Sabtu, 15 Januari 2011

14 Januari 2011 Don Quixote

Malam tadi, aku dan Zeti menonton Don Quixote di Istana Budaya. :)
Akhirnya aku berjaya juga menonton Ballet ini. Setelah pancaroba yang cuba menggugat kesungguhan aku menonton :P



Pagi hari kejadian, buka saja komputer terus masuk laman sesawang tiket2u, beli tiket... wahhhh berjaya! Yeah!


Inilah pertama kali aku menonton Ballet di Malaysia, sedangkan sudah beberapa tahun persembahan diadakan di sini. Tak ramai orang Melayu yang menonton, mungkin kerana ini malam pertama. Adakah kerana ia Ballet jadi tidak ramai yang berminat nak menonton ?
Pada mulanya aku menyebut Don Quixote seperti ini 'Don Coyote=don-ko-yo-te' ooohhh rupanya salah. ;P
Sepatutnya berbunyi begini 'Don-Ki-Ho-Te'. Mengapa aku sebut do-ko-yo-te ya ? Mmmm kerana pengaruh kartun mungkin, yaaaa kartun 'The Adventures of Don Coyote and Sancho Panda' !
Petikan wikipedia:
An animated television series produced by Hanna-Barbera and Italian public service broadcaster RAI, loosely based on the main characters in Miguel de Cervantes' 17th century novel, Don Quixote: Don Quixote himself and Sancho Panza.
">
Tetapi persembahan malam tadi tidak ada iringan orkestra, cuma rakaman lagu sahaja. Kalaulah ada orkestra, wahhhhh lagi sangat menarik! Mungkin lagi meningkat harga tiketnya jika ada orkestra.
*Ohh aku terserempak dengan En. Fuzer Nawi (konduktor orkestra Istana Budaya) dan keluarga (di meja sebelah kami) dan juga Sarimah & Azean Irdawati yang baru selesai latihan untuk muzikal Tun Mahathir (mereka duduk di meja kami setelah kami selesai makan) di kafe Istana Budaya, yalah sudah waktu makan malam kan. Aku dan Zeti beredar ke lobi, ingin membeli buku program. Terserempak pula dengan Abg. Rahim yang bertugas malam itu - pengurus panggung sekarang ini. Katanya ada orang ternama yang akan menonton malam itu. Ohhh dari Negeri Sembilan...


Mengenai persembahan, aku gemar melihat mereka menari, cara gerakan kaki dan tangan, mengimbangi struktur tubuh. Kagum-kagum... Ya bertahun-tahun mereka berlatih tentu mereka boleh bertahan lama berdiri di atas hujung jari kaki mereka, kalau aku yang di 'dera' sedemikian agaknya, tentu patah ibu jariku... Hehhehhee....
Mereka berjalan menggunakan hujung jari dari satu sudut ke satu sudut, kemudian melompat dengan cantik sekali! Kaki mereka, sudah tentulah struktur kaki mereka sangat cantik!


Penari Ballet ini adalah gabungan Danceworks Production & Ena Ballet Studio Co. Ada  orang Australia, Jepun, Siam, dll serta dari tanah air sendiri. Beberapa nama yang terlibat (dari tanah air) yang ku kenal... Mmmm :)


Petikan dari ticket2u.biz:

Don Quixote synopsis
Don Quixote believes he is a knight-errant to do chivalrous deeds in honor of the enigmatic Lady Dulcinea.
Basilo is a barber and Kitri is an inn keepers daughter. Their love is forbidden and Kitri is promised to the nobleman Gamache. The lovers run away but are discovered and Kitri is forced to accept Gamache proposal. With the help of the enchanted Don Quixote, Basilo trick the pompous Gamache and her father Lorenzo to allow him his dying wish of marrying Kitri. Once wed, Basilo miraculously recover and the two lovers merrily dance for Don Quixote to whom they owe their happiness.



Pertama kali aku nonton Ballet ialah di Hong Kong, sudah setahun berlalu. Sewaktu itu aku menonton dengan Kak Inda, cerita The Nutcracker pada 27.12.2010 oleh Hong Kong Ballet. Hhehehe teringat peristiwa kelam-kabut aku dan Kak Inda, nak mengejar waktu menonton, sempat lagi lari-lari nak makan tengahari dahulu lepas tu terkejar-kejar ke panggung....


Petikan dari hkballet.com :
The Nutcracker
A delightful Christmas tradition for audiences of all ages, The Nutcracker ballet is celebrated around the world as a yuletide treasure. Set to a joyous score by Tchaikovsky, this fairytale ballet invites the young and old alike to rediscover the magic of Christmas.
This heartwarming tale begins at a festive party where a young girl, Clara, receives a Nutcracker as a Christmas gift. What Clara doesn't realize is that this is no ordinary Nutcracker and that she's about to embark on a thrilling odyssey!
That night, Clara sees her family's Christmas tree grow before her very eyes, and her Nutcracker is transformed into the handsome Prince of Bonbon Land. Hand in hand with her prince, Clara travels through the Land of Snow, where yet even more wondrous discoveries await!
Featuring sumptuous sets and costumes, live music by Hong Kong Sinfonietta and inspirational choreography, The Nutcracker is a magnificent tribute to the Christmas season.


 
Dancers: Jin Yao, Zhang Yao
Photo: Gordon Wong

 Dancers: Wu Fei-fei, Wei Wei
Photo: Gordon Wong

 Photo: Gordon Wong


Tiada ulasan: