Khamis, 6 Januari 2011

01 Januari 2011 ...010111 Selamat Tahun Baru & Selamat Bertunang

Hari ini Sabtu 1.1.11
Aku sudah berada di suatu tahun yang baru.
Semalam aku bermalam di Bandar Baru Sentul - rumah Makcik, kerana hari ini sepupuku Amad akan bertunang dengan Farah, teman sekolahnya.

Petang semalam Adik menghantar aku ke BBS -seperti biasa aku akan berbondong-bondong membawa barang... Apalah yang aku bawa sampai banyak ? hehehe macam-macam ada....

Petang dan malam, bantu serba-sedikit - nak menggubah memanglah tanganku keras, sikit-sikit ajalah.. Tukang menggambar oklah. Malamnya pula aku ghalit dengan Dani, si comel 5 bulan. Comel betul, pendiam, pandai bawa diri. Cuma bila dah tengah malam, semua orang mengantuk, itulah pula dia ajak aku berbual. Alahai si comel.... Dani, anak jiran Amad.

Tengahari itu ramai saudara rapat yang mampir berkumpul.
Tokcu  mengetuai majlis doa selamat dan menjadi ketua rombongan meminang ke Kajang.

Jam 2.30petang beberapa buah kereta menuju laju mengejar kereta Amad menuju KAjang. :P hoohhooh Amad-amad....

Kami sekeluarga di sambut bapa Farah.... heheh ada teguran lucu yang masih terngiang 'ni nak bergambar dulu ke?' . Maaflah Pakcik, kami sedang menunggu yang belum sampai, sementara tu bergambar dulu... hehehehhe......

Alhamdulillah, majlis bertunang selamat berlangsung. Makcik menyarungkan cincin merisik dan bertunang ke jemari Farah.

Amad dan Farah sekarang sudah rasminya menjadi pasangan bertunang! :)
Bulan November 2011 nanti, insya-Allah akan berlangsungnya akad nikah mereka....

Tiada ulasan: