Hari ini aku bertemu dengan teman lama. Teman seITM, seBaiduri, sebilik di rumah sewa di Shah Alam. Dia juga ketika di Baiduri merupakan teman sebilik Eda, salah seorang teman baikku.
Teman yang ku maksudkan ialah Nur Azlin Rahmat. Sudah terlalu lama kami tak bertemu... 4 tahun lebih - kali terakhir kami bertemu ialah pada Julai 2006, sewaktu Lin melangsungkan perkahwinan dengan Yazid. Lin masih seperti dulu, cuma sedikit berisi, ialah sudah bergelar ibu kan, tentulah berbeza sedikit. Aku sendiri pun setelah 5 tahun ini badan naik, apa lagi teman aku yang seorang ni.
Comel-comel anak Lin, Dura dan Wadah... :) Dura hampir 3 tahun, keletah betul, bercakap dengan bahasanya sendiri. Wadah 4 bulan, senyap betul budaknya, matanya asyik melihat sekeliling, mendengar bunyi-bunyian.
Berbual-bual bercerita perkembangan diri masing-masing. Rindu dengan Lin, teman berkongsi cerita terutamanya di Shah Alam. Beberapa kali kami berpindah rumah sewa, dari Seksyen 17 ke Seksyen 24....
Terima kasih Lin, waktu itu kau sebenarnya penyelamat aku juga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan