Petang tadi telefon Bonda...Mmmm sudah pulang ke Templer... Ingatkan masih ada di rumah Uwan... tak mengapalah... masih ada si Bucuk dan si Tamtam dan si Hitam yang tak mesra alam tu dengan anak-anaknya yang masih liar dan selalu menyorok kalau aku pulang... Cenge!
Bila nak balik ni? mmmm sebenarnya ada kerja lagi. Tapi cuma masih tak ada 'mood' untuk menyelesaikan apa yang masih tidak siap lagi... Ngantuk pun ada juga... Kalau adik ada, sudah pasti kupulang aja waktu ini... :P mmm entahlah...
Esok pagi ada 3 mesyuarat... Huhuhu... Yang pagi tu, akan kupilih salah satu... Nak ke tingkat atas atau di tingkat aku sahaja? Mana yang lebih penting? Aaahhh tentulah mesyuarat di tingkat aku ni... Kalau habis awal, akan kujengah yang di tingkat atas tu. Petang ada pembentangan daripada sebuah kumpulan... selepas tu, terkejar-kejar ke Lanai pula... mmmm ada sesi mengeteh! Haaaa jangan lupa bawa kamera ya Melor, itu perkara wajib... Di rumah nanti jangan lupa dicas baterinya ya. :P
Laparlah pulak... Nak makan apa malam ini ya? Tempat biasa- gerai Cik Ipah... Menu apa ya? dalam lrt nantilah aku fikir apa yang nak dimakan...
Aku rasa, Maksu pasti masih membuat bacaan Yaasin di Masjid Taman Setapak nun. Tapi tidak pasti pula Maksu sempat sampai ke masjid atau tidak, sebab kadang-kala dia akan sampai di rumah pun hampir-hampir jam 8. Mendengar cerita Maksu kelmarin, aku sedikit ter'fenin' huhuhu....
Mmmm... apa rencana aku hujung minggu ni ya? rasa-rasanya nak balik rumah Opahlah. Nak jenguk ayah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan