Rabu, 26 November 2008

26 November 2008 Hari ini genap sebulan

Hari ini genaplah sebulan Opah meninggal. Cepatnya masa berlalu. Hari ini aku agak resah, masih banyak kerja yang perlu dibereskan. Uuuuhhhh.... petang ini juga ada mesyuarat, bersediakah aku? Aku selesaikan kerja yang paling 'urgent'. Lega 1 kerja beres. Untuk mesyuarat petang ini bagaimana ya? Mmm.... telefon Che'Kem berkenaan mesyuarat petang itu. Mesyuarat petang itu ok, alhamdulillah berjalan-lancar. Semoga sampai ke petanglah harinya ok. Tetapi telefon bimbit bergetar, no. tidak dikenali dan terputus. Siapa ya? Kemudian ada panggilan dari no. yang tidak terpapar, juga tak sempat diangkat. Tak lama lepas tu muncul Mr. V di balik pintu mesyuarat. Ooopsss... ok rupa-rupanya mereka mencariku, 'urgent'. Mmm mujurlah mesyuarat hampir tamat. Aku bergegas turun ke bawah. Masuk ke ruang kantor ku, ooppsss ada pelukis terkenal! huhuhu, sedikit tergamam tapi senyum saja melihat, dia juga bersama seseorang, oooh mungkin anaknya pemuda itu. Aku berlalu dan mencari apa yang diperlukan teman-teman seseksyenku sehingga aku dipanggil turun.

Sebelum pulang Kak Tini mengenalkan aku dan Fawzy kepada mereka. Pemuda yang kusangka anak pelukis tersebut menyapa dan bertanya kepadaku, "Kenal Hazlinda?" ... Mulanya aku berasa aneh, kemudian aku dapat menangkap. Laaaaaa ini tentunya kawan Kak Linda! hahahaah.... aku ketawa dalam hati. Inilah orangnya. :P Dia tidak beritahu pun siapa orangnya tetapi terus menghulur kartu nama kepadaku, terus mataku melorot, heheh memang sah itu dia.

Sebelum pulang aku membereskan apa yang perlu.... Lewat juga aku pulang.
Dalam perjalanan pulang aku terima 1 pesanan ringkas... Aaaaaahhhhhhhh... bisa meruntun lagi kegelapan malam ini... :(

Tiada ulasan: