebumikan di Perkuburan Putrajaya.
Memandangkan kami belum makan sejak malamnya, aku dan Bonda ingin mencari kedai makan yang menuju ke arah pekan Salak Tinggi lagi. :) Jumpa warung Minang, hehehe makan di sana. Macam lucu, pergi ke Salak Tinggi tapi makan di warung Minang pula. :P
Bersetuju untuk melangkah lebih jauh, melihat tempat orang, maka kami pun menuju ke arah Bagan Lalang. Mmm sekian lama aku ingin ke Bagan Lalang, yang selalu didengar dan baca. Cik Rashid kata di sana restoran makanan lautnya sedap-sedap.
Hampir jam 1, kami sampai di sana. Angin sungguh kuat sekali-tidak terasa panas pun. Dah lama tak rasa angin laut. Kami berhenti di Sepang Goldcoast. ;) Duduk di tepi pantai, wah enak sekali... Aku jalan di pesisir pantai sambil menggambar. Aku terperasan bendera-bendera di tepi pantai tu. Laaaaaaaa itukan ......!?
Hahahha aku ketawa besar. Itulah Goldcoast yang Dr. Zul katakan! Punyalah bulat-bulat aku percaya, ishhh sabar jelah. Mati-mati aku percaya ingatkan dia ke Goldcoast Australia, patutlah dalam salah satu gambarnya dia kata 'inikah Goldcoast...' :P Patutlah. Sekarang aku mengerti. Aku pun setuju 'inikah Goldcoast?'
Aaaaahhh kurang puas hati, rasa rugi rasanya kerana 2 kamera kecil yang kubawa -1 yang kubelikan untuk bonda yang sudah berusia 2tahun dan 1 lagi yang kurasa sudah berusia 6tahun (kamera digital pertama yang keluarga kami miliki-cepatnya masa berlalu!) sudah rosak! Aku malas pula membawa Mizz Eos ku itu - nak meringinkan dan mengecilkan muatan begku kononnya. Inilah padahnya. Tetapi mujurlah aku telah membeli S300i aku tu, ada kamera dan ok juga hasilnya.
Bila restoran Sepang Goldcoast sudah dibuka, kami minum di situ dan makan wantan goreng.
Dalam perjalanan pulang kami singgah di gerai yang menjual Lokan -RM2.50 sekilo. Murahnya alahai. Tetapi rojak buahnya RM3, mahal sedikit. Dan bonda membeli pisang emas daripada Pakcik Jilan.
Kami pulang ke rumah Bangi dahulu. Tidurssssssssssssss... Fuuhh lega, malam tadi tak cukup tidur!
Pulang juga ke rumah Wan jam 8malam. Singgah makan di Sentul Boulevard dan sewaktu nak pulang terserempak dengan En. Badrolhisham dari UiTM.
Sampai di rumah Wan, adik masih belum pulang dari keluar-mungkin cuci Juaranya...
Esokkan Konvonya. Heheh nak jumpa Bad dan Emaknya jugalah tu ;) hahaha gambate kudasai Din!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan