Khamis, 20 Januari 2011

07 Ogos 2007 Tupai Masuk Rumah

Perkarangan rumah Uwan selalu di masuki mergasatwa... :) dari ayam, itik, burung, lebah, ular, kucing, biawak, anjing, musang.... Pada 07.08.07 rumah kami ini dimasuki sang tupailah pula ya....
Pasu-pasu kami ini terpaksa diturunkan dari atas almari, kalau tidak nanti, tentunya jatuh pecah pula, sayang itu kenangan Uwan dan Bonda tu....

Menyebut ayam, itik .... ke mana mereka pergi ? Sekarang ni dah tiada lagi mundar-mandir masuk sana-sini. Mmmm sedih pula, dulu kampung ni banyak unggas, angsa dan ayam belanda pun ada. Sekarang dah tiada orang nak pelihara lagi.... Mmmmm... entah-entah akan datang kanak-kanak dah tak kenal secara nyata, kalau nak tengok kena melawat zoo atau pun ladang ternakan... Mmmmmm....




Tiada ulasan: